AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Saturday, March 23, 2013

Guru kini kesuntukan masa untuk menjadi cemerlang ketika sesi pembelajaran berlangsung. Harapan para guru jika pembangkang diberi mandat oleh rakyat,Sistem pendidikanlah yang paling utama wajib diubah jika ingin menjadi negara yang melahirkan guru dan generasi yang berkualiti.

Yang dapat saya sebutkan di sini antaranya perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1.Guru besar atau pengetua mesti calon yang berkualiti dari segi pegangan agamanya (Islam) dan berintelektual kerana guru sering diperbodohkan oleh mereka selama ini dengan kuasa yang diberikan.
2. Pegawai atasan berlatarbelakangkan bekas seorang guru.
3. Aduan salah laku guru boleh diadukan tanpa meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan.
4. Minimumkan bilangan murid (kurang daripada 25 orang) atau jadikan guru berpasangan. Kerana guru tidak mampu mengawal murid 30 orang ke atas seorang diri.
5. Kerja perkeranian perlu diberikan kepada jawatan khas yang bukan guru. Barulah guru mampu menunjuk kredibiliti sebenar ketika mendidik.
6. Wujudkan satu bas satu sekolah bersama pemandu yang berlantik. Kerana aktiviti luar (sukan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain terjamin dan memudahkan pihak sekolah.
7. Pakaian murid perempuan perlu diubah kerana kainnya jarang. Begitu juga tudung mesti standard paras yang sepatutnya.
8. Kasut putih perlu ditukar. Tiada prinsip kebersihan Islam apabila melihat kasut putih yang comot setiap hari di sekolah.
9. Fasiliti dalam kelas sepatutnya canggih seperti negara maju. Suasana kelas hari ini masih sama dengan zaman era 80-an di sebahagian besar sekolah seluruh tanah air.

Mudah-mudahan ia mampu menjadi realiti kelak. Pemimpin tanpa rasuah mampu merealisasikannya.
diubah suai dari kerabu bersuara.

No comments: