ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
Thursday, September 30, 2010
Duit Judi Kerajaan Negeri P.Pinang
Utusan Malaysia hari ini menjadikan berita warga emas memulangkan semula wang ihsan yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai berita utama yang diletakkan pada muka depan.Terpampanglah muka-muka sedih warga emas tersebut yang berebut-rebut memulangkan semula wang ihsan tersebut.
Dalam keadaan ini bermakna wang yang diterima tersebut tidaklah dibelanjakan setelah mereka menerimanya agak lama juga kira-kira dalam bulan Ramadan yang baru berlalu saja. Atau mungkin lebih lama lagi penerimaannya kerana operasi wang ihsan ini berterusan. Bermakna warga emas yang belum menerima lagi wang tersebut berhak mendapatnta tanpa mengira ideologi politik masing-masing.
Tambah menyayat hati lagi, ada yang menangis-nangis kerana telah diperdaya oleh Guan Eng kerana selama ini tidaklah mereka ini memakan wang haram walau pun sedikit.
Sebelum ini mereka tidak pernah menerima wang-wang ihsan seperti ini kerana kerajaan sebelum ini tidak berbuat seperti kerajaan yang ada hari ini.
Kalau adapun wang zakat yang sahih kebersihannya bukannya wang judi . Alhamdulillah.
Saya tidak mahu mempersoalkan keikhlasan warga-warga emas berkenaan yang memulangkan semula wang tersebut. Cuma persoalannya adakah pakcik-pakcik makcik-maqkcik tokwan-tokwan dan nenek-nenek ini terfikir yang selama ini pun salah satu sumber pendapatan negara sebahagiannya adalah daripada sumber judi, arak cukai-cukai dari operasi hiburan yang melarakan.
Hasil daripada sumber-sumber inilah yang menjadi pendapatan untuk digunakan membangunkan negara dan sebahagiannya adalah untuk membayar gaji kaki tangan awam. Ada anak-anak warga emas ini yang menghulurkan wang kepada ibu bapa mereka. Kenapa tak ditanya sumber asal wang tersdebut.
Janganlah pula kita menjadi umat nabi Musa yang asyik mempersoalkan jenis-jenis lembu yang nak dibuat korban akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Kita tidak tahu adakah kerajaan pusat mampu untuk mengasingkan pendapatan yang bersih dengan pendapatan yang tidak suci itu. Kalau sekiranya kerajaan mampu berbuat demikian, maka memang benarlah kerajaan pusat begitu suci dan bersih serta begitu prihatin terhadap setiap rezeki yang masuk ke perut kaki tangan awam khususnya yang muslim.
Sungguh suci kerajaan pusat ibarat Puspa Wangi dalam cerita Musang Berjanggut yang mampu mengasing-asingkan garam gula lada cili kering beras segala macam bahan masakan yang dicampurkan olah P.Ramlee khusus untuk mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
Tuan-tuan puan-puan fikirlah. Jadi tak payahlah mempolitikkan perkara remeh begini. Kalau betul-betul ingin mencari kesucian dalam hal ini sewajarnyalah mufti atau majlis fatwa bersidang untuk memutuskannya.
Wallahualam
Sunday, September 5, 2010
Jet pejuang Israel serang Gaza
Selepas hanya 2 hari berlangsungnya rundingan damai di Washington, jet-jet pejuang Israel menyerang bandar Khan Younis dan bandar Rafah di selatan Gaza menyebabkan beberapa penduduk Gaza tercedera. Serangan pada malam Sabtu itu menyebabkan seorang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya tiga yang lain tercedera, manakala seorang lagi dilaporkan hilang apabila terperangkap di dalam terowong yang diserang.
Menurut berita yang disiarkan PressTV, jet-jet Israel terbang rendah di ruang udara Gaza dan menembak roket ke arah kawasan pertanian di Khan Younis. Rakyat Gaza menjangkakan banyak lagi seranga-serangan susulan akan dilakukan.
Agensi berita YNet memetik bahawa seorang jurucakap tentera Zionis mengesahkan kejadian serangan tersebut.
Tentera Zionis Israel sering melakukan serangan udara dan darat ke atas Gaza sejak serangan selama 22 hari yang bermula pada akhir tahun 2008. Israel secara berukang-ulang mengebom aringan terowong bawah tanah di kawasan sempadan Gaza-Mesir di Rafah. Mereka mendakwa pejuang-pejuang Palestin menyeludup senjata menggunakan terowong-terowong tersebut.
Rakyat Palestin bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Terowong merupakan satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk membawa masuk keperluan asas yang mendesak setelah diembargo sejak bertahun-tahun oleh rejim Zionis. Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain akibat embaro tersebut. (mn/presstv/YNet)
Sunday, August 29, 2010
Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo
Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.
Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.
Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.
Friday, August 13, 2010
Ramadhan: Memenuhi Fitrah Manusia
oleh |
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat |
" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.
|
Thursday, August 12, 2010
Surat Saidina Ummar Al -Khattab Kepada Sungai Nil.
"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil,
kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah
maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah
itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir
seperti sediakala".
Kisahnya,
Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman
pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang
mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT.
Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa
diperkenankan oleh Allah SWT.
Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang
bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah
dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan
keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.
Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah
melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As
r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja
menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah
mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan
agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam,
mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.
Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi
Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak
melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk
kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk
menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan
mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.
Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah
matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan
seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada
Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.
Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan
mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut
bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk
Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah
diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan
permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah
selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin
bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan
masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.
Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan
jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan
pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan
raklyat.
Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,
air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap
penduduk Mesir. Katanya " adat ini terang sekali syirik hukumnya.
Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci.
Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang
Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak
sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan
bodoh ini".
Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis
sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari
kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin
surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.
Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah,
alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya
sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil.
Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke
dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke
dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan
akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang
anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu
iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah
tersebut.
Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun (Santai)
LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.
Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. – Agensi
Benarkah Napoleon Bonaparte ,Memeluk Islam Sebelum Mati?
Cerita yang bakal anda baca dibawah masih merupakan khabar angin dlm dunia internet,masih belum ada kepastian samaada cerita ini benar atau tidak,cuma sebagai seorang Islam saya mengharapkan cerita ini benar.
Sesiapa yang ada maklumat lanjut mengenai Napoleon tolong kngsikan bersama.------------------------------------------------------------------
Siapa yang tidak mengenal Napoleon Bonaparte, seorang Jendral dan Kaisar
Prancis yang tenar kelahiran Ajaccio , Corsica 1769. Namanya terdapat dalam
urutan ke-34 dari Seratus Tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang
ditulis oleh Michael H. Hart.
Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Prancis
sejak Agustus 1793, seharusnya ia merasa puas dengan segala apa yang telah
diperolehnya itu.
Tapi rupanya kemegahan dunia belum bisa memuaskan batinnya, agama yang
dianutnya waktu itu ternyata tidak bisa membuat Napoleon Bonaparte merasa
tenang dan damai.
Akhirnya pada tanggal 02 Juli 1798, 23 tahun sebelum kematiannya ditahun
1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya dihadapan dunia
Internasional.
Apa yang membuat Napoleon ini lebih memilih Islam daripada agama lamanya,
Kristen ?
Berikut penuturannya sendiri yang pernah dimuat dimajalah Genuine Islam,
edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.
*"I read the Bible; Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly
and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his
daughters ?"
"The science which proves to us that the earth is not the centre of the
celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the
sun ! One shall see the stars falling into the sea... I say that of all the
suns and planets,..." *
"Saya membaca Bible; Musa adalah orang yang cakap, sedang orang Yahudi
adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat
daripada kisah Lut beserta kedua puterinya ?" (Lihat Kejadian 19:30-38)
"Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahwa bumi bukanlah pusat tata
surya, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristen. Yosua
menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang
berjatuhan kedalam laut.... saya katakan, semua matahari dan planet-planet
...."
Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata :
*"Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens
to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant
of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things
than ours; the turks also call us idolaters." *
"Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya
Trinitas yang sulit dipahami. Yesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan,
padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh
Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang
terdapat didalam agama kita (Kristen); Bangsa Turki juga menyebut kita
sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa."
Selanjutnya :
*"Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you
by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the
prophet Muhammad and that I love the Musselmans." *
"Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada
kesempatan yang berbeda, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda
disetiap ceramah, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi
Muhammad serta mencintai orang-orang Islam."
Akhirnya ia berkata :
*"In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but
God, He has no son and He reigns without a partner." *
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain
Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping."
Napoleon Bonaparte mengagumi AlQuran setelah membandingkan dengan kitab
sucinya, Alkitab (Injil). Akhirnya ia menemukan keunggulan-keunggul an
Al-Quran daripada Alkitab (Injil), juga semua cerita yang melatar
belakanginya.
Referensi :
*1. Memoirs of Napoleon Bonaparte by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne
edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner's Sons, 1889) p.
168-169.**
Sunday, July 4, 2010
Lu Fikirlah sendiri betapa kronisme tu menguntungkan
An ad in UK says :
Toyota Estima Emina 2.4 Latest Edition.
5 Doors, Automatic, MPV, Petrol, 49,000 miles, Pearl White, 02 Reg year 2002, Air Conditioning, Anti-Lock Braking System, Central Locking, Compact Disc Player, 8 Seats, Electric Mirrors, Electric Windows, Adjustable Seat Height, Adjustable Steering Column, Air Bag, Alarm,£8595
This car will sell for RM 160,000 in KL.
But £1 = RM 4.794
£ 8595 = RM 41,204.
So cheap ? Cannot be !
OK. The pound took a dip. Lets use the old old rate of £1= RM 7
Then £ 8595 = RM 60,165
So cheap ? Really ? Why are we Malaysians paying RM 160,000 ?
The costing is :
Vehicle CIF ── RM 60,000
Duty.Taxes/profit ── RM 60,000
The other RM 40,000 ? Goes to the notorious AP.
If I sell 1 AP per month, my income is higher than the monthly salary of a CEO of a listed company. More than 1.5 times the annual salary of a fresh graduate.
If I sell 2 APs per month, I am a millionaire by definition : million dollar income.
Now I know why the AP gets extended again and again, and again .......
Awas QBB- Pure Ghee Minyak Sapi Ada Lemak Babi
Sebarkan untuk kebaikan bersama.

Email : saufie ali
2 April 2010
Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110
Dear Madam,
We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using “QBB” Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland , Australia .
However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different.
Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:
· Its manufacturer Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive , Hamilton , Brisbane , Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade/ .gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps. google.com shows that the following site is vacant land.
· Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Mala ysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore .
· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for “QBB” Ghee for Mala ysia , Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the “QBB” trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore . We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.
· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Mala ysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-
“This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma.” (Original report is with the sender of this letter).
Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-
a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion
b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.
c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.
We believe that the “QBB Ghee” sold in Malaysia , Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of “misrepresentation of label”. Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.
Thanking you.
Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)
Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)
Thursday, June 17, 2010
Monday, June 14, 2010
Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara
June 15, 2010
Pada 31 May 2010 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.
Ditulis Oleh Abu Ridhwan · dalam Kategori Pandangan & Analisa
Ustaz Hassan Syukri Kembali Ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.
Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.
Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.
“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.
“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.
Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.
Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.
Monday, June 7, 2010
22 sifat buruk bangsa Yahudi
1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)
kalau ada yang sama dengan kita. sama2 ubah la..
Wednesday, June 2, 2010
Monday, May 31, 2010
Bencana Terlalu Berani Bersumpah
Dari Muqabalah.blogspot.com
Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang memutuskan[menidakkan] hak seseorang muslim dengan sumpahnya, maka sesungguhnya diwajibkan Allah baginya Api Neraka, dan Allah haramkan baginya syurga”. Para sahabat bertanya:”meskipun dalam perkara yang remeh?” Rasulullah bersabda:”[memang benar] walaupun tentang sepotong ranting daripada kayu arak [iaitu kayu untuk sugian gigi]
Hadith ini memperingatkan kita tentang bahaya berani bersumpah, terutama seperti yang ditekankan di dalam hadith ini bersumpah yang menyebabkan orang Islam lain akan kehilangan hak mereka; hak yang dimaksudkan di dalam hadith ini mengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Illan di dalam Dalilu al-Falihin merangkumi bukan setakat harta-benda yang diiktiraf syara, bahkan merangkumi perkara-perkara selainnya yang memberi faedah umpama kulit bangkai haiwan dan tahi binatang yang dikira najis. Ianya juga termasuk bersumpah dalam soal berkaitan had qazaf [perlaksanaan hukum berkaittan tuduhan zina atau liwat] atau pembahagian hak untuk isteri atau seumpamanya.
Disebutkan ‘hak seorang muslim’ tidak bermakna ianya tidak haram ke atas hak orang kafir zimmi., bahkan sebutan itu merujuk kepada amaran “sesungguhnya telah diwajibkan Allah ke atasnya neraka dan diharamkan baginya syurga” . Hak orang kafir zimmi itu haram dicerobohi tetapi amaran keras Rasulullah ini khusus bagi hak muslim, kerana hak orang muslim itu lebih berat haramnya.
Sebahagian ulama berpendapat amaran keras Rasulullah ini terjadi sekiranya pelaku maksiat ini mati tanpa taubat dan ruju’ [termasuk menyesal serta minta dihalalkan daripada individu yang dicabut haknya kerana sumpah tersebut] secara sebenar-benarnya, ataupun dia akan diseksa terlebih dahulu di neraka sehingga dia mendapat pembalasan siksa yang setimpal.
Di dalam hadith ini, Rasulullah menyebut walaupun bersumpah dalam soal sepotong ranting kayu sugian bagi menunjukkan beratnya dosa perlakuan berani bersumpah tanpa penelitian yang secukupnya mengikut neraca syari’ah walaupun dalam soal yang dianggap remeh. Bagaimana pula dengan keberanian bersumpah yang menyentuh soal-soal maruah dan tuduhan jenayah yang berat terhadap seoranmg muslim yang lain?
Al-Quran menyebut di dalam dua surah tentang yang orang yang berani bersumpah ini biasanya akan mengatakan mereka tidak sekali-kali mempunyai tujuan yang selain kebaikan. Antara lain Allah menyebut:
Bagaimanakah sikap mereka [munafiqun] apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan usaha-usaha tangan mereka, kemudian mereka mendatangi engkau (Ya Rasulullah) dan mereka bersumpah dengan nama Allah “sesungguhya kami tiada kehendaki kecuali kebaikan dan taufiq”. Mereka adalah golongan yang Allah mengetahui isi hati mereka. Maka hindarilah mereka dan beri peringatanlah kepada mereka dan nyatakan kepada mereka tentang perihal diri mereka secara jelas [an-nisa 62-63]
Dan orang-orang [munafiq] yang membina masjid untuk memberi kemudaratan dan mencetuskan kekufuran dan mendatangkan perpecahan di kalangan mu’minin dan melakukan pengintipan bagi pihak golongan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya semenjak sebelum ini . Mereka bersumpah: ” bukanlah kami kehendaki [dari usaha kami ini] kecuali kebaikan”. Allah menyaksikan yang sesungguhnya mereka adalah golongan pembohong” [at-Taubah:107]
Sebahagian ahli masyarakat kita memandang apabila seseorang itu berani bersumpah mengguna nama Allah. maka dia tentunya seorang berani serta tentu benar. Berani untuk bersumpah demi kebenaran, masakan dia berani untuk bersumpah sekiranya dia berbohong?. Logik itulah yang telah disanggah oleh Allah dalam kedua ayat di atas. Orang yang berani melanggar perentah Allah, rupanya akan berani juga bersumpah menggunakan nama Allah. Mereka juga akan mendakwa beriya-iya benar yang mereka berani bersumpah demi menegakkan kebenaran dan cintakan kebajikan dan keadilan. Itulah perangai oarang yang berani bersumpah dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang sehingga menjelang Hari Qiyamat. Allah menyebut tentang keberanian bersumpah ini:
Pada Hari yang Allah bangkitkan mereka sekeliannya, lalu mereka bersumpah kepada-Nya [Allah] sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu [dalam kehidupan dunia dulunya], dan mereka mengira yang mereka di atas suatu (kebenaran). ingatlah sesungguhnya mereka adalah golongan pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu syaitan melupakan mereka dari memperingati Allah. Mereka adalah dari puak syaitan.Ingatlah puak syaitan adalah golongan yang rugi” [al-Mujadalah:17-18]
Allah mengajar kita dengan peringatan yang terlalu tinggi nilainya:
Maka jangan engkau turuti orang-orang yang membohongi agama, mereka ini mahu agar kamu bersikap lunak terhadap mereka, niscaya mereka akan bersikap lunak terhadap kamu.Jangalah kamu turuti orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang mencaci orang lain dan menyebarkan adu-domba [agar timbul perbalahan], yang menghalangi kebajikan serta menganiayai orang lain lagi bergelumang dengan perbuatan dosa, yang kasar hati dan berketurunan hina” [al-Qalam:10-13]
nota tambahan: Syaikh Sabuni menyebut dalam Durratu at-Tafasir ketika mengulas ayat ke 13 Surah al-Qalam tentang berturunan hina , ini merujuk kepada Alwalid bin Mughirah yang mengaku dia adalah dari qabilah tertentu, sedangkan dia bukan dari mereka kerana dia adalah anak zina. Mengikut Saiyyidina Ibn Abbas “tiada diketahui seorang lain yang disifatkan oleh Allah Ta’ala dengan ‘aib sebegini kecuali yang ini”
Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.
“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.
“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.
PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.
Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.
Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.
Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.
Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.
Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)
Saturday, May 29, 2010
Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi
PAS melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihan raya kecil.
Lesen Judi
Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.
Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.
Mansuh Subsidi?
Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.
Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.
GST bebankan rakyat
Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.
Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.
Harga Minyak Naik?
Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.
Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.
Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.
Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.
PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.
PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.
Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Wednesday, May 26, 2010
Rundingan Malaysia-Singapura - Jangan biar pisang berbuah dua kali seperti Rundingan Malaysia-Brunei
Rundingan Malaysia-Singapura - Jangan biar pisang berbuah dua kali seperti Rundingan Malaysia-Brunei
Pemindahan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, pembangunan secara usaha sama tanah lapang yang ditinggalkan KTMB, pengurangan kadar tol Linkedua, pembinaan sistem MRT di Johor Bharu dan sebagainya merupakan isu-isu yang dibincangkan dalam perbincangan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Juga dikatakan bahawa kedua-dua negara telah mencapai persetujuan bersama untuk mengatasi masalah-masalah ini.
Kerajaan juga perlu telus dalam perkara ini kerana kita tidak ingin melihat pisang berbuah dua kali di mana kerajaan persekutuan BN dalam menyelesaikan masalah bilateral antara Malaysia dan Brunei, pernah menyerahkan dua blok telaga minyak di perairan Sarawak dan Sabah kepada negara Brunei Darussalam untuk mengekalkan kedaulatan negra Malaysia di daerah Limbang.
Apa yang terkilan ialah keputusan kerajaan persekutuan BN ini tidak pernah diumumkan kepada rakyat Malaysia dan apabila rakyat Malaysia tahu tentang perkara ini, perjanjian sudah dimeterai dan tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi untuk memperbetulkan keadaanya.
Ini menunjukkan kecenderungan kerajaan persekutuan BN untuk melakukan secret deal atau perjanjian sulit tanpa pengetahuan rakyat. Apa yang kita lihat dan baca daripada media bukan merupakan gambaran sebenar terhadap situasi.
Justeru itu, saya meminta kerajaan persekutuan BN untuk berterus-terang dalam rundingan dengan kerajaan Singapura secara terperinci khususnya beberapa perkara yang terlibat seperti bekalan air, stesyen keretapi KTMB di Tanjung Pagar, pembinaan sistem MRT Singapura di Johor Bharu dan sebagainya merupakan isu-isu sensitif yang pernah disensasikan dahulu.
Adakah masalah-masalah yang berlarutan selama tiga puluh tahun boleh diselesaikan dalam satu rundingan yang mengambil masa beberapa hari sahaja? Apakah butiran-butiran rundingan lain yang tidak diumumkan? Saya berharap kerajaan persekutuan BN boleh berterus-terang dalam isu ini.
Tuesday, May 25, 2010
Kepentingan Negara Harus Diutamakan
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana.
25 Mei 2010
Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit. Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.
Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.
Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan. Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.
Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain. Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.
Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?
Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura. Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.
Monday, May 24, 2010
Pinjam kata-kata tukar tiub jangan marah
macam punya cara untuk menipu
haji menipu
lebai menipu
imam menipu
tok kadi menipu
mufti menipu
hanya al hafizi vincen ten yang tak tipu
dia ada judi halal
apa akan jadi kepada orang melayu
duduk tersenyum kerana suka kena tipu kah kah kah
Satu lagi keputusan menang menang?
Tanah KTMB Di Singapura Tergadai
Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Apa ni? Bilalah lagi pemimpin kita nak cerdik ni? sampai bila nak jadi baik emak Si Rendang ni? Takut-takut kelak anak cucu kebulog.Habeh diminta dek orang semua bagi. Buat perjanjian makan diri. Perjanjian bodoh makan tuan. Apa ni!Apa ni! Apa ni!
Sunday, May 16, 2010
Kisah Menarik Untuk Direnungi
Instead of choosing one of his directors or his children, he decided to do something different.
He called all the young executives in his company together.
"It is time for me to step down and choose the next CEO," he said.
''I have decided to choose one of you."
The young executives were shocked, but the boss continued.
''I am going to give each one of you a seed today - a very special seed.. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO."
One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed.
He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed.
Every day, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Jim kept checking his seed, but nothing ever grew.
Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure..
Six months went by - still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed.
Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however. He just kept watering and fertilizing the soil - he so wanted the seed to grow.
A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection. Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened.
Jim felt sick at his stomach. It was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right.
He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful - in all shapes and sizes.
Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed. A few felt sorry for him!
When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives.
Jim just tried to hide in the back.
"My, what great plants, trees, and flowers you have grown," said the CEO.
"Today one of you will be appointed the next CEO!"
All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his Empty pot, he ordered the financial director to bring him to the front.
Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!"
When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed.
Jim told him the story.
The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, "Here is your next Chief Executive! His name is Jim!"
Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed. How could he be the new CEO the others said?
Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a seed.
I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow.
All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers.
"When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive!"
Moral:
If we plant honesty, we will reap trust.
If we plant goodness, we will reap friends.
If we plant humility, we will reap greatness.
If we plant perseverance, we will reap contentment.
If we plant consideration, we will reap perspective.
If we plant hard work, we will reap success.
If we plant forgiveness, we will reap reconciliation.
So, we have to be careful of what we plant now; it will determine what we will reap later.
"TRUTH ALWAYS WINS"
Thursday, May 13, 2010
Saiful Masih Boleh Senyum Setelah Diliwat
“Adakah awak dalam gambar itu?” soal Karpal dan Saiful mengesahkannya.
“Awak kelihatan gembira,” kata Karpal dan diikuti dengan bantahan daripada Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum sempat Saiful menjawap.
“Ini menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, mereka masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Tetapi sebelum ini, Saiful kata dia takut dan tertekan akibat kejadian itu,” kata seorang lagi peguambela, Sankara Nair di luar mahkamah."
Hai dalam dok kena payung pun masih boleh senyum .Syokkkkk la tu.
Saiful Mengaku tak basuh pungkok dia sebab nak simpan bukti?
Kah!Kah!Kah! Macam ni punya manusia pun adake?
Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".
Ade juge orang macam ni?
Wednesday, May 5, 2010
Posted on Wednesday, May 05 @ 07:30:00 PDT
E-Mel Pembaca Oleh: interlok
"Antara Mat Ezam kotak dan Kickdefella dokumen ini banyak persamaan dan banyak perbezaannya. Dari segi fizikal memanglah jelas Kickdefella lagi gemuk dari Mat Ezam dan Kickdefella juga lagi botak dari Mat Ezam. Tetapi mereka diarena yang sama iaitu arena politik yang Mat Ezam kotak dengan kelebihannya yang mempuyai 6 kotak dokumen rasuah dan kelebihan yang ada pada kickdefella pula ialah mempunyai BEBERAPA dokumen untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.
Mat Ezam kotak tersohor dengan prinsipnya memerangi rasuah dan kegagahannya mengangkat 6 kotak yang berisi dokumen rasuah yang dipikulnya sekian lama seorang diri tanpa dikongsi bersama-sama orang lain. 6 kotak berisi dokumen itu terus dijaja Mat Ezam sehinggalah dia diangkat menjadi SENATOR@SENATAK.
Kickdefella pula tersohor dengan RM 4 juta yang kononnya dibayar kepadanya untuk digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini. Kickdefella sebelum ini merupakan pernah menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)tetapi dipecat kerana masalah displin.
Mat Ezam kotak dan Kickdefella dokumen hampir sama ceritanya dimana Mat Ezam kotak selepas tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari Dato Seri Anwar Ibrahim terus berubah hati dengan melawan bosnya itu tetapi masih dengan agenda yang sama iaitu memerangi rasuah. Sebelum ini, Mat Ezam kotak merupakan orang yang paling kuat mempertahankan Dato Seri Anwar Ibrahim dan orang yang paling ganas melawan Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Mat Ezam kotak juga pernah berjanji dan bersumpah akan terus lawan dan tetap lawan walau apa pun cabaran dan tawaran yang datang beliau tetap dengan perjuangnya memerangi rasuah dan memerangi parti umno. Tetapi kini dunia sudah terbalik, dimana Mat Ezam kotak sekarang diantara orang yang paling kuat menfitnah dan menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim dan orang paling kuat mengampu Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sehinggalah beliau berjaya menjadi SENATOR.
Kickdefella dokumen pula disifatkan orang yang kecewa dalam perjuangannya dengan lantang menfitnah tok guru walhal sebelum ini beliau menyatakan taat setianya kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz dihari pemecatannya dari PMBK tempohari. Sekarang beliau merupakan orang yang paling kuat menfitnah tok guru bahkan lebih hebat dari orang umno sendiri. Adakah kickdefella terlupa janji taat setianya atau kekecewaannya terlalu mendalam sehingga sanggup merogol segala janji-janji taat setia yang pernah diciptanya itu. Adakah Kickdefella dokumen sedar yang dirinya sudah menjadi kembar Mat Ezam kotak?
Mat Ezam kotak sebelum menyertai parti umno pernah memberitahu didalam ceramahnya yang umno ialah parti BAPAK rasuah dan beliau tidak akan menyertai parti umno kerana baginya tiada sorang pun dalam parti umno yang berjuang secara ikhlas. Tetapi Mat Ezam kotak telah menambah 1 lagi gelaran padanya dirinya iaitu Mat Ezam sesumpah. Ini kerana beliau merupakan orang paling banyak bersumpah dan berkemungkinan segala SUMPAHNYA itu sudah pun memecah rekod Malaysia. Selepas menyertai umno secara rasmi, Mat Ezam kotak terus dengan agenda rasuahnya dan terus menjaja cerita 6 kotak berisi dokumen rasuah. Beliau juga berjanji akan terus membasmi rasuah walau apa pun parti yang beliau anuti. Tetapi sejak akhir-akhir ini Mat Ezam kotak lebih aktif menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim dari bercakap pasal rasuah. Tentang pembelian kapal selam atau janji-janji yang ditabur Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada PRK di Ulu Selangor yang jelas berbaur rasuah tidak langsung menyeleraknnya. Perjuangan Mat Ezam kotak telah pun terkeluar dari landasan yang sebenar dan perjuangannya lebih kepada menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim dan bukan lagi membasmi rasuah. Dan kerana teguhnya menyerang dan terus meyerang Dato Seri Anwar Ibrahim diantara kunci kejayaannya itu sehingga berjaya menjadi SENATAK.
Selepas pemecatannya dari PMBK beliau Kickdefella dokumen tidak cepat melatah dan terus menyatakan taat setianya tidak berbelah bagi kepada tok guru juga sanggup merogol segala janji-janji taat setianya itu sehingga sanggup menfitnah tok guru yang pernah satu ketika menjadi idolanya. Beliau bukan sahaja rancak menfitnah tok guru bahkan sanggup pula menghangatkan cerita yang tidak sepatutnya hangat. Kickdefella dokumen telah membuat pengakuan yang dirinya telah dibayar RM 4 juta untuk untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Gerak safar RM 4 juta itu sepatutnya tidaklah satu isu yang besar yang perlu umno guna untuk memburuk-burukkan PAS kerana RM 4 juta selama 3 tahun jika dibandingkan dengan RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan. Dan jika diingatkan ketika zaman Pak Lah dulu, bukan Pas sahaja yang ingin menjatuhkan Pak Lah, Umno sendiri juga turut serta dalam perang saraf untuk menjatuhkan Pak Lah. Sepatutnya Kickdefella dokumen harus malu untuk mengeluarkan cerita ini kerana cerita ini lagi menunjukkan yang beliau sebenarnya bukanlah mempunyai modal yang cukup pun untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang menjadi mungkin penyebab serangan ini ialah kerana terlalu kecewa dengan pemecatannya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)tidak lama dahulu.
Diantara kembar ini siapakah yang lagi mulia?
Mat ezam kotak telah pun meminta maaf kepada orang umno dan menyatakan penyesalannya kerana pernah mempertahankan Dato Seri Anwar Ibrahim dan tidak mempercayai kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Mat Ezam kotak tidak menoleh kebelakang dan terus menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mengira waktu, siang dan malam beliau terus konsisten menyerang bekas bosnya itu dan meninggalkan agenda sebenarnya iaitu agenda menentang rasuah. Mat ezam kotak tidak pernah pun bersuara untuk menegur para pimpinan umno yang dulunya dianggapnya parti bapak rasuah. Mat Ezam kotak juga telah pun secara rasmi telah menyertai umno dan telah pun mendapat jawatan sebagai SENATAK hasil kerja gilanya mengankat 6 kotak dan menjaja cerita itu tanpa penat lelah dan tanpa rasa malu. Kerja Mat Ezam kotak sudah pun dihargai oleh pimpinan umno. Semoga terus menjaja cerita 6 kotak itu sampai ke dalam kotak keranda.
Kembarnya Kickdefella dokumen masih lagi tidak menyatakan yang beliau telah pun menghantar borong untuk menyertai umno, cuma umno yang terhegeh-hegeh masuk campur dalam urusan RM 4 juta ini. Namun Kickdefella dokumen tidak pula menyatakan kepada SPDRM yang RM 4 juta itu adalah rasuah cuma memeberitahu selama 3 tahun berkhidmat di Kelantan, beliau telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf. Dan beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu. RM 4 juta itu hasil sumbangan dari beberapa orang politik yang sanggup membelanjakan wang sendiri untuk menentang umno dan bukannya memberitahu RM 4 juta itu adalah sumber rasuah. Beliau memberitahu kisah RM 4 juta itu mungkin kerana terlalu kecewa dengan sikap sesetangah pihak Pas yang memberitahu yang beliau tidak penah berjasa kepada kerajaan negeri kelantan dan cerita RM 4 juta ini sebagai bukti yang beliau pernah berjasa kepada pihak Pas kelantan sehingga pihak Pas kelantan sanggup membelanjakan RM 4 juta selama 3 tahun untuknya menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Maka tidak timbul soal rasuah dan beliau sendiri tidak pernah menyebut tentang rasuah dan cuma orang umno yang kononnya terlalu bijak pandai menambah cerita RM 4 juta itu adalah rasuah.
Maka antara Mat ezam kotak dan Kickdefella dokumen masih lagi jauh perbezaannya. Mereka cuma kembar siam yang masih juah berbeza sifat dan maruah dan ternyata Kickdefella dokumen masih tidak sekeji Mat ezam kotak yang sanggup bersumpah seranah yang beliau tidak akan masuk parti umno tetapi hari ini beliau telah menjilat ludahnya sendiri. Kickdefella dokumen mungkin mengeluarkan cerita itu kerana terlalu kecewa dan tiada tempat untuk diluahkan kekecewaannya itu. Namun rasanya Kickdefella dokumen masih lagi sempat untuk menoleh ke belakang dan kembali semula ke pangkuan jalan yang sebenar kerana Kickdefella dokumen dengan Mat ezam kotak terlalu jauh bezanya nilai perjuangan walaupun mereka kembar siam. Kickdefella dokumen harus membuang semua rasa kekecewaannya itu dan kembali semula ke arena Pas dan memohon maaf secara kepada tok guru dan pihak pas kelantan dan bukannya meminta maaf kepada Pak Lah dan Mat Monggol seperti Mat ezam kotak jika tidak mahu menjadi seperti Mat ezam kotak.
Dan diharap jika Kickdefella dokumen meminta maaf secara terbuka kepada Tok Guru dan juga pihak Pas diharap Kickdefella dokumen akan dimaafkan kerana Kickdefella dokumen bersikap begitu mungkin kerana terlalu kecewa. Dan ALLAH swt memberitahu sebesar mana pun dosa besar lagi pengampunannya. Dan jika kita terus bersatu, umno akan terus derita.
Dan jika Kickdefella dokumen ingin terus melayan kekecewaannya itu, tirulah gaya Mat ezam kotak dengan masuk kedalam pari umno dan mintaklah maaf kepada kepada Pak Lah dan Mat Monggol. Kickdefella dokumen harus memilih satu jalan diantara memohon maaf kepada Pak Lah dan Mat Monggol atau memohon maaf kepda Tok Guru dan pihak Pas. Kickdefella dokumen harus memilih satu jalan itu dan pililah jalan yang benar berdasarkan akal fikiran bukannya berdasarkan rasa kecewa dan amarah.
Apa kewajaran Kerajaan Perak sumbang RM 50,000 pada setiap Bahagian MCA?
Sehubungan dengan tersiarnya berita dan gambar dalam akhbar Sinar Harian edisi hari ini 4 Mei, dengan tajuk "kunjungan", saya suka mempersoalkan beberapa perkara seperti di bawah :-
1.Apakah kewajaran sebuah kerajaan menyumbang wang dari dana kerajaan atau dengan nama lain adalah wang rakyat untuk disumbangkan kepada sebuah parti politik. Seperti yang dilaporkan dimana dikatakan Kerajaan negeri perak bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak.
2. Tidakkah Zambry tahu bahawa antara kerajaan dengan parti adalah sesuatu yang berbeza dan salah sekiranya wang kerajaan yang menjadi milik semua rakyat termasuk bagi yang tidak berparti disumbangkan untuk sesuatu parti politik.
3.Dalam hal ini ianya juga membuka peluang bahawa parti politik yang lain juga perlu disumbangkan kepada semua komponen BN yang lain dan ianya membawa kepada suasana pengurusan wang kerajaan yang lebih parah dan tidak mematuhi peraturan.
4. Sekiranya sumbangan sebanyak itu untuk satu bahagian MCA dan meliputi 24 Bahagian MCA di Perak, berarti sebanyak RM 1.2 Juta diperlukan untuk tujuan itu.
5. Jumlah yang sebanyak itu kalau diambil kira untuk satu komponen BN di Perak dan merupakan satu jumlah yang besar dan saya mempersoalkan dari manakan peruntukan itu diambil dan pada jumlah Bajet mana yang diluluskan seperti yang dibentang dalam "Bajet Mee Segera" yang cuma memerlukan masa 20 minit dengan dikendalikan oleh Speaker HaraM Ganesan pada tahun lepas.
6. Pakatan Rakyat Perak menuntut supaya penjelasan yang terperinci diberikan dengan kadar segera kepada persoalan ini supaya rakyat tahu dari mana dana sebanyak itu diambil.
7. Selain itu adakah agensi dan badan kerajaan negeri yang ada di negeri Perak sudah tidak berfungsi dan boleh diharapkan lagi sehingga program untuk menarik soKongan rakyat kepada BN sehingga memerlukan penyaluran dana kepada komponen BN secara langsung waaupun ianya bertentangan dengan peraturan yang sedia ada.
8. Saya menegaskan disini bahawa kepincangan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh BN yang tidak direstui oleh rakyat secara majoriti dengan cuma dengan rampasan kuasa dan pengesahan mahkamah sangat jelas dan serius kerana kegelojohan BN untuk mempertahan kuasa "haram" tersebut.
Drs Khalil Idham Lim,
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak,
Adun Titi Serong.
Kes Kapal Selam: Peguam Perancis Tak Takut Ugutan
Oleh Susan Loone
Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya “tekanan dan ugutan” sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.
“Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.
“Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti ‘Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia’. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini,” kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.
Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) – sebuah NGO hak asasi manusia – memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.
Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:
Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?
Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.
Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.
Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.
Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.
Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.
Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.
Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. ‘Sherpa’ bermaksud ‘menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan’.
Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa.
Karpal: Air Mani Mungkin Diletakkan Pihak Tertentu

05 May 2010
Sampel air mani yang diperoleh dari dubur Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan besar telah diletakkan pihak tertentu untuk menganiaya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, tegas peguam Karpal Singh beberapa ketika sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar.
Ini kerana laporan dari tiga doktor kerajaan di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada kesan tusukan pada dubur penuduh.
"Jika tiada tusukan, bagaimana mungkin adanya kesalahan?" soal Karpal di hadapan Hakim Besar Malaya Arifiin Zakaria, Hakim James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Suriyadi Halim Omar.
"Kehadiran air mani seraya mencadangkan bahawa bukti ini telah diletakkan di situ. Logik akal mengatasi segala syak kerana para doktor sendiri mengesahkan tidak ada tusukan. Lantas, dari mana datangnya sperma ini?" tegas beliau.
Sebelum itu, Peguamcara II Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwaraya terhadap Anwar Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa calitan empat putik kapas membuktikan kehadiran air mani.
Yusof berkata penemuan spermatozoa pada putik kapas ini diperoleh dari calitan keatas dubur penuduh, seraya menunjukkan adanya perlakuan sodomi.
Selepas mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak, panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar Ibrahim menggugurkan pertuduhan fitnah liwat.
Hakim Besar Malaya Arifin Zakaria berkata hujah kedua-dua pihak sewajarnya dibuktikan dalam perbicaraan penuh. -TVS
Sunday, May 2, 2010
Skandal Pembelian Kapal Selam
Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.
Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.
Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.
Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.
Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:
Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?
Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?
Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?
Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?
Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?
Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.
Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?
Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?
Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?
Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?
Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?
Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.