AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Tuesday, November 17, 2009

Response kepada Tulisan A.Kadir Jasin -Cerita Cina Buta dan Cerai Talak Tiga

Asm... Datuk

Sekali lagi cerita Datuk mengundang komen yang panas!panas!panas!panas!
Yang UMNO dok kacau PAS tu pasai apa. Biasalah macam hidup berumah tangga. Bila masa lidah tergigit, akan terlontarlah macam-macam yang tak elok. Tapi lepas tu bila suami isteri dak baik semula yang tak elok tu dilupakan terus. Ni yang dok sibuk-sibuk UMNO dok jaja melalui media tajaan dia buat apa.Dok tak dok sapa tu pemimpin UMNO lak yang keluagkan pasai baiah ni. Yang dok pi layan isu ni buat apa. Ni yang tak berapa cerdik pemimpin PAS ni, dah tau adat orang berkelahi, mesti cari saja kut-kut ada benda yang boleh pulas, boleh cubit sana, boleh luku sini, mesti dia buat.Yang dok bagi peluang kat dia pasai apa?
Nak kata bangang pun, pandai-pandai belaka.
Pada satu perspektif lain saya 'salute' juga pemimpin PAS ni. Ye le bila sanggup baiah begitu,(kalau betullah bagai diuar-uarkan) jelas menunjukkan yang mereka ni tak main-main dengan amanah. Mereka sanggup mempertaruhkan sesuatu yang amat mereka hargai dan sayangi iaitu bini mereka.Rasa saya iman pemimpin PAS ini memang cukup kental sekali. Saya rasa suatu masa dulu ketika Kelantan hanya mamerintah dengan kelebihan satu adun sahaja,pasti ada tawaran yang menggiurkan adun-adun Kelantan tersebut.Mana mungkin tak ada pancingan daripada pihak yang satu lagi.Buktinya di Perak yang lebih tiga adun senang-senang makan mata kail 'buta'.
Apapun isu ini tak bawa ke mana.Tak akan tergugat PAS dek kerana baiah yang diuar-uarkan itu. Mereka yang menyangka ala teruknya PAS sebab baiah tu memang tak dapat melihat kilauan cahaya akibat jerubu yang tebal. Mana isu yang lebih teruk baiahkah atau isu PKFZ? atau isu kematian Teoh Beng Hock? atau isu landasan keretapi berkembar yang dikaitkan dengan ketua hakim negara? atau isu rumah bekas MB Selangor yang berjuta-juta tu? atau isu memperbodoh-bodohkan kakitangan awam yang menuntut bonus sedangkan kerajaan beriya-iya teringin berlumba di litar formula one, atau isu memperuntukkan berjuta-juta kepada Permata Negara sedangkan peemerkassan boleh dibuat melalui pra-sekolah atau Taddika Kemas atau Tadika Perpaduan atau tadika-tadiak swasta yang lain yang begitu baanyak sekali. Kenapa perlunya lagi Permata Negara.Peruntukan tu pula bukannya untuk 100 peratus untuk pembangunan anak-anak melainkan lebih kepada perbangunan fizikal yang lebih bercorak projek.
Jadi lu fikirlah sendiri.

No comments: