Tuesday, July 30, 2013
"Jika bukan perunding, mengapa Altantuya minta $500,000 sebagai komisen," soal Cynthia kepada Jasbir
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.
"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.
Beliau berkata, Jasbir sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau digugurkan dari rundingan berkenaan.
"Kami pelik mengapa butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.
Tidak setuju dengan kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding rojek itu.
"Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.
Antara 2009 dan 2010 sewaktu kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9 juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19 juta kepada RM3.3 juta.
Beliau berkata, laporan kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada Disember 2009 dan kerugian berlaku.
"Jadi, adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak mendedahkannya?" katanya.
Cynthia turut mempersoal peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan kepada umum.
"Jasbir pernah menjadi pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan kepada umum.
Menyatakan Jasbir pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.
Pada kenyataan dalam NST baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam.
Urus niaga pembelian kapal selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.
Pada 2009, Suaram membuat aduan kepada Mahkamah Perancis yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene.
~ The Malaysian Insider


Ketika ini dua penyokong Dr Mursi maut ditembak di Jalan Solah Salim
sebelum waktu sahur sebentar tadi. Hari ini sudah 27 hari penyokong
Presiden pilihan rakyat itu berkubu di Dataran Rubu'ah dan Dataran An
Nahdah di Kaherah. Melihatkan persiapan mereka menampakkan mereka sedia
untuk duduk di dataran tersebut sehingga dua ke tiga bulan lamanya.
Sebuah hospital sementara didirikan bagi merawat mangsa-mangsa tembakan.
Ribuan khemah didirikan sepanjang jalan empat persimpangan di Rubu'ah
tersebut. Manakala sesekali ada sebahagian penyokong Mursi berarak di
merata tempat seperti ke Dataran Ramsis, Jalan Solah Salim dan lain-lain
kawasan. Kumpulan ini biasanya diganggu dengan serangan dan tembakan.
Manakala keadaan di Rubu'ah masih selamat.
Ikhwan
Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah
Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka
sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke
tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan
ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan
kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka
berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga
pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Sehingga ke hari ini
sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali
berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri
kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan.
Apabila
rakyat mula menyuarakan kemungkinan Mursi di penjara, semalam Naib Am,
Ketua Hakim Besar Mesir keluarkan kenyataan Mursi tidak di penjara
tetapi disimpan di rumah yang tidak dimaklumkan lokasinya. Dengan
kehadiran rakyat yang sangat besar khususnya setiap hari Isnin dan
Jumaat di dataran-dataran seluruh Mesir, ia akan memberi tekanan yang
kuat supaya Mursi dikembalikan ke tampuk kerajaan sebagai Presiden yang
sah. InsyaAllah jika hal ini berlarutan Mesir akan kembali ditadbir oleh
Presiden pilihan rakyat.

Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.
Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;
"Sedia berhari raya di sini"
"Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.

