Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin Fri | Sep 26, 08 | 5:47:58 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Pihak polis menghalang satu perhimpunan aman tengah hari tadi, yang menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sambil menggesa agar semua tahanan ISA dibebaskan menjelang hari raya.
Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek, dekat sini. Mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut bertujuan untuk menyedarkan orang awam tentang akta zalim dan ketinggalan zaman ini. Belum sempat aktivis GMI yang diketuai oleh Syed Ibrahim Syed Noh berkumpul, ASP Sydney Clyde Jeremiah yang mengetuai pasukan polis telah memberi amaran kepada koordinator GMI, E Nalini agar tidak menggunakan pembesar suara dan plakad. Selepas banner dan plakad dirampas, Presiden GMI, Syed Ibrahim telah membacakan kenyataan media yang mengutuk kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu tanpa bicara. Syed Ibrahim berkata, tuntutan Hari Raya GMI adalah untuk membebaskan kesemua 66 tahanan ISA dengan segera. "Selama enam atau tujuh tahun, keluarga mereka menyambut Ramadan dan Syawal tanpa kehadiran suami, bapa atau anak," kata beliau. Beliau turut menjelaskan bahawa ahli keluarga tahanan ISA ini telah kehilangan tempat bergantung dalam keadaan kos hidup yang semakin melangit. Syed Ibrahim membaca kenyataan media itu selama lima minit dan menyudahkannya setelah polis mengeluarkan amaran terakhir. Tiada sebarang tangkapan dilakukan biarpun terdapat beberapa seorang anggota polis wanita berkelakuan lelaki cuba melakukan provokasi terhadap aktivis GMI. Demonstrasi kecil ini berjaya menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat dan memberikan sokongan. Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang turut hadir menyatakan sokongan terhadap demonstasi aman GMI itu melahirkan rasa sedih beliau terhadap nasib malang yang menimpa keluarga tahanan ISA. "Bila kita tanya kenapa kita disekat, dia kata itu kena tanya Perdana Menteri tapi masalahnya dah banyak kali jumpa PM tapi tidak ada hasil pun," kata beliau. Ustazah Nuridah berkata demonstasi adalah merupakan satu cara untuk menyampaikan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan. Seterusnya beliau mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam agar keluar dari parti tersebut jika benar-benar mereka seorang Muslim sejati kerana BN telah menggunakan akta zalim dalam pemerintahannya. Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar akta ISA yang zalim ini akan segera dihapuskan. _ |
ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
Friday, September 26, 2008
SEKITAR PERHIMPUNAN TUNTUTAN RAYA GMI - dipetik dari Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment