ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
Friday, October 10, 2008
PAK LAH DIRENTAP TURUN
Confirm ,Pak Lah dah umumkan tak mau mempertahankan jawatan Presedin UMNO.Lantas membuka satu laluan yang cukup luas kepada Najib Tun Razak.Namun keadaan ini belum lagi menjamin yang Najib memdapat laluan yang cukup selesa. Ku Li masih mengidap post sejak sekian lama. Impian yang belum menjadi kenyataan. Lani pun (12.00 Berita Nightline) Najib Tun Razak mengusulkan agar "Pilihlah yang terbaik". Muhyidin pula mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dah ramai-ramai promosi diri merasakan layak memikul amanah atau bersedia mengut khazanah (milik rakyat terbanyak. Kepimpinan bukan lagi satu amanah seperti mana yang Islam anjurkan. Kepimpinan satu peluang menagut keuntungan bagi mengayakan diri ,keluarga,kroni-kroni,anak-menantu,ipar-duai dll.(Laa Shahruz Khan dapat datuk DMSM, awat kurang sangat ke Malaysian yang berbakti kepada masyarakat. Amat kurang kaum guru yang diiktiraf jasa mereka dengan diberi gelaran datuk setelah pencen. Sedangkan sumbangan mereka diakui untuk meningkatkan modal insan. Modal insan apalah sangat yang ditaburkan oleh Shahruz Khan - melainkan menabur fahaman kurang yakin lagi dengan Islam dengan tidak lagi mengamalkan perintah larang Islam.)Pak Lah yang diibaratkan daun pisang kering yang masih berpaut pada batang pokok meskipun dah kuning,dan menampakkan ciri-ciri kelayuan, namun masih ytak luruh-luruh (samalah dengan Tun dulu tu) hendak dicantas nampak sangat orang tidak suka. Kalau hendak dicantas ,siapa yang hendak cantas. Najib nak cuba cantas, sekejap tunjuk parang ,sekejap sorok bdibelakang, takut-takut orang nanti tuduh angkara Najib, pokok jadi layu.Akhirnya disebabkan tiada siapa yang mahu cantas, ramai-ramai dalam satu persidangan majlis ertutup ,sama-sama rentap. Maklumlah daun pisang, bila rentap bkannya nak putus atau tercabut. Daun pisang yang ini, bukannya dah reput sangat .Daun yang ini baru menampakkan ciri-ciri layu. depa dah rentap, bila rentap bukan daun itu saja yang tertanggal.Malah kulitnya juga akan terkeluar sama. Batang pokok yang sakit, tersayat isi., mengelupas pedih bukan main.Terpaksa dirawat. Kalau silap ubat atau doktor yang merawat pokok pisang boleh layu dan terbantut.Buah tak keluar-keluar.Jantung pun kecil sangat. Menunggu masa nak m... Tunggu dan lihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment