AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Thursday, September 30, 2010

Duit Judi Kerajaan Negeri P.Pinang

30 SEPTEMBER 2010
Utusan Malaysia hari ini menjadikan berita warga emas memulangkan semula wang ihsan yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai berita utama yang diletakkan pada muka depan.Terpampanglah muka-muka sedih warga emas tersebut yang berebut-rebut memulangkan semula wang ihsan tersebut.

Dalam keadaan ini bermakna wang yang diterima tersebut tidaklah dibelanjakan setelah mereka menerimanya agak lama juga kira-kira dalam bulan Ramadan yang baru berlalu saja. Atau mungkin lebih lama lagi penerimaannya kerana operasi wang ihsan ini berterusan. Bermakna warga emas yang belum menerima lagi wang tersebut berhak mendapatnta tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

Tambah menyayat hati lagi, ada yang menangis-nangis kerana telah diperdaya oleh Guan Eng kerana selama ini tidaklah mereka ini memakan wang haram walau pun sedikit.

Sebelum ini mereka tidak pernah menerima wang-wang ihsan seperti ini kerana kerajaan sebelum ini tidak berbuat seperti kerajaan yang ada hari ini.

Kalau adapun wang zakat yang sahih kebersihannya bukannya wang judi . Alhamdulillah.

Saya tidak mahu mempersoalkan keikhlasan warga-warga emas berkenaan yang memulangkan semula wang tersebut. Cuma persoalannya adakah pakcik-pakcik makcik-maqkcik tokwan-tokwan dan nenek-nenek ini terfikir yang selama ini pun salah satu sumber pendapatan negara sebahagiannya adalah daripada sumber judi, arak cukai-cukai dari operasi hiburan yang melarakan.
Hasil daripada sumber-sumber inilah yang menjadi pendapatan untuk digunakan membangunkan negara dan sebahagiannya adalah untuk membayar gaji kaki tangan awam. Ada anak-anak warga emas ini yang menghulurkan wang kepada ibu bapa mereka. Kenapa tak ditanya sumber asal wang tersdebut.

Janganlah pula kita menjadi umat nabi Musa yang asyik mempersoalkan jenis-jenis lembu yang nak dibuat korban akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Kita tidak tahu adakah kerajaan pusat mampu untuk mengasingkan pendapatan yang bersih dengan pendapatan yang tidak suci itu. Kalau sekiranya kerajaan mampu berbuat demikian, maka memang benarlah kerajaan pusat begitu suci dan bersih serta begitu prihatin terhadap setiap rezeki yang masuk ke perut kaki tangan awam khususnya yang muslim.

Sungguh suci kerajaan pusat ibarat Puspa Wangi dalam cerita Musang Berjanggut yang mampu mengasing-asingkan garam gula lada cili kering beras segala macam bahan masakan yang dicampurkan olah P.Ramlee khusus untuk mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

Tuan-tuan puan-puan fikirlah. Jadi tak payahlah mempolitikkan perkara remeh begini. Kalau betul-betul ingin mencari kesucian dalam hal ini sewajarnyalah mufti atau majlis fatwa bersidang untuk memutuskannya.

Wallahualam

Sunday, September 5, 2010

Jet pejuang Israel serang Gaza

Selepas hanya 2 hari berlangsungnya rundingan damai di Washington, jet-jet pejuang Israel menyerang bandar Khan Younis dan bandar Rafah di selatan Gaza menyebabkan beberapa penduduk Gaza tercedera. Serangan pada malam Sabtu itu menyebabkan seorang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya tiga yang lain tercedera, manakala seorang lagi dilaporkan hilang apabila terperangkap di dalam terowong yang diserang.

Menurut berita yang disiarkan PressTV, jet-jet Israel terbang rendah di ruang udara Gaza dan menembak roket ke arah kawasan pertanian di Khan Younis. Rakyat Gaza menjangkakan banyak lagi seranga-serangan susulan akan dilakukan.

Agensi berita YNet memetik bahawa seorang jurucakap tentera Zionis mengesahkan kejadian serangan tersebut.

Tentera Zionis Israel sering melakukan serangan udara dan darat ke atas Gaza sejak serangan selama 22 hari yang bermula pada akhir tahun 2008. Israel secara berukang-ulang mengebom aringan terowong bawah tanah di kawasan sempadan Gaza-Mesir di Rafah. Mereka mendakwa pejuang-pejuang Palestin menyeludup senjata menggunakan terowong-terowong tersebut.

Rakyat Palestin bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Terowong merupakan satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk membawa masuk keperluan asas yang mendesak setelah diembargo sejak bertahun-tahun oleh rejim Zionis. Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain akibat embaro tersebut. (mn/presstv/YNet)