Jimadie Shah Othman
Feb 25, 10
12:24pm
Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO, gagal menyerahkan kepada menteri dalam negeri, memorandum berhubung pendedahan seorang wanita malang, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.
Mereka sampai ke pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada kira-kira jam 11.30 pagi.
Kemudian, seorang pegawai berbaju batik - yang hanya dikenali sebagai Azmi - turun menemui mereka di lobi bangunan itu untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak menteri.
Bagaimaan berlaku sedikit kekecohan apabila peguam Norizan - N Surendran - dan wakil Pakatan Rakyat, berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya.
"Kalau kita bagi pada kamu, kamu tidak akan ambil tindakan. Kita mahu beri pada menteri," kata Surendran.
Pengarah komunikasi PKR, Lateefa Koya, pula berkata mengapa menteri masih tidak mengambil peluang tersebut untuk menemui mangsa, supaya beliau boleh melihat sendiri apa yang telah terjadi.
Setelah diasak bertubi-tubi, pegawai berkenaan - yang enggan memberitahu nama dan jawatannya - hanya berulang kali bertanya: “Mana memorandum?”
Norizan, 30, turut sama hadir pagi ini. Berikutan itu, Azmi pun beredar dari situ dan menaiki lif.
Pemergiannya itu diiringi laungan “sombong” daripada kumpulan tersebut.
Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, ibu tunggal itu dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.
Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.
Sementara itu, kira-kira 10 minit kemudian, kumpulan tersebut keluar dari bangunan KDN dan mengadakan sidang akhbar.
Di luar, sekali lagi berlaku kekecohan kecil apabila kumpulan tersebut dihalang dua anggota polis daripada mempamerkan kain rentang masing-masing.
Antara pemimpin Pakatan lain yang hadir: Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail; ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin; ADUN Teratai dan timbalan ketua Pemuda DAP Jenice Lee serta Ahli parlimen Kapar S Manikavasangam.
Dalam sidang media itu, Surendran berkata, pihaknya mahu menyerahkan memorandum tersebut kepada menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri kerana anak guamnya telah melakukan pelbagai usaha bagi mendapatkan keadilan tetapi gagal.
“Kita sudah hantar memorandum kepada pihak polis, kita sudah buat laporan polis, kita sudah laporkan kepada Suhakam, tetapi tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.
Surendran dan pemimpin Pakatan yang hadir menyatkan kekesalan terhadap layanan KDN hari ini yang disifatkan sebagai “sombong” kerana tidak mahu berjumpa walaupun mangsa sendiri hadir menyerahkan memorandum kepadanya.
Kumpulan itu malah menunjukkan sebuah kereta kepada wartawan yang didakwanya kereta timbalan menteri bagi membuktikan kehadirannya di ibu pejabat KDN pada masa itu.
Sementara itu, Norizan yang hadir dengan keadaan lengan masih berbalut berkata, beliau tidak memahami kenapa kejadian tersebut menimpanya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Saya datang ke sini, saya kesal sangat. Harap dapat berjumpa dengan menteri dan meminta penjelasan,” katanya.
Ekoran insiden yang mencederakan lengannya itu, beliau berkata tidak tahu bagaimana hendak membayar kos rawatan perubatannya selepas terlantar di hospital dan Institut Jantung Negara (IJN) selama 14 hari.
“Hendak tanggung diri sendiri pun (selepas ini) saya tidak tahu macam mana,” katanya.
Manakala Manikavasangam pula berkata mereka akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri berkenaan bila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.
"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya.
Pihak berkenaan enggan mendedahkan kandungan memorandum tersebut buat masa ini kerana ia belum berjaya diserahkan kepada Hishammuddin.
ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Sunday, February 28, 2010
Sunday, February 21, 2010
Peruntukan Maipp: Ketua Menteri sangkal dakwaan liar
Mohd Sabri Said
GEORGETOWN, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah berbohong tentang peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada tahun 2008 di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM12,548,580 kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya, peruntukan RM7,548,580 dikhaskan untuk pengurusan manakala RM5 juta lagi untuk tujuan pembangunan.
"Saya terpaksa buat kenyaaan ini berikutan terdapat tuduhan liar oleh pihak yang tidak
bertanggugjawab yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bercakap tidak
berfakta. Itulah hakikatnya kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri," ujarnya dalam kenyataan akhbar semalam.
Pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini menyangkal kenyataan Lim bahawa bantuan yang diterima oleh Maipp pada tahun 2008 semuanya perbelanjaan pembangunan.
Pada perbelanjaan kerajaan negeri kali pertama iaitu tahun 2009, Maipp sudah mendapat limpahan bantuan sebanyak RM20.5 juta yang merangkumi pengurusan dan perbelanjaan, manakala pada tahun ini dinaikkan lagi kepada RM24.3 juta.
"Kerajaan Pakatan Rakyat melakukan yang terbaik untuk umat Islam berbanding BN di bawah pentadbiran Tan Sri Koh Tsu Koon. Inilah yang merunsingkan sekutu BN iaitu Umno yang asyik berdendam dengan Pakatan Rakyat ekoran mereka tidak pun bertindak membela orang Melayu sebalikya sanggup menarik balik perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)," tegas beliau.
Jesteru itu, beliau menasihatkan pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan
kerajaan (NGO) jangan membuat tuduhan liar sebaliknya mendokong kerajaan sedia ada demi meningkatkan syariat Islam di negeri ini.

Tuesday, February 16, 2010
Tindakan Najib arah Wisma Putra memanggil ahli parlimen Australia untuk menabur fitnah terhadap Anwar berniat jahat dan jelas menghina Mahkamah
Februari 14, 2010
Herman Samsudeen
Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby yang mengumumkan menyokong Anwar dalam kes perbicaraan liwatnya kelmarin menyebab Najib jadi kelab kabut dan terdesak mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil 50 ahli Parlimen Australia untuk diberikan taklimat khas. Memang pelik, kenapa perlu bagi taklimat khas, sedangkan kes belum diputuskan. Tindakan ini jelas menghina mahkamah kerana masih dalam perbicaraan. Tindakan memberikan taklimat khas ini jelas bertujuan untuk memfitnah dan memburukan imej Anwar yang begitu disanjung diluar negara termasuk di Australia.
Wisma Putra diminta beri penjelasan kes Anwar
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.
“Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar.
“Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.
Dalam laporan agensi berita asing kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika memberi reaksi berhubung kenyataan itu sebelum ini menganggap pendirian beberapa Ahli Parlimen Australia itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia pernah berlaku dalam perbicaraan kes Anwar sebelum ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin semalam menyifatkan tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan.
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr. Chandra Muzaffar pula menganggap gesaan mereka agar kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di negara ini.-Utusan Malaysia

Friday, February 12, 2010
Kapal selam: Lagi episod aib negara
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, selain meyedihkan, ianya juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.
"Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.
"Kita minta satu kertas putih dibentangkan di parlimen, kenapa sering berlaku perkara begini pada sistem pertahanan negara kita, terlalu banyak penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pembelian ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Semalam, Panglima Tentera Laut, Jeneral Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (defect high pressure air blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.
Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.
Ekoran itu kapal selam terbabit dinasihatkan untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.
Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.
KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.
Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.
Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Sunday, February 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)