AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Monday, October 6, 2008

Replika Anwar cetus reaksi pelbagai

Replika gambar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12.2 meter di Batu Caves, Gombak yang menelan belanja RM 5000 jelas menunjukkan sokongan taksub para penyokong terhadap kewujudan DSAI sebagai seorang yang diharap-harapkan dapat membawa Malaysia menuju ke arah pembentukan Malaysia Baru. Namun dari satu segi pemujaan yang sebegini melampau jelas bertentangan dengan Islam. Meskipun didakwa yang replika itu bukan sebuah patung dan boleh ditanggalkan apabila tidak lagi diperlukan, namun kewujudan replika itu secara tidak langsung menggambarkan satu bentuk pemujaan terhadap makhluk. Tiada ada apa pada makhluk sebenarnya, sewajarnya wang yang bukan sedikit itu (RM 5000) lebih baik dibelanjakan pada jalan yang lebih bermanfaat. Para penyokong DSAI harus melihat yang DSAI tidak mahu beliau dipuja sedemikian rupa. Manusia adalah manusia, tidak perlu dipuja. Meskipun pengharapan penuh didambakan untuk menjadi penyelamat bahtera Malaysia yang kian karam, bukan ini caranya. Sedarlah yang kewujudan manusia itu bukan untuk dipuja, biar sebesar mana jasanya. Penghambaan yang sebenar adalah kepada yang Haq.

No comments: