AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Sunday, May 31, 2009

PEDULIKAN KEMUNCUP-KEMUNCUP PERJUANGAN

Istilah “kemuncup” ini telah diciplak oleh saya daripada dua Tok Guru. Pernah saya terlihat sebuah buku karangan Tok Guru Nik Aziz tentang kemuncup ini. Begitu juga Tok Guru Haji Hadi yang pernah menyebut tentang realiti kemuncup ini. Hakikatnya artikel ini khas saya tulis untuk pejuang-pejuang PAS, dan umumnya Pakatan Rakyat. Kepada yang bukan tergolong dalam golongan ini, saya syorkan tidak perlu baca.

Yang dimaksudkan dengan kemuncup-kemuncup perjuangan ini ialah sampingan-sampingan yang mengganggu perjuangan. Ibarat seorang yang sedang berjalan untuk ke medan pertempuran, mereka tidak akan terpengaruh dengan kewujudan kemuncup-kemuncup yang melekat pada pakaiannya. Ini kerana, sekiranya mereka sibuk dengan kemuncup ini, perjuangan mereka akan terkandas.

Begitu juga kita hari ini. Kadangkala kemuncup ini terlalu besar, tajam dan menggatalkan. Namun, sedikit pun tidak dapat memberi luka kepada kita. Pedulikan ia. Sekiranya kita sibuk melayan kemuncup-kemuncup ini, kita akan terkandas daripada perjuangan seperti seorang askar yang ditawan disebabkan sibuk mencabut kemuncup di seluarnya. Maka, pedulikan kemuncup-kemuncup ini.

Kadangkala kita merasa rimas dengan kewujudannya, tetapi hakikatnya tiada erti “rimas” dalam perjuangan. Rimas yang sebenar ialah benci kepada kejahatan dan kezaliman. Mungkin boleh dijelaskan tentang beberapa jenis kemuncup ini, antaranya ialah penghinaan, kritikan dan tuduhan orang terhadap kita. Pedulikan ia.

Kadangkala ia berbentuk ancaman, seperti ancaman disekat sumber kewangan, ancaman keselamatan dan sebagainya. Pedulikan ia. Nabi SAW sudah berpesan :
.

Dan hendaklah engkau tahu, bahawa sekiranya manusia bersatu untuk memberi manfaat kepada kamu, tidak mungkin mereka dapat memberi manfaat tersebut, melainkan ia telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Sekiranya mereka bersatu untuk mengancam kamu, tidak dapat mereka mengancam kamu melainkan ia telah ditetapkan oleh Allah… (Riwayat at Tirmizi, Imam Ahmad dan lain-lain)

Kadangkala, jenis kemuncup ini berbentuk godaan, seperti rasuah dengan berates ribu ringgit, diberi rumah dan sebagainya. Pedulikan ia kerana ia akan menyebabkan anda terkandas di atas jalan perjuangan. Lihatlah kemuncup-kemuncup yang melekat pada pakaian Baginda SAW, sedikit habuk pun tidak memberi kesan terhadap perjuangannya.

Baginda SAW pada permulaannya dihinggapi kemuncup yang menggoda. Baginda SAW telah ditawarkan pangkat yang tinggin, gaji yang lumayan, kediaman yang besar dan perempuan yang cantik. Namun, kemuncup ini langsung tidak dipedulikannya, bahkan ia terus menerus menghinggapi badan Baginda SAW.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

PEDULIKAN KEMUNCUP-KEMUNCUP PERJUANGAN - Siri 2


Sebelum ini telah menyebut tentang jenis kemuncup yang telah menghinggapi badan Baginda SAW. Langsung tidak dipedulikannya. Kemuncup seterusnya adalah permintaan oleh Bapa Saudaranya sendiri. Apabila Baginda SAW diminta untuk berhenti daripada menyebarkan Islam, Baginda SAW membalas dengan lembut, bahawa beliau tidak akan berhenti daripada melakukan kerja-kerja Islam, walaupun matahari diletak di tangan kanannya, dan bulan di tangan kirinya.

Begitu juga kita hari ini. Kadangkala, disebabkan “keluarga”, kita malas berjuang. Kita meninggalkan perjuangan disebabkan permintaan keluarga, khususnya isteri sendiri. Adakah kita akan meninggalkan perjuangan ini? Inilah satu

Katakanlah wahai Muhammad : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri (atau suami-suami), keluarga-keluarga, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan kamu yang dikhuatiri merosot dan kediaman-kediaman kamu, (semua ini) lebih kamu cintai daripada Allah SWT, RasulNya, dan berjihad untuk AgamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab seksanya… (Surah at Taubah : 24)

Selain itu, Baginda SAW juga dihinggapi kemuncup jenis ancaman. Ia mengancam nyawa Baginda SAW sendiri. Iaitu ketika orang-orang kafir Quraisy, sebangsa dengan Baginda SAW bersepakat untuk membunuh Baginda SAW. Sehinggakan beliau selamat dengan berhijrah ke Madinah. Bahkan di pertengahan hijrah tersebut, beliau masih lagi diburu oleh mereka. Namun, Baginda SAW tidak pernah merasa lemah dengan ancaman ini.

Perjuangan masih diteruskan walaupun kemuncup ini hinggap padanya. Begitu juga kita, ancaman yang menghinggapi tubuh kita tidak perlu dijadikan sebab kita berhenti daripada berjuang. Sekiranya kita berhenti, kita akan terkandas daripada jalan perjuangan ini. Pedulikan kemuncup ini. Ia hanya membuang masa, sedangkan perjuangan perlu diteruskan.

Selain itu, banyak lagi kemuncup-kemuncup yang hinggap ketika kita sedang menyelusuri jalan perjuangan ini. Pedulikan ia. Sekiranya kita berhenti untuk mencabutnya satu persatu, di hadapan nanti kita akan terkena juga. Dan kita akan berulang kali berhenti untuk mencabut kemuncup-kemuncup ini. Abaikan ia.

Sekiranya kita tidak mempedulikannya dia akan melekat, tetapi sekiranya kita mengambil peduli, ia tetap akan lekat juga. Sama sahaja. Cuma, sekiranya kita mengambil peduli, kita akan membuang banyak masa, membazir banyak tenaga dan mengabaikan tumpuan kita yang sebenarnya. Sedangkan masa itu terlalu sempit bagi pejuang, tenaga itu begitu banyak diperlukan untuk berjuang, dan tumpuan kita telah perlu kepada perjuangan, bukan pada kemuncup.

Kemuncup yang melekat, tidak akan memberi mudharat, tetapi sekiranya kita mengambil peduli tentangnya, keselamatan kita akan tergadai. Sedikit kecuaian seorang tentera boleh membawa padah kepada satu kumpulan, tetapi sekiranya terabai disebabkan kemuncup, maka perjuangan akan menerima padah…

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

ANAK-ANAK MUDA TIDAK TERGILA-GILAKAN RAJA


Hishamuddin Rais | Mar 6, 09 3:02pm
Penghormatan diberi, bukan boleh diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta kejam. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati tuan, mandor, ketua pejabat, cikgu atau raja - tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Menangkap, merotan atau memenjarakan seseorang tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera dihormati anak-anak muda di seluruh dunia bukan kerana ada undang-undang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ada arahan daripada IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormatinya.

Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan sebenar; ini semua penghormatan yang pura-pura. Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu dihormati kerana dapat memberi habuan kontrak.

Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke perhimpunan United Malays National Organisation pada 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Ahmad Badawi. Belum pun tamat tempohnya sebagai perdana menteri – kerana tandatangannya tidak lagi laku dan tidak mendatangkan kontrak – tidak ramai menteri dan para pembodek berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – Tun, Tan atau Tin – ia hanya tin-tin yang kosong dan tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu, pasangkanlah tanjak tujuh tingkat, semuanya tidak ada makna.
Rasa hormat datang daripada hati.

Pada 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak datang mengambil hadiah ini. Malah Sartre langsung tidak ambil peduli. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Sartre masih menggegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati, daripada segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih dihormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada 1972.

Justeru apabila ada gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja, maka permintaan ini kelihatan sebagai lawak bodoh. Meminta dihormati, memaksa dihormati - atau melembagakan penghormatan - bukan penghormatan namanya.

Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, paksaan, atau janji pangkat dan kontrak.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan dipaksa menghormati guru besarnya, maka untuk beberapa saat (ketika telinganya sakit) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si guru besar.

Terlepas sahaja telinganya daripada pulasan, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si guru besar, malah besar kemungkinan si guru besar akan dibaling dengan najis. Ini hakikat.

Apabila saya menulis artikel, awal Mac, cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak dipercayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll.

Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, penggodam internet atau pembawa counter-culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia, malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin ditemui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik mereka. Besar kemungkinan akan ditemui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang bintang rock atau mungkin poster Che Guevera.

Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai-bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang raja – tetapi mereka sanggup ke e-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori.

Ini hakikat rasa hormat dan cinta kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Maghribi, Ratu Elizebeth, Sultan Brunei, Raja Abdullah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak diarahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong.

Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket RM200 untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain.

Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak harus sedar diri. Pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Inilah hakikat tahun 2009.

Masyarakat kota tidak lagi mencari makan daripada hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal.

Masyarakat kota melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban, sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan-kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini.

Malah di Perancis, sebuah negara republik, masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem beraja. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus masa.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan "daulat" raja. Sebenarnya, usaha ini wujud kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal.

Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat "besar".

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan dirancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden, keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada di tempat mereka hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Inilah hakikatnya.

Kenyataan ini bukan bermakna kita tidak menghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan, kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka.

Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka raja. Mereka berhak menerima penghormatan daripada kita jika mereka memiliki tingkat keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Penghormatan yang ikhlas dan sukarela tidak berpenghujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera, zaman berzaman susuk ini akan terus dimuliakan walau telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk dihormati.

Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul, pergi tersepak dan pulang terlanggar.

Friday, May 22, 2009

Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa


(TV Antara) - Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. .

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik.

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.

TALKIN BUAT UMNO

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

majlis talqin umno funeral prayer 200509Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Panglima Sasau - ikuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut

Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.



Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang linggggkuppppp. Implikasi kesan keputusan mahkamah kes rayuan Zaamre MB Perak yang diangkat oleh mahkamah ( bukan rakyat) ialah raja berkuasa melantik PM atau MB mana-mana negeri pun di Malaysia ni tanpa PM atau MB itu dilucutkan jawatannya terlebih dahulu. Kes ini menjadi rujukan terbaru. Amacam ? Betuuui tak????

Sajak oleh: Tuan Hj Mohamad Sabu

16 Mei 2009


I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009

* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

-Oleh Webmaster-

Monday, May 11, 2009

Raja Muda Perak perkenan Nizar mengadap

10.00 malam: Menurut sumber yang berada di Perak, Raja Muda Perak telah memberi perkenan kepada YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap pada jam 8.30 pagi esok.

Datuk Seri Nizar dijangka akan memohon untuk membubarkan dewan undangan negeri. Sebagai menteri besar Perak yang sah, beliau mempunyai legitimasi dan berhak untuk memohon pembubaran dewan undangan negeri bagi memberi laluan kepada satu pilihanraya di seluruh negeri.

10.07 malam: Laman web Perakexpress.com memetik ahli dewan undangan negeri Sungkai, YB Sivanesan sebagai mengesahkan berita tersebut dan berharap permohonan kali ini akan diterima.

“Saya baru saja bercakap dengan Nizar dan beliau mengesahkan kepada saya bahawa beliau telah diperkenan mengadapa Raja Muda pada jam 8.30 pagi,” Sivanesan sebagaimana dipetik oleh Malaysian Insider.

Menurut Staronline Twitter, Nizar akan mengadakan mesyuarat exco kerajaan negeri pada jam 11.00 malam ini.

Sultan Azlan Shah dilaporkan kini berada di Amerika Syarikat.

dari blog aridabdul

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Click Me!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Click Me!
Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak Click Me!
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku Click Me!
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Click Me!
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Click Me!
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Click Me!Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat akuClick Me!

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Click Me!


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.