AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Saturday, November 28, 2015

FILEM SANG MURABBI (MENCARI SPIRIT DAKWAH YANG HILANG)

Wednesday, November 4, 2015

Khalid Samad: 2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram

Khalid Samad: 2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram: Dewasa ini ada kedengaran suara sumbang yang menyatakan bahawa kewujudan dua parti politik Islam pada masa yang sama di sesebuah negara adal...

Thursday, June 11, 2015

Pasca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan


Monday, June 8, 2015

Pasca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan

Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.

Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.

PENDIRIAN SAYA

Saya berpendirian bahawa pimpinan baru wajib diberikan ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan pembaharuan pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan ke arah mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu saya telah membuat pendirian bahawa saya tidak akan mencampuri apa jua hal kepimpinan parti kerana khuatir akan menjadi penghalang kepada apa yang diingini. Ini adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila apa yang diidamkan sebenarnya tidak saya ketahui.

Seperti kata-kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang baru, Dato Dr. Mahfodz dalam temuramahnya,
“...golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat. Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.”

Seingat saya, tidak pernah ada mana-mana keputusan dibuat, selama saya sebagai anggota AJK PAS Pusat, berdasarkan undi. Maka bagaimana saya dan pimpinan lama yang lain menjadi penghalang tetap merupakan sesuatu tanda tanya pada diri saya. Dan sekiranya pembentangan fakta dilihat sebagai penghalang kepada apa yang diingini, maka sememangnya saya hanya mampu membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukan berdasarkan yang keinginan semata-mata. Oleh itu, cara saya semestinya berbeza dengan cara baru yang mengikut apa yang diinginkan dan dengan itu saya sudah pasti tidak mampu berfungsi dalam keadaan sedemikian.

Saya tidak mahu komen secara berlebihan terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Dato Dr. Mahfodz dalam temuramah beliau. Biarlah beliau kata apa yang diinginkannya. Yang penting saya sekadar ingin menyeru pada semua ahli untuk memberikan peluang kepada kepimpinan baru untuk menzahirkan keinginan mereka sebenar dan mendoakan semoga perbezaan yang akan dibawa akan merupakan pembaharuan yang baik untuk PAS, insyaAllah.

USUL DUPP

Namun begitu, saya harap bahawa ‘Usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat’, bukan merupakan petanda berhubung perbezaan yang ingin dibawa pimpinan baru. Usul sedemikian rupa mungkin seronok untuk disyarahkan demi menunjuk sifat ‘hero’ tetapi ia boleh menghancurkan segala yang telah dibina secara begitu teliti oleh pimpinan lama. Takbir mungkin dilaungkan berkali-kali oleh pemerhati dan perwakilan tetapi pimpinan yang bijak akan lebih waras dan tidak emosi, menimbangkan untung ruginya sesuatu tindakan serta maslahahnya.

Akan tetapi, itu cara pimpinan lama. Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan. Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima, walaupun tanpa bahas, oleh muktamar PAS. Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar.

Jika tidak, dikhuatiri nanti akan dituduh sama sahaja dengan pimpinan lama!

Sebenarnya tindakan Mat Sabu meletak jawatan adalah tepat. Jawatan beliau di Pulau Pinang adalah jawatan yang dilantik. Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan PR yang hampir kesemuanya DAP. Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan. Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan. Lebih lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka.

KESIMPULAN

Saya berlapang dada dan menerima dengan baik keputusan muktamar PAS Ke-61. Pihak yang berkerja keras telah mencapai kemenangan. Harapan mereka bersama DS Presiden ialah untuk melakukan sepertimana yang dianggap perlu, berbeza dengan pimpinan lama. Maka perlu tunggu dan lihat dan berikan ruang seluas-luasnya kepada mereka.

Pada masa sama, saya yakin bahawa sepertimana saya; rakan-rakan lain yang telah terlibat dalam perjuangan Islam ke arah menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat sekian lama akan turut meneruskan perjuangan seperti biasa. Bersama PAS, di peringkat bawahan dan pertengahan, bersama NGO serta parti komponen PR, terus maju ke hadapan dan berusaha menjatuhkan UMNO/BN. Perjuangan ini dilakukan bukan atas sebab jawatan atau pujian; tetapi atas keyakinan dan kefahaman. Oleh itu tidak perlu ada pihak yang khuatir mengenai diri kami ini, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

SENARIO KEMPEN PEMILIHAN JK PUSAT PAS – MUKTAMAR KE 61- 11.06.2015


SENARIO KEMPEN PEMILIHAN JK PUSAT PAS – MUKTAMAR KE 61

Sepanjang pengamatan saya semasa kempen pemilihan Jawatan PAS (yg berjalan sepanjang 1-2 th),diantara kumpulan yg di gelar “GOLONGAN PROFESIONAL” (GP) yang berhadapan dengan “KUMPULAN GENG ULAMA” (GU), terdapat beberapa perkara menarik untuk diperhatikan.

1. Kumpulan GU bergerak dalam satu pasukkan yang tersusun rapi pada setiap peringkat: Peringkat Pusat, Peringkat Negeri,peringkat Kawasan hatta hingga ke peringkat cawangan. Dan mereka juga telah meletakkan “orang mereka” sebagai PJ neneri dan menguasai pengurusan parti di peringkat negeri melalui kuasa Presiden. Sebagai contoh lihat apa yang berlaku di Perak dan P.Pinang.

2. Kumpulan GU giat berkempen sebaik sahaja selesai Muktamar PAS ke 60.Buktinya sila baca kentataan Ketua Dwn Ulamak yg baru; Dr Mahfodz Muhammad dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia:

DR. MAHFODZ: “Saya tidak tahu perkara itu tetapi kemenangan mereka (sebelum ini) mungkin disebabkan berkempen sedangkan golongan ulama tidak berkempen. Cuma kali ini apabila kita menyedari apa yang dilakukan oleh golongan profesional, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akui golongan ulama melakukan kempen tetapi ia dilaksanakan secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan. Kita anggap ini pertandingan adik-beradik, mungkin kempen seumpama inilah yang memberi kesan kepada ahli Pas.
Selain itu juga, apabila kita menye¬dari golongan ulama kurang (dalam AJK Pas Pusat) maka kita turun padang melawat kawasan-kawasan bagi membuat penjelasan. Antara penjelasan yang diberikan ialah mengenai dasar parti, pera¬nan ulama dan matlamat Pas ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam nilai-nilai Islam.
Alhamdulillah, melalui gerakan turun padang ini termasuklah oleh saya sendiri, kita pun tidak menjangka apabila pemilihan berlangsung, golongan ulama mendominasi termasuk di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.”

3. Manakala kumpulan GP tidak bergerak secara berkumpulan dan sistematik. Mereka lebih banyak bergerak berseorangan, dan seolah2 tiada sebarang bentuk perikatan antara sesama mereka. Mereka bertanding bebas dan mereka juga tidak menentukan SIAPA KETUA MEREKA, dan mereka TIDAK MENCATURKAN SIAPA LAWAN SIAPA. Mereka lebih kepada mempertahankan jawatan yang di sandang selama ini.
Cuma di akhir2 kempen sahaja baru kelihatan mereka bersatu dalam satu kumpulan iaitu setelah Us Ahmad Awang menyatakan kesediaan beliau untuk mencabarTn Guru Hj Hadi sebagai presiden PAS.Itu pun setelah mereka melihat dan menyedari betapa hebat dan garangnya kumpulan GU berkempen. Malangnya tindakkan mereka itu telah terlambat, kerana hampir kesemua kawasan dan perwakilan telah Berjaya ditawan dan “diracuni pemikiran” mereka oleh kumpulan GU dengan senjata kimia berbahaya “WALAK”

Dan ada juga tokoh GP yang lebih banyak berdiam diri seperti Husam Musa ( mungkin kerana keuzuran beliau).

4. Dari segi kempen, kumpulan GP didapati lebih sederhana, sesuai dengan amalan dan etika parti dalam menghadapi pertandingan “adik-beradik” iaitu “BERLUMBA2 UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN.

5. Sebaliknya kumpulan GU bertindak sangat agresif , seolah2 mereka itu berhadapan dengan “Musuh Sebenar” dalam satu perlawanan “KALAH MATI”.Mereka membuat beberapa perkara yang tidak syar`ii yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang faham Islam.
Contoh: lihatlah apa yang berlaku dalam “Multaqqa Ulamak” dan dalam lain2 proram yg mereka jalankan. Bahkan, menurut seorang rakan yang aktif di Selangor, kumpulan GU mendatangi setiap kawasan dan berkempen agar tidak mengekalkan kumpulan GP dalam parti dengan pelbagai tuduhan dan cacian yang lebih bersifat FITNAH.

6. Contoh2 caciandan gelaran yang dinisbahkan oleh kumpulan GU kepada Kumpulan GP:
- PARASIT JAMAAH, PENGIKUT ANWAR, PENGIKUT LGE DAN LKS. BARUA DAP, ANJING DAP,
- PENGKHIANAT PARTI, MUNAFIK HARAKI, PENJILAT DAP, JEBON.
- TOLOL, BARUA,BROKER,TAK WALAK DAN MACAM2 LAGI.

7. Apa gelaran dan cacian dari kumpulan GP: Mereka sekadar berkata, pro-UG, kurang bijaksana, dipengaruhi UMNO…lihatlah bezanya.

8. Dan yang terlebih pelik, Dalam muktamar, sangat sedikit puak2 GU mengkritik kerajaan UMNO dan BN.Berbeza semasa Persidangan UMNO,dimana hamper separuh drp masa persidangan digunakan utk mengkritik dan mengecam PAS.

9. SEMUA MEDIA UMNO SPT UTUSAN,BH, TV3,RTM memberikan liputan dan publisiti yang meluas kpd kumpulan GU. Tokoh2 GU sentiasa saja diberi peluang bercakap di TV dan di Akhbar2 milik UMNO.

10. DAN AKHIRNYA, APABILA GU BERJAYA MENG “KO” KAN GP, yang paling gembira dan palig seronok ialah tokoh2 UMNO……

11. Selepas Muktamar yang jelas kelihatan: kumpulan GU mula bercelaru terutama dalam perkara : Putus hubungan/ Tidak dengan DAP dan hubungan dengan PR. Ada tokoh yang kata putus,ada pula tokoh yang kata sabar dulu. Ada tokoh yang kata keluar saja dari PR, ada juga yang kata “kita akan kekal bersama PR”

12. AHLI PENING KEPALA DAN BERTANYA: DIMANA MARUAH DAN HARGA DIRI KITA?? 

Wednesday, June 10, 2015

Ulasan GreenBoc

ULASAN GB - 10/05/2015

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat. 

Berdasarkan kenyataan dua orang peguam di atas, Asmuni dan Hanipa, muktamar perlu diadakan semula jika mahu usul itu ditarik balik atau jika hendak diubah.

Dan jika MSU dan AJK PAS Pusat membuat U-Turn menterbalikkan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU dan AJK PAS Pusat boleh diheret di mahkamah kerana ia ultra vires. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Peranan mereka ialah melaksanakan usul yang telah diluluskan oleh Muktamar. Jika MSU berpendapat ia melibatkan soal pentafsiran hukum yang memberi kuasa MSU melakukannnya, maka ia hanyalah untuk makluman "pembawa usul" berkenaan. Dan jika hendak di terbalikkan usul itu, dari sudut pertubuhan dan perundangan, muktamar perlu diadakan semula. 

Demikianlah episod untuk ketika ini. Kita tunggu dan lihat apa berlaku jadi esok.

Letak Jawatan : Adakah PAS akan dilakukan seperti mana SEMANGAT 46 kena dahulu


PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN S46, TERPAKSA LUCUTKAN JAWATAN TMB II DAN TIGA EXCO YANG DEGIL MELEPASKAN JAWATAN

Sekadar renungan dan mengutip iktibar kisah Pas pimpinan Ustaz Fadzil Mohd Noor memutuskan hubungan dgn S46 pd 14 Julai 1996. Waktu itu TMB II, Dato Rozali Isohak dan tiga Exco Kjaan Kelantan drpd S46 enggan letak jwt dgn alasan ia mandat rakyat dan pekenan Sultan dlm Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri. Pd 23 Julai 1996, Kjaan Pas Kelantan telah melucutkan potfolio Exco2 dari S46 berkenaan dan ia dipangku oleh Exco2 Pas yg sedia ada. Amacam?

Perkara sama perlu difikirkan oleh pemimpin-pemimpim PAS yang memegang jawatan di P.Pinang. selangor tunggu dulu.

Saturday, June 6, 2015

RAKYAT MARHAEN: Kit Siang: PR mampu bertahan dalam dua minggu

RAKYAT MARHAEN: Kit Siang: PR mampu bertahan dalam dua minggu: JOHOR BAHRU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiada lagi PR dalam tempoh dua minggu lagi. ...

RAKYAT MARHAEN: RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN

RAKYAT MARHAEN: RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN: Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis t...

Tuesday, June 2, 2015

The President Speaks with Young Southeast Asian Leaders Initiative Fellows

Antara Maruah Dan Gambar Pakwe

Sunday, February 1, 2015


Antara Maruah Dan Gambar Pakwe


Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.

Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

SYARI’ATULLAH

Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.

Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.

Tetapi apa akan terjadi, jika kesemua peraturan itu diabaikan?

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?

Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.

Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?

MARUAH

” Sayang papa sampai mati “
” My beloved one..forever n ever “
” Cayang kamuuu ..”

Ya. Itu antara ayat-ayat cinta ciptaan mereka. Pernah saya cuba menyelidik, adakah si lelaki turut melakukan perkara yang sama. Dan menyedihkan, kerana banyak yang saya lihat, si lelaki tidak pun meletakkan gambar teman wanita mereka bahkan seboleh-bolehnya kelihatan seperti mahu berlagak single dan belum berpunya.

Pernah juga saya lihat di facebook. Gadis muslimah tersebut, beriya-iya menukilkan madah cinta di wall teman lelakinya. Bahkan menggunakan aplikasi tulisan yang pelik-pelik penuh warna warni semata-mata untuk menyatakan ‘ saya sayang pakwe saya ‘. Di wall si lelaki, berderet ucapan yang sama, setiap hari. Tetapi aneh, si lelaki langsung tidak membalas. Si lelaki seolah ‘rimas’ dan seboleh-bolehnya mahu ‘berlepas diri’ dari kesemua perkara tersebut. Hanya post dari rakan-rakannya sahaja yang dibalas dengan ‘rela’.

Saya terfikir, si gadis seperti itu sebenarnya mengapa? Sakit jiwakah dia? Sudah hilang rasa malukah dia?

Oh, gambar profil facebook gaya arab. Pakai niqab hitam. Status-status yang ditulis, mengajak cinta kepada Allah. Ajak berburu Lailatul Qadr. Tetapi dia sanggup menghabiskan masa yang banyak ( pada hemat saya ) untuk membuat editing gambarnya dan dicantum dengan gambar si lelaki. Ditambah dengan pelbagai effect dan tulisan. Berhabis masa pula untuk membuat tulisan kelip-kelip , dedikasi untuk orang yang dia sayang. Apa sebenarnya yang dia cari?

Apa sekalipun rasa hati, mereka yang berada dalam situasi seperti ini harus segera sedar. Anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.


MULIANYA ANDA

Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah. Pakaian anda, tudung atau jubah, tidak memberi sebarang makna jika anda sanggup merendahkan darjat anda ke tahap itu di alam maya.

Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.

” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”

Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.

Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.

Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?

JALAN PULANG

Mungkin masih ramai menganggap, gambar teman lelaki kesayangan mereka itu sumber inspirasi. Dan kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.

Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.

Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.


Kembalilah pulang.

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.

Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.

Ucapan Rafizi tentang 1MDB Pembelian Jet Renovation Jet dll