Mar 24, 2010
Apani Musa Hassan. Rupanya dah lama buat kerja ni..kerja MENIPU seluruh rakyat jelatan. Memang Musang Berbulu Ayam. Sanggup menipu kerana inginkan pangkat dan darajat.
Apapun, bagus buat Naib Presiden PKR, R Sivarasa yang membuat satu laporan polis. Hari ini juga mencatat sejarah, bagaimana seorang anggota polis boleh menulis laporan terhadap bos mereka sendiri. Tentu teraga-agak pegawai polis dalam menaip laporan yang dibuat oleh R Sivarasa ini.
Laporan polis ini dibuat terhadap Tan Sri Musa Hassan kerana menipu apabila memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Musa Hassan yang ketika itu menjawat jawatan pegawai penyiasat dalam kes itu telah memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang. (Dengar kata dari law school from London)..
Tetapi temberang ini tidak kekal lama. Kerana dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia hanya memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.
Memang berbeza antara Ijazah dan Diploma. Tapi mungkin Musa Hassan time tu terdesak dan ingin naik pangkat cepat, maka ditipunya kepada mahkamh. Musa Hassan tentu akan didakwa atas kesalahan menghina mahkamah (contempt of court). Kerana menipu dalam kamar mahkamah. Dalam islam, saksi yang fasik takkan diterima kesaksian selama-lamanya kecuali dia bertaubat.
Memang kesian Musa Hassan. Diasak dari dua penjuru. Kerajaan dan pembangkang. Dah la naib Presiden UMNO (Hishamuddin Hussein) campurtangan dalam hal kepolisan yang ditadbir beliau..tup..tup muncul Naib Presiden PKR yang buat laporan polis akan penipuannya.
Mungkin ada konspirasi atasan yang mendedahkan penipuan Musa Hassan ini. Bagi mempercepatkan perletakkan jawatan Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, simbolik kepada sambutan ulang tahun ke 203 Polis di Negara ini…mungkin.
No comments:
Post a Comment