ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Wednesday, October 29, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Friday, October 10, 2008
PAK LAH DIRENTAP TURUN
Confirm ,Pak Lah dah umumkan tak mau mempertahankan jawatan Presedin UMNO.Lantas membuka satu laluan yang cukup luas kepada Najib Tun Razak.Namun keadaan ini belum lagi menjamin yang Najib memdapat laluan yang cukup selesa. Ku Li masih mengidap post sejak sekian lama. Impian yang belum menjadi kenyataan. Lani pun (12.00 Berita Nightline) Najib Tun Razak mengusulkan agar "Pilihlah yang terbaik". Muhyidin pula mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dah ramai-ramai promosi diri merasakan layak memikul amanah atau bersedia mengut khazanah (milik rakyat terbanyak. Kepimpinan bukan lagi satu amanah seperti mana yang Islam anjurkan. Kepimpinan satu peluang menagut keuntungan bagi mengayakan diri ,keluarga,kroni-kroni,anak-menantu,ipar-duai dll.(Laa Shahruz Khan dapat datuk DMSM, awat kurang sangat ke Malaysian yang berbakti kepada masyarakat. Amat kurang kaum guru yang diiktiraf jasa mereka dengan diberi gelaran datuk setelah pencen. Sedangkan sumbangan mereka diakui untuk meningkatkan modal insan. Modal insan apalah sangat yang ditaburkan oleh Shahruz Khan - melainkan menabur fahaman kurang yakin lagi dengan Islam dengan tidak lagi mengamalkan perintah larang Islam.)Pak Lah yang diibaratkan daun pisang kering yang masih berpaut pada batang pokok meskipun dah kuning,dan menampakkan ciri-ciri kelayuan, namun masih ytak luruh-luruh (samalah dengan Tun dulu tu) hendak dicantas nampak sangat orang tidak suka. Kalau hendak dicantas ,siapa yang hendak cantas. Najib nak cuba cantas, sekejap tunjuk parang ,sekejap sorok bdibelakang, takut-takut orang nanti tuduh angkara Najib, pokok jadi layu.Akhirnya disebabkan tiada siapa yang mahu cantas, ramai-ramai dalam satu persidangan majlis ertutup ,sama-sama rentap. Maklumlah daun pisang, bila rentap bkannya nak putus atau tercabut. Daun pisang yang ini, bukannya dah reput sangat .Daun yang ini baru menampakkan ciri-ciri layu. depa dah rentap, bila rentap bukan daun itu saja yang tertanggal.Malah kulitnya juga akan terkeluar sama. Batang pokok yang sakit, tersayat isi., mengelupas pedih bukan main.Terpaksa dirawat. Kalau silap ubat atau doktor yang merawat pokok pisang boleh layu dan terbantut.Buah tak keluar-keluar.Jantung pun kecil sangat. Menunggu masa nak m... Tunggu dan lihat
Mengenali ketokohan Pak Lah, Anwar dan Tok Guru..diprtik dari TKO
Dilulus terbit pada Friday, October 10 @ 08:18:50 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh melayunett
Artikel panjang ini memdedahkan peribadi ketiga-tiga tokoh ini termasuk makanan kegemaran dan biodata terperinci masing-masing.
Kita mulakan dengan Tok Guru.
TOKOH PERTAMAY.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
PendidikanNik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel. Beliau juga pernah menuntut di: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu Universiti Deoband, India – 1952 Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
Kerjaya politikTuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan.
Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694. Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[7] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
Kesihatan Tok Guru.Tok Guru tidak memilih makanan. Asalkan halal sudah cukup. Masakan ala kampong adalah makanan harian, seperti orang kampong lain. Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“ Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”
Sumbangan besar: membawa nilai-nilai keadilan Islam menerusi pemerintahan berpandukan Quran dan Sunnah.
Ahli-ahli PAS cukup berbangga dengan kepimpinan ulama’ yang bersih oleh Tok Guru. Salakan jahat KJ yang memfitnah Tok Guru sebagai perasuah dan ajakan KJ agar rakyat Kelantan menolak ‘KEPIMPINAN PENUH RASUAH OLEH TOK GURU’ menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan yang beramai-ramai menolak UMNO pada pilihanraya baru-baru ini!
TOKOH KEDUA: Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang idealis Islam dan Presiden Abim sebelum menjadi 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Sesudah dipukul, dibogelkan, diaibkan dan dipenjara secara fitnah oleh UMNO, beliau tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.
Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa kerana kononnya meminta agar polis tidak terlalu melayan tuduhan liwat ke atasnya. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan dia telah dibebaskan.
Dalam bulan Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan UMNO bahawa beliau telah meliwat seorang penolongnya yang berjumpa dengan Najib 2 hari sebelum membuat laporan polis.
Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang termasuk di dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time dan satu-satunya tokoh yang dilihat mampu diterima oleh semua kaum di Malaysia.
Setelah boleh kembali berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.
Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
Anwar tidak memilih makanan. Asalkan tiada arsenic, itupun sudah memadai.
Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNOAnwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat , dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual.
Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan. Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford.
Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.
Kini, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan baru yang bersih rasuah.
Ramai yang membandingkan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Rafidah Aziz, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Trend bertudung di dalam Abim menjadi ikutan rakyat Malaysia sejak 1974.
SUMBANGAN BESAR:
memperjuangkan keadilan untuk semua.
Membudayakan bertudung di kalangan muslimat (menerusi Abim)
Mempelopori perbankan Islam, kewangan Islam, pendidikan Islam(termasuk UIA)
Memperjuangkan hak semua kaum
TOKOH KETIGA : Pak Lah
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru.
Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.
Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974. Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh.
Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Islam Hadhari.
Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran baru Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam dan menentang pelaksanaan syariah Islam seperti hudud dan qisas .
Selain itu, pentadbirannya cuba menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir. Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Usahanya gagal apabila rasuah semakin berleluasa khususnya dikalangan keluarganya sendiri. Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.
Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Nama samarannya ialah Tido Lah berikutan kekerapannya tidur.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN. Kegagalan membantu umat Islam yang dirogol dan disembelih dimerata tempat di dunia dikaitkan secara langsung dengan sikap Pak Lah yang suka tidur.
Kontroversi
PAk Lah membuat kontroversi apabila meramas-ramas bahu dan tangan Micheal Yeoh sewaktu di Malaysia.
Selain itu, setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".
Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia. Kritikan Tun Mahathir pada 2005, telah dikatakan bahawa di bawah pentadbiran Abdullah, terdapat suatu peningkatan yang nyata dalam kes-kes kronisme mengenai pemberian permit import (AP) untuk kereta buatan luar negara.
Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah menyahut penyiasatan ke dalam isu tersebut. Kemudian, Mahathir mengkritik Abdullah kerana membatalkan banyak projek pembangunan yang dimulakan oleh Mahathir, contohnya pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menghubungi Malaysia dan Singapura.
Mahathir juga mengatakan bahawa Abdullah telah asalnya memberi kelulusan kepada tentera udara Singapura untuk terbang ke kawasan Malaysia dan menjual pasir kepada Singapura sebagai pertukaran bagi perjanjian untuk pembinaan jambatan. Mahathir melihat ini sebagai suatu tindakan yang “menjual” keluhuran Malaysia.
Pada 2006, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Abdullah, menuduh bahawa kebebasan media di bawah Abdullah telahpun berkurangan. Mahathir juga menambah bahawa media enggan menyiarkan komen beliau. Mahathir telah menyalahkan Abdullah kerana memecahkan janji yang dibuat oleh Abdullah berkenaan dasar kerajaan dan dalam kritikannya yang paling kuat setakat ini, mengatakan bahawa Abdullah telah mengkhianati kepercayaannya. Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya dan mengatakan bahawa dia pada asalnya inginkan timbalan Abdullah, Najib Tun Razak untuk menggantikannya. Najib yang ketika itu pada suatu lawatan rasmi ke India, segera menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Abdullah.
Pada Oktober 2006, Mahathir menyalahkan Abdullah kerana telah mengamalkan suatu tabiat membohong. Ia bermula ketika Abdullah telah dilaporkan mempunyai masalah dengan membuat keputusan yang efektif. Oleh itu, dia selalu menghadapi masalah apabila keputusannya menimbulkan kontroversi di kalangan orang Malaysia. Satu contohnya adalah keputusannya untuk membatalkan pembinaan jambatan yang sepatutnya menggantikan Tambak Singapura-Johor.
Dalam pengumumannya, dia senantiasa menggunakan perkataan “rakyat”, dengan menganggap bahawa semua rakyat menyokong kesemua keputusannya tanpa ragu. Berikut merupakan ulasan Mahathir Mohamad:- ‘Umno has now become completely paralysed... Bila kawan dengan pembohong, kita jadi terdapatlah tabiat itu. Pak Lah Bohong!... Saya berasa amat sedih. Saya tahu ada rasuah. Ada money politics dalam UMNO.
Ada orang yang membuat cadangan tertentu dan bertanya kepada saya apakah (adakah) sekarang ini saya perlu berhubung dengan Khairy? Siapa dianya Khairy ini? Apakah (Adakah) dia ini pegawai tinggi kerajaan? Apakah (Adakah) dia Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri? Tidak. Dia tidak. Tetapi masing-masing berpendapat mereka perlu berhubung dengan Khairy untuk meluluskan sesuatu. ‘ Tambahan pula, kepimpinan Abdullah diragui kerana dikatakan segala tindak-tanduknya perlu mendapat kelulusan daripada menantunya, Khairy Jamaluddin.
Pengkritik telah membandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Mahathir, mencadang bahawa Mahathir adalah lebih berjaya dalam mengekalkan keharmonian di kalangan kaum-kaum di Malaysia.
Pada 19 Mei 2008, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan keluar parti dari UMNO di hadapan 1,000 ahli UMNO Kedah di Alor Star serta menyeru ahli-ahli lain untuk mengikut jejak beliau sebagai satu bentuk tekanan agar Abdullah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan hanya akan menyertai UMNO semula setelah Abdullah meletakkan jawatan. Pengumuman beliau keluar parti meningkatkan kebarangkalian pemulauan parti secara besar-besaran oleh ahli-ahli lain yang setia, yang berupaya memecah-belahkan parti serta menjatuhkan kerajaan.
Pak Lah tiada makanan kegemaran. Kegemarannya tidur.
Kebebasan media Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [9] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007.
Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.
Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.
Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.
Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.
Sesudah mengenali ketiga-tiga tokoh, tokoh mana pilihan hati???

Thursday, October 9, 2008
Nasihat Yang Tidak Diminta Buat Mohd Najib - Komen Ulasan A.Kadir Jasin
Datuk,
Nasihat yang baik tak mesti hasilnya juga baik.Najib ni mana pernah rasa tengik bengik kesusahan rakyat. Tamabahan pula punya orang keliling yang mempunyai nafsu besar, mana nak menjiwai keperitan rakyat banyak merana bergelut berperang dengan rakusnya kenaikan harga yang meratah setiap sen pendapatan rakyat. Kalu Najib perasan dengan nasihat ni dan sedar sebagaimana sedarnya Syaidina Umar Abdul Aziz barulah akan terbina semula tamadun UMNO.

Monday, October 6, 2008
Replika Anwar cetus reaksi pelbagai
Replika gambar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12.2 meter di Batu Caves, Gombak yang menelan belanja RM 5000 jelas menunjukkan sokongan taksub para penyokong terhadap kewujudan DSAI sebagai seorang yang diharap-harapkan dapat membawa Malaysia menuju ke arah pembentukan Malaysia Baru. Namun dari satu segi pemujaan yang sebegini melampau jelas bertentangan dengan Islam. Meskipun didakwa yang replika itu bukan sebuah patung dan boleh ditanggalkan apabila tidak lagi diperlukan, namun kewujudan replika itu secara tidak langsung menggambarkan satu bentuk pemujaan terhadap makhluk. Tiada ada apa pada makhluk sebenarnya, sewajarnya wang yang bukan sedikit itu (RM 5000) lebih baik dibelanjakan pada jalan yang lebih bermanfaat. Para penyokong DSAI harus melihat yang DSAI tidak mahu beliau dipuja sedemikian rupa. Manusia adalah manusia, tidak perlu dipuja. Meskipun pengharapan penuh didambakan untuk menjadi penyelamat bahtera Malaysia yang kian karam, bukan ini caranya. Sedarlah yang kewujudan manusia itu bukan untuk dipuja, biar sebesar mana jasanya. Penghambaan yang sebenar adalah kepada yang Haq.
Limbo Rock Dalam Pemilihan UMNO - komen dihantar kepada ulasan A.Kadir Jasin
Assalamualaikum Datuk,
Ulasan datuk berkaitan limbo rock dalam pemilihan UMNO menarik sekali. Ahmad Zahid Hamidi dah pun menyatakan kesanggupannya bertanding Timbalan Presiden, begitu juga Ali Rustam.Muhammad Taib tak payahlah sebab Malaysia malu pemimpin yang buta bahasa Inggeris, bikin malu kompeni saja. Nampaknya Ahmad Zahid dah berjumpa regu bila shahidan terang-terang memberi sokongan kepadanya. Masalahnya Najib. Sama ada nak mempertahankan jawatan sedia ada atau bertanding merebut jawatan presiden UMNO (suatu jawatan yang menjamin post PM - kalau BN masih memerintah. Kalau Ku Li cukup pencalonan berentaplah Najib dengan Ku L. Pak Lah nampak gayanya diasak kiri kanan atas bawah untuk melepaskan jawatan. Kalau Pak Lah terus ,engumumkan mempertahankan jawatan presiden UMNO pada 9 Oktober ini, kemungkinan berlaku pertarungan 3 penjuru, atau Najib tersengot( tak jadi meneneruskan) dan terpaksa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan mengumumkan regunya dengan Pak Lah.Kalau hal ini yang berlaku yang lain akan terus "koro" lah lagi.

Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno - dari Harakahdaily
Fudzail
Kehangatan dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Umno membayangkan kemungkinan besarnya, Abdullah akan mengundurkan diri dan pastinya Najib menjadi Presiden juga Perdana Menteri baru.
Umno memerlukan suntikan kepimpinan baru, bukan sekadar dari mereka yang sekarang berada di kerusi naib presiden mahupun majlis tertinggi.
Selain dari segi imej dan corak, Umno memerlukan pemimpin generasi terkini yang bukan sahaja segar tetapi berwibawa, berbakat besar.
Malangnya dengan sktruktur dan budaya yang ada, mereka yang ramai di luar Umno tidak mungkin berminat malah kalau berminat pun, tidak mungkin terpilih dan awal-awal lagi akan dicantas oleh mereka yang tergugat.
Apalagi kalau calon hebat tetapi tidak mempunyai lubang poket yang cukup sebagai dana 'politik wang' untuk menang dan naik ke tangga atas kepimpinan.
Sudah ada menawarkan diri untuk bertanding. Ada yang dikatakan sebagai 'kuda hitam' yang boleh mengubah senario politik Umno dan negara.
Kita tidak dapat mengelak untuk mengukur peribadi para pemimpin yang mahu menjadi orang kedua dalam Umno walaupun kebanyakan seperti saya, bukan ahli Umno dan tidak menyenangi hampir majoriti kepimpinan Umno yang ada.
Rekod perkhidmatan, kelayakan akademik dan keperibadian sebagai Muslim juga menjadi ukuran dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara.
Tetapi dengan latarbelakang agama juga tidak semestinya calun tersebut akan menjadi pemimpin yang tidak rasuah dan menyeleweng, serta zalim kepada rakyat.
Ada pemimpin yang dahulunya Imam atau ustaz atau hafiz, tetapi apabila berkuasa mahupun ada sedikit kuasa turut sama terbabit dengan aktiviti yang diharamkan dalam islam, semata-mata kerana 'if you cannot beat them, join them' dan matlamat menghalalkan cara!
Dalam senarai mantan Timbalan Presiden Umno yang gagal menjadi presiden pun, kita dapat melihat ketokohan yang digembar-gemburkan oleh media massa kepunyaan Umno tidak lebih sekadar oportunis.
Malah yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri pun tidak semuanya hebat dan berwibawa, terutama Abdullah.
Dulu, kini dan selamanya, untuk naik dalam Umno pun terpaksa memberi sogokan kepada perwakilan yang bakal mengundi. Kalau bertaraf menteri tentunya lebih banyak ruang dan opsyen untuk memberi rasuah.
Ada ketua menteri yang sakan menganugerahkan pingat kebesaran negeri, terutama 'datuk' sebagai membalas budi walaupun tiada jasa individu tersebut untuk negerinya, melainkan sebagai tukang kempen dalam pemilihan naib presiden Umno.
Kesimpulannya ketika ini, selagi berada dalam Umno yang tidak boleh atau mahu berubah dan terus akur mengikut tradisi politik wang, kesemua calun yang dikatakan kuda hitam boleh menjadi kambing hitam sebagai mangsa percaturan untuk kem tertentu.
Manakala berdasarkan perjuangan Umno ketika ini yang semakin mengutamakan survival pemimpin dan golongan elit, sesiapa yang menang pun boleh menjadi seekor biawak hidup hitam buat agama, bangsa dan negara.
Kesimpulannya, orang Melayu dan Islam sukar untuk melihat Umno kembali ke jalan asal dan memerlukan payung baru yang belum rosak hati dan cacat anggotanya.

16 September : Strategi Anwar tersasar? - dari Harakahdaily
Wan Nordin Wan Yaacob | nordinnasrawi@yahoo.com
Banyak cakap-cakap politik termasuk di warung kopi mempertikai kegagalan usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.
Walaupun pelbagai alasan diberikan, namun ada yang melihat sejak peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan mereka tidak lagi mengimpikan kerajaan baru jika tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan pembentukan atas dasar lompt parti.
Ia bukan bermaksud tidak menerima usaha Anwar namun, rakyat lebih mahu jika sesuatu yang dirancang itu bukan setakat untuk dihebahkan tetapi menuju kejayaan yang memberi keuntungan kepada rakyat.
Namun menilai semula titik bengit '16 September'yang kini menanti '16 Oktober' ada yang melihat sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ini, persoalannya samada Dato� Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang yang layak menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya?
Pastinya di minda para penyokong Anwar, nama Ketua Umum KeADILan itu menjadi ratib untuk mengisi jawatan nombor satu negara kerana bagi mereka berdasarkan pengalaman Anwar benar layak mentadbir.
Begitupun ada yang secara jujur melihat bahawa untuk faedah kepada rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan adalah lebih utama jika Pakatan Rakyat sementara membincangkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri seharusnya tidak timbul kerana pastinya muafakat antara parti-parti yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan titik pertembungan yang kurang enak dibahaskan ini.
Paling penting yang menjadi misi utama ialah Pakatan Rakyat menerajui negara tatkala Barisan Nasional mengenakan pelbagai cubaan untuk menyekat Pakatan Rakyat daripada melakukan perubahan pemerintahan negara.
Dalam hal ini rakyat di peringkat bawahan melihat Anwar sebagai 'pencetus perubahan' seharusnya mengubah strategi dan mempelbagaikan strategi sesuai dengan perkembangan politik semasa serta sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu.
Ada yang sinis menyatakan adakah usaha membentuk kerajaan itu seolah-olah hanya mampu dilakukan Anwar berseorangan tanpa sokongan tiga pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat.
Tidak salah sekiranya dalam mewar-warkan angin perubahan ini, Anwar sepatutnya sudah menanamkan keyakinan kepada rakyat, penyokong dan ahli Pakatan Rakyat bahawa sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin untuk meneruskan agenda perubahan.
Malah Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber, professional dan berpengalaman untuk dilantik menjadi Perdana Menteri baik dari KeADILan, PAS, DAP atau mungkin dari mereka yang akan melompat parti.
Oleh kerana seolah-olah sekarang penyokong dan penentang Pakatan Rakyat ditanamkan dalam minda mereka hanya Anwar yang layak jadi Perdana Menteri, maka pelbagai tekanan terutamanya serangan peribadi dihadapkan ke atas Anwar.
Isu perkauman, isu kononnya kurang ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat dan isu kerjasama Anwar-USA dijadikan bahan semata-mata untuk menyekat naluri perubahan yang dikehendaki rakyat.
Ia belum ditambah lagi dengan momokan buruk media terhadap Anwar selain melagakan antara pemimpin DAP, PAS serta KeADILan.
Seharusnya Anwar dapat membaca permainan kotor kerajaan Umno/BN yang tidak mahu kerajaan yang mempunyai lubuk wang melalui Petronas, hasil bumi, cukai dan balak terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Pengalaman 'terkena' pada tahun 1998 seharusnya menjadi pedoman kepada Anwar untuk mengatur strategi yang tidak hanya diterjemah di dada media sebaliknya menjadi realiti.
Satu formula kongsi kuasan haruslah diadakan untuk menangani isu ini dengan pembahagian jawatan kabinet dan jawatan Timbalan Menteri mengikut peratusan kaum sedia ada yang diamalkan Barisan Nasional, mengikut peratusan pengundi, mengikut peratusan kaum atau mengikut peratusan ahli parlimen dan seterusnya.
Selain dari itu kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menilai prestasi setiap wakil rakyat dan ahli Parlimen mereka sejauh mana menjalankan tanggungjawab mereka.
Ini akan menunjukkan keseriusan dan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia secara amnya. - mr _

Sunday, October 5, 2008
Perutusan Aidilfitri Presiden PAS - dar Harakahdaily
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)
Ketakwaan ini akan membawa kita untuk terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini.
Ingatlah bahawa kejayaan bagi kita selaku pendokong gerakan Islam adalah bukan sahaja kejayaan di dunia malah lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (maksud al-Ahzab: 71)
Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.
Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya.
Dalam meniti liku-liku perjuangan yang penuh cabaran dan mehnah ini, akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa kita pelihara sebagaimana kita memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya.
Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika.Walaupun Ramadan al-Mubarak bakal berlalu pergi, semua ahli di pelbagai peringkat parti perlulah terus menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jamaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.
Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah bagi ahli-ahli baru nanti selain dari memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada.
Jadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.
Pimpinlah rakyat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini.
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (maksud al-Kahfi: 28)
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Open house Pak Lah di Kepala Batas
Pak Lah punya open day di KB agak kurang sambutan. Ada yang caterer tu bedak-bedakkan lauk-pauk ysng tak habis pada saudara mara dan jiran-jiran pasai tak habis masa open day hari tu. Pasai apa depa tak sayang Pak Lah lagi ke orang-orang Penang ni tak macam tahun lepas licin. Tahun ini cheak be leau (makan tak habis. Elok la Pak Lah daripada PM lepas kat Najib baik fikirkan masa depan negara. Lebih baik bagi pada PR negara selamat rakyat lega
Antara rasuah seks, penganiayaan dan keadilan - dari Harakahdaily
non1997@yahoo.com | Dashboard | Help | Sign out
WELCOME TO HUSIN PAKTONGKO BLOG
Fahri Abdillah al-Masri
Oleh kerana kerajaan hari ini, kononnya mahu membanteras rasuah, maka ada kaedah yang digunakan dengan cara menjebak dan menjerat seseorang. Samada ia sah digunakan atau tidak, hal perlu kita bincangkan bersama. Laporan akhbar mutakhir ini dirujuk.
Salah satu laporan itu telah disunting seperti di bawah ini bagi memudahkan bualan.
IPOH 23 Sept. � Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China .
Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.
Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.
Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.
Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.
"Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR," katanya dalam surat aduan itu.
Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayainya.
"Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.
"Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China ," ujarnya.
Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: "Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar."
Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.
"Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?" ujarnya.
Analisis kan dungan laporan
Daripada laporan berita di atas, mungkin kita boleh berbincang sama-sama dalam usaha meleraikan beberapa kekusutan yang timbul kini. Keadilan harus ditegakkan dan jangan ada pihak yang bersalah terlepas bebas daripada jaring hukuman kita.
1. Adakah BPR termasuk dalam pengintip (tajassus) seperti yang dibangkitkan Mufti Perlis dalam isu membantah tangkapan khalwat dahulu?
2. Rasuah dalam bentuk seks ada dua jenis hukuman. Pertamanya, rasuah dan keduanya zina. Tapi, dalam hal ini memadai kita tumpukan hal rasuah dahulu.
3. Dalam kes ini, adakah hanya penerima rasuah yang terkena hukuman? Bagaimanakah dengan pemberi rasuah dan orang yang menjebak seseorang dengan rasuah?
Sedan gkan hadis-hadis di bawah ini telah menunjukkan bahawa pemberi (atau pencadang kepada seseorang agar menerima rasuah) dan penerima rasuah turut dilaknati Tuhan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)
Dari Ai'syah: "Rasulullah s.a.w melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (al-Bazzar & Abu Ya'la)
Dari Thauban: "Rasulullah s.a.w melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (Ahmad & Hakim).
Pemberi rasuah dilupakan?
Berasaskan nas dan dalil yang turut dikembarkan dengan laporan akhbar tersebut, adakah Mohamad Imran (pencadang dan pemberi rasuah) boleh terlepas daripada hukuman?
Juga, yang perlu diberi perhatian di sini, adakah tindakan BPR mengintip serta merakam aksi tertuduh itu boleh dikategorikan sebagai tajassus yang dilarang oleh agama? Apakah pandangan Mufti Perlis dalam hal ini?
Tulisan ini bukanlah bertujuan mahu membela penerima rasuah tetapi mahu mendapatkan kepastian, adakah dalam kes ini, pemberi rasuah (Mohamad Imran) akan terlepas?
Dan, sekali lagi, jika pegawai BPR yang merakam aksi terlarang itu boleh ditafsir sebagai tajassus (mengintip) apakah pendirian Mufti Perlis terhadap sikap BPR ini? - mr _
Delete It Cancel

Friday, October 3, 2008
Surah Yusuf Mengubah Superstar Jadi Pendakwah -dari Blog Ibnu Hasyim
Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
BEGITULAH hebatnya Al-Quran.. memberi nikmat kepada manusia. Telah saya paparkan kisah seorang Jenderal dan Kaisar Perancis Napoleon Bonaparte, kerana membaca Al-Quran beliau memilih Islam dan begitu juga dengan kisah seorang wanita Jepun yang kini sedang berada di Malaysia. Kali ini kita lihat pula bagaimana Al-Quran mampu mengubah seorang superstar menjadi superpendakwah.
Beliau adalah Yusuf Islam yang kini terkenal sebagai pendakwah bukan sahaja di Britain malah di seluruh dunia.
“Saya lahir dari sebuah rumah tangga Nasrani yang berpandangan materialis. Saya tumbuh besar seperti mereka. Setelah dewasa, muncul kekaguman saya melihat para artis yang saya saksikan melalui berbagai media massa, sampai saya mengganggap mereka sebagai dewa tertinggi. Lantas saya pun bertekad mengikuti pengalaman mereka. Dan benar, ternyata saya menjadi salah seorang bintang pop terkenal. Pada masa itu saya rasa diri saya lebih besar dari alam ini dan seolah-olah usia saya lebih panjang dari kehidupan dunia dan seolah-olah sayalah orang pertama yang dapat merasakan kehidupan seperti itu.” Kata beliau.
Pada tahun 1970an dulu beliau mendapat julukan ‘superstar’ dengan nama Cat Stevens. Apa menyebabkan beliau berubah? Seperti yang diakuinya sendiri dalam satu wawancara dengan sebuah majalah, beliau mengambil keputusan memeluk agama Islam setelah mengalami dua peristiwa yang begitu berkesan di hatinya di mana akhirnya telah merubah keseluruhan kehidupannya.
Pertama.. Menurut Yusuf Islam, ketika beliau berusia 19 tahun di mana namanya ketika itu sedang popular sebagai penyanyi pujaan ramai, dia terlibat dengan ketagihan arak dan rokok sehingga menyebabkan mengidap penyakit batuk kering.
“Pada saat itulah saya mempunyai kesempatan untuk merenung… hingga saya temui di mana diri saya hanya sepotong jasad dan apa yang selama ini saya lakukan hanya untuk memenuhi keperluan jasad. Saya menilai bahawa sakit yang saya deritai merupakan cobaan Ilahi dan kesempatan untuk membuka mata saya. Mengapa saya berada disini? Apa yang saya lakukan dalam kehidupan ini?” Jelas beliau.
Setelah sembuh, “..lantas saya membuat beberapa kesimpulan yang intinya bahawa manusia terdiri dari ruh dan jasad. Alam ini pasti mempunyai Ilah. Selanjutnya saya kembali ke gelanggang music, namun dengan gaya musik yang berbeda. Saya cipta lagu-lagu berisikan cara mengenal Allah. Ide ini malah membuat diri saya semakin terkenal dan keuntungan pun semakin banyak. Saya terus mencari kebenaran dengan ikhlas tetapi tetap berada di dalam lingkungan para artis.”
Kedua: Pada suatu hari semasa beliau berada di Los Angeles, Yusuf Islam hampir mati lemas, di laut. Ketika itu dia berdoa jika Tuhan menyelamatnya dari bencana itu, maka beliau berjanji akan berkerja untuk Tuhan. Dalam sekelip mata ombak datang lalu menolaknya ke pantai. Kisah yang sama pernah berlaku kepada Ikramah bin Abu Jahal, semasa zaman permulaan kebangkitan Islam di Mekah dulu. Apabila kapal yang ditumpangnya hampir karam lalu dia pun berdoa, jikalau selamat dari bencana itu dia akan memeluk Islam. Kisah yang hampir sama.
“Selepas peristiwa itu barulah saya yakin bahawa Tuhan itu ada..” kata Yusuf Islam.
Menurutnya lagi, untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dia mempelajari pelbagai agama seperti Buddha, Hindu dan Kristian namun tidak ada yang memuas serta meyakinkan hatinya.“Pada suatu hari kawan saya yang beragama Nasrani pergi melawat ke masjidil Aqsha. Ketika kembali, ia menceritakan kepada saya ada suatu keanehan yang ia rasakan di saat melawat masjid tersebut. Ia dapat merasakan adanya kehidupan ruhani dan ketenangan jiwa di dalamnya. Hal ini berbeda dengan gereja, walau dipadati orang ramai, namun ia merasa hampa di dalamnya.”
“…Pada suatu hari saya yang sedang mencari haluan hidup ketika itu saya dihadiahkan oleh abang saya David sebuah terjemahan kitab suci Al-Quran..” kata beliau. “..pada mulanya tujuan membaca Al-Quran sekadar hendak mencari kelemahannya seperti yang pernah dilakukannya terhadap agama lain.”
Katanya, apabila dia membuka kitab suci itu surah pertama yang dibacanya ialah surah Yusuf. “Hati saya berbisik apa yang saya baca ialah sebuah kisah yang indah. Semakin lama membacanya semakin mengasyikkan sehingga saya mengalirkan airmata. Saat itu saya yakin Al-Quran bukan ciptaan manusia tetapi adalah wahyu Allah. Inilah cahaya yang saya cari selama ini. Hati saya berasa aman lalu menerima Islam.”
Kata beliau lagi, “Pada hari Jumaat, saya bertekad untuk menyatukan akal dan pikiran saya yang baru tersebut dengan segala perbuatan. Saya perlu menentukan tujuan hidup. Lantas saya melangkah menuju masjid dan mengumumkan pengislaman saya.. Saya mencapai puncak ketenangan di saat saya mengetahui bahawa saya dapat bermunajat langsung dengan Rabb melalui ibadah sholat. Berbeda dengan agama-agama lain yang perlu melalui perantara.”
Demikianlah Yusuf Islam memeluk agama Islam. Setelah masuk Islam beliau tidak hanya duduk di tempat ibadah menyembah Allah yang telah menguasai hatinya dengan kecintaan, namun beliau terus melakukan aktiviti untuk maslahat agama ini. Saya (Ibnu Hasyim) teringat, selepas beliau masuk Islam, beliau datang ke Malaysia. Antara ucapannya yang masih lekat dalam ingatan saya ialah…
“Semasa saya (Yusuf Islam) mula mencari kebenaran, setiap album lagu-lagu ketuhanan saya, saya letakkan tulisan-tulisan dan madah Al-Quran dengan tujuan ikhlas memperkenalkan kebenaran. Tetapi saya mendapat tentangan dari banyak pertubuhan-pertubuhan di negara-negara umat Islam. Antaranya ialah dari ABIM Malaysia… Hati saya tertanya-tanya, mengapa? Tetapi sekarang, bila saya masuk Islam barulah saya tahu sebabnya, yang saya tidak faham waktu itu. Itulah antara sebabnya mengapa saya datang berceramah disini!”
Beliau turut ikutserta di dalam berbagai lembaga dan yayasan Islam yang bergerak di bidang dakwah dan sosial. Semoga Allah memberinya ganjaran yang baik atas sumbangsih yang telah beliau berikan kepada kita, agama Islam dan kaum Muslimin.
Demikianlah catatan santai di aidufitri kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang… Selamat Hari Raya Aidulfitri!! Maaf zahir batin.

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim -dari Harakahdaily
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Oct 02, 08 | 11:03:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.
Iklan
"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.
"Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.
"Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.
Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
"Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma�ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.
"Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua," kata beliau.
Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.
"Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.
"Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.
"Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan," kata Guan Eng.
Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
"Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
"Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.
"Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma�ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin," kata beliau mengakhiri perutusannya._

Thursday, October 2, 2008
SELAMAT HARI RAYA, EID MUBARAK! - dari Keris Silau
Tulisan Keris Silau yang terdahulu tetapi masih relevan:
Selamat Hari Raya Kelas Pertama
Tahniah kepada anda semua
Tahniah kerana menghabiskan puasa
Tahniah kerana tahan lapar dan dahaga
Tahniah kerana mengerti perasaan mereka yang menderita
Tahniah kerana menundukkan nafsu dan menguatkan jiwa
Tahniah kerana banyak bersabar sepanjang puasa
Tahniah kerana memberi makan orang yang berpuasa
Tahniah kerana bersedeqah kepada faqir yang merana
Tahniah kerana tidak mengumpat atau mengata
Tahniah kerana jaga mulut dan mata
Tahniah kerana tidak bohong dan berdusta
Tahniah kerana solat jemaah di masjid bersama
Tahniah kerana tidak terlepas solat subuh di masjidsepanjang bulan puasa
Tahniah kerana malaikat-malaikat menurunkan sayapnya
Tahniah kerana taraweh dengan sempurna
Tahniah kerana tidak tinggal witir satu rakaat atau tiga
Tahniah kerana qiyamulail di malam buta
Tahniah ketemu lailatul qadar penghapus dosa
Tahniah kerana doa anda diterima Allah taala
Tahniah kerana mengerjakan umrah di bulan puasa
Tahniah kerana tadarrus al Quran petunjuk bagi manusia
Tahniah memahami ayat-ayat dan makna-makna
Tahniah kerana sudah mencapai matlamat menjadi orangyang bertaqwa
Tahniah kerana tamat Universiti Ramadan dengan IjazahKelas Pertama !
Keris Silau
26 Ramadhan 1427H

Wednesday, October 1, 2008
Coalition Politics Has To Evolve - from A.Kadir Jasin Blog
A Kadir Jasin
WHEN the candidate for the Gerakan Youth Chief, Tan Keng Liang, said Umno should listen to the views of other Barisan Nasional component parties before deciding on issues that affect the entire nation, he was speaking for the whole nation.
He was even talking on behalf of Umno. That’s because many Umno members and leaders feel that the party’s Supreme Council has become too exclusive.
Lately, many of the party’s decisions that affect the entire nation are being decided mostly by Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Mohd Najib Abdul Razak with the Umno Supreme Council acting as the rubber stamp.
In some instances, like the recent council meetings, discussions on Abdullah’s future were cut short by Mohd Najib.
Instead, the public was repeatedly told that decisions, including on the transition from Abdullah to Mohd Najib, had been reached between them.
The Star Online on Oct. 1 quoted Tan as saying that the change in the transition plan from June 2010 to an unspecified earlier date should have been discussed in the National Front Supreme Council meeting first.
Media reports suggested that Abdullah might decide on or before Oct. 9 whether or not to defend his position as party president ahead of the Umno divisional meetings when nomination for the March party election would be made.
“The appointment and change of the PM and DPM are not an Umno-only matter. The PM is the leader of all Malaysians and the chairman of Barisan,” Tan told reporters on Tuesday.
He said while Umno had played a strong leadership role in the coalition for many years, it was clear since the March 8 general election that many BN members are doubtful of the party’s commitment to equal relationships in the coalition.
Though he is only a Gerakan Youth Chief candidate, Tan’s views on the matter represent the sentiments of the new generation of non-Malays.
According to Malaysiakini, Abdullah said during the government's Aidilfitri open house in Kuala Lumpur on Oct I that he would only set a date for such a meeting after the hari raya celebrations.
The following are my own thoughts and observations on the future of the ethnic-based multi-party power-sharing formula:
1. In a multi-party power sharing formula, the failing strength of one member party is compensated by rising strength of the remaining component parties;
2. This does not seem to apply to the BN. The falling strength of Umno, its main partner, is not compensated by the rising strength of its partners. In fact, as the results of the March 8 Polls had shown, the rejection of Umno by the voters spread to all its Peninsular-based partners;
3. The weakness of the BN has led (or caused) the non-Malays to look elsewhere for protection. Instead of making demands on Umno, they now also making demands on the Pakatan Rakyat (People’s Alliance). They are leveraging their political power and votes;
4. Despite the cry for democracy and freedom, the majority of the non-Malays – especially the business-oriented Chinese community – prefer a strong Malay-led government;
5. The younger generation of Malaysian are more independent-minded and may be willing to experiment with other party and coalition systems;
6. The weakness of Umno and the falling quality of its leadership in recent years is having widespread ramifications on the BN;
7. The era of a strong Malay-led multi-party coalition (like the BN) could have ended or may be coming to an end; and
8. To survive, the BN and all future multi-party coalitions, including the fledgling Pakatan Rakyat, may have to evolve to become more “Malaysian”.
PS: As for my hari raya, there’s nothing much to report. I am celebrating it in Kuala Lumpur and Selangor among family members and close friends. No visit to politicians so far, but politics is every conversation.
The father, son and the son-in-law led the agenda. Mohd Najib, the spouse, and the brothers and the Indian friend, the Anwar Ibrahim sodomy trial, the impending verdict of the Altantuya case and rising cost of living are next.
The driving in KL is a breeze. The air is cleaner. Nice if KL can stay this way. Traffic jams are transferred to other cities and towns.

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM - dari Malaysiakini
Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM
Sep 30, 08 2:37pm
Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.
Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.
tunku abdul rahmanSatu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.
Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.
'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.
Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.
Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.
Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.
Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.
Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.
Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?
Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.
Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?
isa distributePada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.
Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.
Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.
hindraf isa detainees 290808Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.
Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.
Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.
isa 3 teresa raja petra tan hoon chengMengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.
Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.
Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.
Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.
Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.
Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.
YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.
zaid ibrahim resignation from ministerial post 160908 01Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.
Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.
Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.
Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.
Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.
Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul. Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?
abdullah ahmad badawi isa arrest with handcuffs 010604 Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.
Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.
YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.
Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.
Yang benar
ZAID IBRAHIM

PERUTUSAN RAYA DSAI - dari anwaribrahim.blog.com
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.
Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:
Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.
Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.
Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.
Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.
Rakan-rakan sekalian,
Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”
Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.
Rakan-rakan sekalian,
Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”
Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Subscribe to:
Posts (Atom)