AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualikum...
Pada kesempatan yang ada ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kenalan, sahabat handai, ipar duai, saudara mara, dan sesiapa sahaja yang mengenali hamba yang seorang ini. Mohon segala kesalahan laku,kesilapan kata,ketelanjuran perbuatan, baik yang jelas nampak mau pun yang tersembunyi terperosok dalam hati yang hanya Allah jua yang maha mangetahui magrifahnya agar mendapat keampunan sesama hamba Allah sebelum mendapat keampunan Allah kemudiannya.
Dalam suasana iklim politik Malaysia yang tidak menentu, dengan hegemoni UMNO yang kian terhakis, kemunculan PR yang kian menonjol, kedegilan PM yang masih tegar untuk untuk melepaskan jawatan keramat buat bumi Malaysia ini, kerakusan pemimpim-pemimpin yang menunggu peluang dan kesempatan untuk mengaut khazanah negara yang sepatunya diagih-agihkan kepada rakyat jelata, kebobrokan masyarakat yang tidak lagi mempedulikan halal dan haram dan sebagainya, sama-samalah kita berdoa agar apa pun yang bakal ditakdirkan hanyalah yang baik-baik belaka untuk kesejahteraan semua. SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

PAK LAH -Karya Nawawidahalan

dipetik dari blog A.Kadir Jasin

PAK LAH

Datuk Seri Abdullah
Anak Ahmad Badawi popular dengan panggilan Pak Lah
Perdana Menteri Malaysia yang mencipta sejarah
Dikenali bersih awal memerintah
Penggal pertama makin menyerlah
Di sana sini dilihat lemah
Islam dijenamakan banyak yang marah
Banyak projek mega ditangguh sudah
Anak dan menantu menjadi barah
Ramai percaya Pak Lah diarah
Mentadbir kerajaan dan parti tak tentu arah
Keputusan selalu berubah-ubah
Imej Islamiknya tercemar sudah
Pelakun terkenal dirangkul Pak Lah
Ini semua tentu mengundang padah
PRU12 tertanya menyerlah
Protes rakyat semakin bertambah
Pak Lah mahu mengaku kalah
Anak,menantu dan isteri mula marah
Akhirnya Pak Lah akur jugalah
Pertahan jawatan sekalipun UMNO parah
Konon nak baiki masaalah rasuah
Makin menjadi-jadi makin bertambah
Dalam kerajaan, dalam parti lebih dahsyatlah
Sekarang Pak Lah dah naik lelah
Haluan parti dah tidak tentu arah
Semakin dekat Pak Lah rebah
Semakin banyak sokongan yang bawa rebah
Konon Pak Lah jangan ditentang jangan disanggah
Mengharap Pak Lah kembali kebah
Dari luar parti Pak Lah disergah
Anwar Ibrahim mengancam akan menerjah
Pak Lah naik gelabah
MP dibawa keluar Negara ‘membeli belah’
Negara kini semakin parah
Inflasi semakin menokok menambah
UMNO dilihat sudah tak tentu arah
Pembangkang makin ghairah nak meratah
Ke mana rakyat nak mengadu masaalah
Orang politik asyik bergaduh dan bertelegah
Janji nak membela rakyat yang susah
Yang jelas orang politiklah yang paling bermasaalah
Sikap dan tindak tanduk mereka tak berubah
Menghina, mencaci dan salah menyalah
Apa rakyat masih percayakah?
Asal nama politik memang jelas sudah
Kuasa dikejar sanggup gadai maruah
Kawan makan kawan biasalah
Hari ini kawan esok jadi musuh tak hairan dah
Sebab kesetian hanya slogan dilidah
Dalam hati, masyaAllah
Iblis dan syaitan pun ngaku kalah
Kepada rakyat memohon dengan tangan menadah
Kepada Tuhan kita berserah
Kerana semua yang berlaku terkandung hikmah
Yakinlah Tuhan tidak jadikan sesuatu sia-sia tanpa faedah
Jika besar masaalah, maka besar juga hikmah
Yang tersurat dibaca sudah
Yang tersirat menanti pasrah

Pak Lah
UMNO merekah menunggu belah
Belah dua, tiga, empat boleh jadi bersepah-sepah
Nampak muka makin kurang darah
Tak tidur malam mata mesti merah
Fikiran serabut dengan macam-macam masaalah
Hati sentiasa mengelabah
Takut Najib dan Mahyuddin tak ikut arah
Ku Li tentu melawan arah
Ahli UMNO dah banyak yang menyampah
Kenapa masih belum mengaku kalah?

Pak Lah
Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
Kepada Tuhan kembali menyerah
Kenapa masih menegak benang yang basah
Jika patut menyerah kalah
Mengundur diri dapat menjaga maruah
Datang simpati mereka yang marah
Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah
Tapi jika masih terasa gagah
Terimalah akibat menungkah bah
Lemas tenggelam impian Pak Lah
UMNO turut punah ranah
Pak Lah oh Pak Lah
Tiada bahasa tiada madah
Bukan masa nak bertikam lidah
Inilah masa patut berubah
Membaiki diri, bertaubat dan kepada Tuhan mengaku salah

Pak Lah
Kenapa orang marah
Kerana Pak Lah dah tak amanah
Cakap banyak berubah-ubah
Macam budak baru sekolah
Biasanya orang macam ini ada buat salah
Apa sebenarnya yang sudah dibuat Pak Lah
Rakyat rasa cukup menyampah
Pak Lah pula buat muka sampah
Tak faham bahasa atau memang tak bermaruah
Sudahlah Pak Lah
Masa dan cukup dah!
8:33 AM
Blogger

Friday, September 26, 2008

KENYATAAN AKHBAR OLEH PRESIDEN GMI

GERAKAN MANSUHKAN ISA


Kenyataan Akhbar: 26 September 2008

TUNTUTAN RAYA MANSUHKAN ISA:

RAKYAT MENENTANG ISA! SAMPAI MASANYA ISA DIMANSUHKAN!

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah wujud selama 48 tahun di Malaysia. Untuk kebanyakan tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara di Kamunting, sambutan Hari Raya tahun ini akan merupakan Syawal kali ke-6 atau ke-7 dalam tahanan untuk tempoh yang tidak menentu, tanpa hak dibicarakan, tanpa hak untuk dibela dan tanpa pengetahuan bilakah akan dibebaskan.


Ini tidak berbeza bagi ahli keluarga mereka. Mereka menyambut Ramadan dan Hari Raya untuk kali ke-6 atau ke-7 terpisah daripada suami, bapa dan anak-anak. Dengan kehilangan pencari nafkah dan sesetengahnya disisihkan oleh masyarakat, keluarga masih bergelut untuk melalui kehidupan yang munasabah tanpa bantuan kebajikan. Tambahan pula, keluarga terpaksa mengeluarkan belanja seperti tol dan petrol untuk perjalanan ke Kem Tahanan Kamunting (Kemta) bagi menziarahi suami dan bapa yang disayangi. Untuk sesetengah keluarga, ini merupakan tempoh singkat 45 minit berinteraksi melalui interkom di sebalik skrin gelas lutsinar sedangkan perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa sehingga 420 minit pergi dan balik.


Kekejaman dan kezaliman akan berterusan selagi ISA masih wujud. Penahanan tanpa bicara walaupun selama 18 jam (sebagaimana kes wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng) atau 7 hari (seperti kes Teresa Kok) merupakan pencabulan besar hak asasi manusia dan fitrah keadilan, inikan pula jika dihumbankan ke Kemta untuk dua tahun (seperti Raja Petra Kamaruddin dan Hindraf-5) atau lebih buruk lagi, disumbat sehingga 7 tahun seperti 5 orang suspek Jemaah Islamiyah (JI) (seperti Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman). Bagaimana pula dengan nama-nama lain yang tidak kita kenali seperti antaranya, Zaini Zakaria, Francis Indanan, Mohd Khider Kadran, Lai Kin Choy, Kasem Dayama, Mavalavan s/o Muthuramalingam dan Idris Lanama? Adakah hak mereka akan dibela? Berapa lama lagi harus mereka tanggung derita? Inilah antara 66 orang tahanan yang ditahan tanpa bicara atau tanpa bukti. Mereka dinafikan semua hak ini semata-mata kerana disyaki mengancam keselamatan negara.


GMI percaya tiada sesiapa pun sepatutnya dihukum oleh undang-undang rimba seperti ISA, tidak kira kewarganegaraan, agama, bangsa, kepercayaan politik atau orang terkenal. Sifat ISA yang kabur boleh dilihat dengan jelas daripada episod terkini penangkapan dan pembebasan tahanan. Semua tahanan mesti dibicarakan atau dibebaskan segera tanpa syarat. Prinsip-prinsip keadilan haruslah diamalkan merentasi semua sempadan sekiranya hak dan kebebasan seseorang ingin dilindungi pada setiap masa.


GMI memandang berat dimana Kerajaan dan pihak Polis terus melampiaskan kuasanya secara membuta di sebalik ISA walaupun dalam bulan Ramadan, bulan keberkatan iaitu bulan di mana sifat belas kasihan, kemurahan hati dan keampunan seharusnya melimpah ruah. Menggurung tahanan tanpa membenarkan proses keadilan sewajarnya adalah merupakan kemuncak kezaliman. Melakukannya dalam bulan Ramadan adalah zalim dan penuh dendam. Ia juga menyinggung sikap kepekaan agama kita, satu tindakan yang mencemar bulan yang mulia.


Malaysia merupakan salah satu daripada negara-negara di mana Kerajaan boleh, melalui kaedah undang-undang, menganiaya lawan politiknya dan membungkam suara bantahan berdasarkan syak wasangka semata-mata dan tetap dianggap tidak bersalah melakukannya. Bekas Kerajaan apartheid Afrika Selatan yang terkenal itu pun telah memansuhkan undang-undang seperti ISA sejak lama dulu. Sebaliknya di Malaysia, masih belum ada tanda-tanda ISA akan dihadkan atau dinyahkan. Malah, ada kebimbangan penyalahgunaan ISA akan terus meningkat.


Hari ini rakyat Malaysia berada di satu persimpangan baru yang bersejarah. Terdapat satu kebangkitan baru apabila terdengar suara lantang menzahirkan kejijikan mereka terhadap ISA. Kita mesti berdiri bersama dan berterusan menuntut untuk pembebasan semua tahanan ISA dan pemansuhan ISA. Keadilan akan menang dan kita akan lihat hari-hari akhir ISA.


GMI dengan itu menuntut dan menggesa Kerajaan untuk:

  1. Bebaskan Tahanan ISA tanpa syarat atau bicarakan mereka di mahkamah
  2. Mansuhkan ISA sekarang!


Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dan menjelangnya sambutan Hari Raya tidak berapa lama lagi, GMI juga menyeru semua lapisan masyarakat untuk meneruskan sokongan terhadap kempen anti-ISA dan perjuangan membebaskan semua tahanan ISA sehingga ISA dimansuhkan.



Mansuhkan ISA!

Bebaskan Semua Tahanan!

Tutup KEMTA!

Syed Ibrahim Syed Noh,

Pengerusi

------------ --------- --------- --------

GERAKAN MANSUHKAN ISA

(ABOLISH ISA MOVEMENT)


Media Statement: 26 September 2008


RAYA DEMAND ABOLISH ISA:

PEOPLE ARE AGAINST ISA! IT’S TIME TO REPEAL ISA!

The Internal Security Act (ISA) has been there for 48 years in Malaysia . For most of the ISA detainees who have been detained without trial in Kamunting, this Hari Raya celebration would be their sixth or seventh Syawal in detention for indefinite period of time with no rights to an open trial, no rights to defend themselves and no knowledge of their release date.


It is no different for the family members. They spend Ramadan and Hari Raya for the sixth or seventh times isolated from their husbands, fathers or sons. Having lost their breadwinner and to some, shunned by their communities, many are still struggling to cope with reasonable living standards, without proper welfare assistance. In addition, the families have to spend expenses such as toll and petrol for the trip to Kamunting Detention Camp (Kemta) to visit their loved ones. For some families, this is a short 45 minutes period communicating through intercom behind a glass transparent screen whilst the trip from Kuala Lumpur takes up about 420 minutes for a two way trip.


The cruelty and tyranny will still persist as long as ISA exists. To be detained without trial even for 18 hours (as in the case of Sin Chew Daily reporter, Tan Hoon Cheng) or 7 days (as in the case of Teresa Kok) is a gross violation of basic human rights and natural justice, what more if vanguished to Kemta for two years (as in the case of Raja Petra Kamaruddin and the Hindraf-5) or worst still, incarcerated for up to 7 years as in the case of 5 Jemaah Islamiyah (JI) suspects (as in the case of Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray and Shamsuddin Sulaiman). What about others whose names we are not familiar with such as Zaini Zakaria, Francis Indanan, Mohd Khider Kadran, Lai Kin Choy, Kasem Dayama, Mavalavan s/o Muthuramalingam and Idris Lanama, to name a few? Will their rights be defended? How much longer must they suffer? These are among 66 detainees who have been detained without trial or proof on the mere suspicion of being a threat to national security.


GMI believes that no one regardless of nationality, religion, race, political ideology or public figures shall be subjected to rule of the jungle as what ISA depicts today! The arbitrary nature of ISA can be clearly seen with the latest episode of detentions and releases. They must be put to trial or be released immediately without conditions. The principles of justice should be applied beyond these in order to ensure rights and personal liberties are protected at all times.


GMI finds it most unfortunate that the Government and the police continue to exert its powers blindly under the guise of ISA despite being in the blessed month of Ramadan, a month where mercifulness, generosity and forgiveness are supposed to be in abundance. Incarcerating the detainess without affording them their due process is the height of injustice; and to do it during Ramadan is both cruel and vindictive. It is also an affront to our religious sensibility; the very act desecrates our holy month.


Malaysia is one of the few countries in which the government could, through legal means persecute its political opponents and silence dissents based on mere unproven suspicion and still get away with it. The former notorious apartheid government of South Africa had already abolished the law similar to ISA long time ago. On the contrary, in Malaysia there is no sign yet of its curtailment or disappearance. In fact, there is concern that ISA is increasingly misused and abused.


Today, the people of Malaysia once again stand at a new historical turning point. There is a new awakening as more voices can be heard expressing their abhorrence of ISA.We must stand together and persistently demand from now on for the release of all ISA detainees and the repeal of ISA. Justice will triumph and we will see the final days of ISA.


GMI therefore demands and calls on the government to:

  1. Release all ISA detainees without any condition or charge them in court.
  2. Abolish ISA Now!


GMI also wishes to call on all levels of society in this blessed month of Ramadan and on the eve of the Hari Raya celebrations to continue to support the anti-ISA campaigns and the struggle for the freedom of all ISA detainees until ISA is repealed.

Abolish ISA!

Release All ISA Detainees!

Close Down KEMTA!

Syed Ibrahim Syed Noh

Chairman


__._,_.___
Forum [NaqibNet Diskusi] ini adalah fokus dan khusus kepada mel-e dan perkongsian maklumat berbentuk diskusi sahaja. Pentadbiran forum ini adalah di bawah Pejabat Setiausaha Agung JIM.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Y! Groups blog

The place to go

to stay informed

on Groups news!

Popular Y! Groups

Is your group one?

Check it out and

see.

.

__,_._,___

PROMOSI BUKU AZIZI - LUKA RAKYAT



Istimewa untuk dimiliki

LUKA RAKYAT
Azizi Haji Abdullah

Harga : RM 12.00
Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No 10 Jalan Masjid Negeri
11600 Pulau Pinang
Sila hubungi : 04-2823511

Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

SEKITAR PERHIMPUNAN TUNTUTAN RAYA GMI - dipetik dari Harakahdaily

Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Fri | Sep 26, 08 | 5:47:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Pihak polis menghalang satu perhimpunan aman tengah hari tadi, yang menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sambil menggesa agar semua tahanan ISA dibebaskan menjelang hari raya.

Iklan




Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek, dekat sini.

Mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut bertujuan untuk menyedarkan orang awam tentang akta zalim dan ketinggalan zaman ini.

Belum sempat aktivis GMI yang diketuai oleh Syed Ibrahim Syed Noh berkumpul, ASP Sydney Clyde Jeremiah yang mengetuai pasukan polis telah memberi amaran kepada koordinator GMI, E Nalini agar tidak menggunakan pembesar suara dan plakad.

ImageBagaimanapun, aktivis GMI tetap berhimpun dan merentangkan banner di seberang jalan Masjid Jamek. Ia hanya mampu bertahan selama kurang dari lima minit sebelum polis merampas banner dan plakad.

Selepas banner dan plakad dirampas, Presiden GMI, Syed Ibrahim telah membacakan kenyataan media yang mengutuk kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu tanpa bicara.

Syed Ibrahim berkata, tuntutan Hari Raya GMI adalah untuk membebaskan kesemua 66 tahanan ISA dengan segera.

"Selama enam atau tujuh tahun, keluarga mereka menyambut Ramadan dan Syawal tanpa kehadiran suami, bapa atau anak," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli keluarga tahanan ISA ini telah kehilangan tempat bergantung dalam keadaan kos hidup yang semakin melangit.

Image"Mereka ini juga terpaksa membayar tiket bas dengan harga yang mahal untuk ke Kamunting yang memakan masa lebih dari tiga jam tetapi mereka cuma dibenarkan bertemu disebalik cermin dalam tempoh 45 minit sahaja," kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim membaca kenyataan media itu selama lima minit dan menyudahkannya setelah polis mengeluarkan amaran terakhir. Tiada sebarang tangkapan dilakukan biarpun terdapat beberapa seorang anggota polis wanita berkelakuan lelaki cuba melakukan provokasi terhadap aktivis GMI.

Demonstrasi kecil ini berjaya menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat dan memberikan sokongan.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang turut hadir menyatakan sokongan terhadap demonstasi aman GMI itu melahirkan rasa sedih beliau terhadap nasib malang yang menimpa keluarga tahanan ISA.

ImageBeliau juga melahirkan rasa kesal kerana demonstrasi aman GMI itu telah dihalang oleh polis.

"Bila kita tanya kenapa kita disekat, dia kata itu kena tanya Perdana Menteri tapi masalahnya dah banyak kali jumpa PM tapi tidak ada hasil pun," kata beliau.

Ustazah Nuridah berkata demonstasi adalah merupakan satu cara untuk menyampaikan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Seterusnya beliau mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam agar keluar dari parti tersebut jika benar-benar mereka seorang Muslim sejati kerana BN telah menggunakan akta zalim dalam pemerintahannya.

Image"Saya cabar mereka ini menyertai Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat yang berjuang untuk membebaskan tahanan ISA seterusnya menghapuskan terus akta lapuk ini," kata beliau.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar akta ISA yang zalim ini akan segera dihapuskan. _



CELITA GUAN ENG DI PULAU PINANG -dipetik dari KERABUBERSUARA

Mungkinkah Lim Guan Eng Lebih Layak !!!

Seorang kawan yang berasal dari Pulau Pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan Eng, menyebabkan Lim Guan Eng kini merupakan Ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan Melayu, Cina mahupun India.

Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;

CERITA SATU

Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah-mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.

CERITA DUA

Begitu juga, Penanti yang merupakan DUN Timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama isterinya dengan menaiki kereta Estimanya yang dipandunya sendiri.

Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa Fairus sibuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.

CERITA TIGA

Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.

Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah Lim Guan Eng.

Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan Eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim Guan Eng pun.

Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau Pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.

Lim Guan Eng ambil kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mak cik dan pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.

CERITA EMPAT

Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.

Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.

Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua Menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.

CERITA LIMA

Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang Melayu berbanding bangsa dia sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat Melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang Melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang Cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.

CERITA ENAM

Dulu Mat Sabu ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman Rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat Sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.

Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim Guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut ciri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk Islam lagi.

Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, Lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".

PENUTUP

Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.

Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.

Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.

Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.

Yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".

Melihat kepada karisma Lim Guan Eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk Islam, orang yang lebih layak Menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".

Sekian, Wallahu 'Alam


Sumber : Al-Bakistani


Wednesday, September 24, 2008

KENYATAAN MEDIA WANITA JIM
21 September 2008
HADIAH AIDILFITRI 1429H : BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG !

Wanita JIM menerima berita pembebasan YB Teresa Kok dari penahanan di bawah akta zalim dan kuno, ISA dua hari lepas dengan penuh rasa gembira dan lega. Dengan bebasnya dua orang aktivis wanita , wartawan Sin Chew Daily Saudari Tan Hoon Cheng dan YB Teresa sendiri, dari cengkaman ISA tersebut dalam keadaan yang baik, kebimbangan Wanita JIM terhadap aspek kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan fizikal tahanan wanita yang berada di bawah penahanan pihak berkuasa dapat dikurangkan.
Namun, Wanita JIM yakin, penahanan tersebut tetap akan serba sedikit memberi kesan mendalam kepada kedamaian emosi dan ketenteraman perasaan semua yang terbabit. Walau apapun alasan dan sebab yang diutarakan pihak yang menyokong kewajaran ISA dikekalkan dalam negara Malaysia yang aman makmur ini, Wanita JIM melihat akta ISA digunakan semata-mata sebagai senjata untuk menekan dan menakut-nakutkan rakyat jelata agar tidak sekali-kali `engkar' dan menimbulkan `masalah' kepada pihak tertentu dalam kerajaan.
Wanita JIM ingin menarik perhatian semua, masih terdapat ramai lagi tahanan ISA selain dari Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang belum dibebaskan dan terus di`simpan' bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kemunting, tanpa mengetahui bilakah tempoh penahanan tersebut akan berakhir. Tiada pendakwaan, tiada prosedur pembuktian, tiada tatacara pembicaraan yang dijalankan untuk tahanan ISA ini, sekalipun mereka ditahan bertahun-tahun lamanya atas `tuduhan berat' pihak pemerintah bahawa mereka adalah ancaman kepada keamanan negara.

Wanita JIM juga mengingatkan semua mengenai penderitaan, kesengsaraan dan kesukaran hidup yang dialami oleh ahli keluarga - ibu bapa, isteri dan anak-anak tahanan ISA tersebut. Tekanan serta kepincangan hidup akibat kesempitan ekonomi, cemuhan masyarakat dan penderitaan emosi mereka tidak langsung diambilkira dan diperdulikan oleh pihak berwajib yang bertanggungjawab memisahkan keluarga malang ini dengan individu-individu yang ditahan di bawah akta ISA. Seolah-olahnya, ISA bukan setakat digunakan untuk `kononnya memberikan pengajaran' kepada individu yang ditahan di bawah akta yang zalim ini, malahan keluarga mereka juga akan dihukum sama.
Saban tahun, menjelang hari perayaan Aidilfitri, akan kedengaran tuntutan, desakan dan rayuan terutamanya dari para isteri dan anak-anak agar tahanan ISA dibebaskan segera untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Namun, rayuan penuh harapan itu seolah-olah tidak langsung didengar dan diperdulikan, ibarat melukut di tepi gantang.
Usaha gigih yang tidak pernah kenal jemu dan lelah pasukan keluarga tahanan ISA yang diketuai oleh Cikgu Norlaila Othman, yang juga merupakan salah seorang ahli Wanita JIM yang komited, perlu disanjung dan diberikan sokongan sepenuhnya. Kecekalan dan ketabahan Cikgu Norlaila , suami beliau, Saudara Mat Sah Mohd. Satray yang telah menjadi tahanan ISA selama lebih tujuh tahun dan anak remaja mereka Suhaib, menjadi simbol penentangan dari kelompok rakyat yang terpinggir dan teraniaya hak mereka di negara ini.
Pada tahun ini, mengambil sempena suasana kerohanian yang subur di penghujung sepuluh Ramadhan yang terakhir, Wanita JIM menggesa dan meminta pihak berwajib memberikan sepenuh pertimbangan yang wajar untuk membebaskan semua tahanan ISA pulang ke pangkuan keluarga tersayang. Sesungguhnya, pembebasan tersebut adalah hadiah Aidilfitri yang paling bermakna bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menunggu. Biarlah kali ini, Aidilfitri disambut bersama keluarga di rumah masing-masing, bukannya dalam suasana duka dan bungkam di ruangan pelawat di KEMTA, yang hanya mengizinkan tempoh lawatan yang begitu terhad dan pendek.
Sekaligus, Wanita JIM mendesak agar akta zalim ISA dihapuskan terus, sementara keamanan dan kedaulatan negara terus dipertahankan melalui sistem perundangan yang benar-benar bebas dan adil serta didokong oleh rakyat jelata yang bangga mencintai negaranya sepenuh hati, prihatin, berjiwa besar tanpa dikongkong perasaan takut, resah gelisah dan bimbang sepanjang masa.

Wanita JIM tidak langsung dapat menerima akta zalim ISA ini untuk terus menghantui masyarakat moden Malaysia yang semakin terpelajar, berdayasaing dan terbuka mindanya. Sebagai golongan wanita fundamental, kontemporari dan profesional, yang juga merupakan isteri, ibu dan ahli masyarakat yang aktif, Wanita JIM tidak mahu sama sekali generasi muda Malaysia membesar dalam suasana negara yang tidak menghormati prinsip asas keadilan dan kesaksamaan, di mana `setiap individu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Wanita JIM penuh yakin dengan kewibawaan pihak perundangan negara yang bijak dan cukup berpengalaman dalam merangka pelbagai akta lain yang lebih efektif bagi mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara ini.

Malaysia tidak perlu mengekalkan akta zalim seperti ISA untuk terus relevan dan membangun sebagai sebuah negara yang disegani di rantau ini.Semoga Allah SWT menyelamatkan Malaysia dari sebarang bencana dan musibah, angkara tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab dan hati-hati yang ketandusan perikemanusiaan...Amin Prof. Madya Dr. Harlina Halizah SirajKetua Wanita JIM Pusat


MINYAK TURUN 10 SEN BELUM TENTU HARGA BARANG TURUN

Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai tengah malam ini(12.o1 am). Meskipun harga minyak turun, jaminan yang harga barang yang melonjak naik tempoh hari akan turun belum pasti kecuali adanya penetapan baru dari kementerian yang berkenaan untuk memastikan harga barang khususnya barang keperluan turun pada paras yang sewajarnya.

RPK bertamu di Kem Kemunting makan free

-dipetik dari M.A.L.A.Y.S.I.A

Raja Petra Kamaruddin dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.

raja petra and internal security actMenteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

"Tindakan menteri berkenaan menandatanganinya mengikut seksyen 8 semalam, tidak boleh diterima sama sekali," kata peguam Malik Imtiaz yang mewakili Raja Petra.

Menteri Dalam Negeri mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today ditahan selama dua tahun di Taiping.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau sendiri menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh itu, lapor Bernama.

"Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya," beliau dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

bm version internal security act section 73 bracket 1 and 8 bracket 1 230908Habeas corpus adalah permohonan supaya tahanan di bawah ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut, yang menjadikannya tidak sah.

Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah berhubung kes tersebut pada 28 Oktober.

Awal pagi ini, isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa perintah tahanan tersebut, telah dikeluarkan oleh menteri berkenaan semalam.

"Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan beliau akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa bicara. Ini adalah berita paling buruk yang saya boleh terima, tetapi kami akan terus berusaha untuk membebaskannya," kata Marina dalam keadaan sebak.

Marina menyifatkannya sebagai satu taktik kotor kerajaan kerana "mereka tahu kami dalam proses untuk mendapatkan pembebasannya di mahkamah, tetapi saya sudah menjangkanya".

Menurut para wartawan yang menunggu di Kamunting, Raja Petra tiba di kem tahanan itu pada jam 11.50 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang bercermin gelap.

Bekas menteri turut hadir

Turut hadir di mahkamah pagi ini ialah bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang duduk di sebelah Marina dalam dewan mahkamah.

raja petra habeas corpus court 230908 03Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.

Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.