ruangan koleksi peribadi untuk meredakan rasa jiwa yang gundah atas ketidak tentuan kehidupan sementara menanti mati
AWAN PELIK

KUASA ALLAH
Assalamualaikum...
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)
Wednesday, October 28, 2009
Respons kepada tulisan dalam blog Azizi Hj Abdullah- "Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?"
PAS pun dilanda krisis. Cukup dan lengkaplah parti-pasti politik di Malaysia ini menghadapi marhalah-marhalah yang sudah pasti akan diuji dengan mehnah-mehnah yang kelak akan mematangkan PAS. Harap-harapkan begitulah. Cakap TGNA ada betulnya. Kalau disemak kembali senario yang terjadi sebelum-sebelum ini, jelas perkara berunding dengan UMNO ini sudah tutup buku.Malah sudah dua kali dihebahkan yang tidak ada lagi perundingan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hari ini dalam Berita Harian (28.10.09) sekali lagi dimuatkan yang Ustaz Hadi mengumumkan bahawa tidak ada lagi perundingan dengan UMNO atas isu Kerajaan Perpaduan.
Pimpinan PAS seharusnya faham bahawa isu kerajaan perpaduan ini sudah menjadi "kudis" yang kian merobok tubuh dan jasad PAS. Mungkin kekecohan di Selangor turut menjadi penyebab (kalau tak banyak pun, sedikitnya ada) kekalahan PAS di Bagan Pinang. PAS tidak perlulah berselindung menyatakan bahawa kawasan Bagan Pinang itu umpama Permatang Pauh
dengan Anwar Ibrahim. Itu alasan 'escapism" namanya. PAS perlu selidik kenapa pengundi India boleh "swing" semula kepada BN. Tidakkah isu kuil di Selangor ada sahamnya. Berapa kerat pimpinan PAS yang menyokong Ir. Khalid Samat menanngani isu ini. Terkial-kiallah YB itu seorang mempertahankan dasar Kerajaan Pakatan.
Berbalik kepada isu beberapa kerat pemimpin PAS yang kemaruk sangat hendak jadi menteri atau menteri besar. Kalau betul nak sangat ambil langkah umumkan pemindahan parti senang cakap. Macam UStaz Nakaie. Taklah kecoh jadi sampai bergegar jasad PAS.
Lagi satu hari ini kita lihat penyakit "hubbun dunya" dah mula melanda pimpinan PAS. Gaya hidup sesetengah pimpinan PAS dah ada gaya pemimpin-pemimpin UMNO. Mau ada kelas, rumah mau besar, bersikap apologitik tidak kena gaya dengan niat yang .... Tidak ada lagi gaya hidup kesedeharnaan, sikap tawaduk dan memikul amanah ALLAH.
Kalau beginilah gayanya suasana politiking dalam PAS,elok benarlah ALLAH datangkan satu kaum atau puak lain yang betul-betul ikhlas dalam menegakkan kalimahNYA. Lagi pun PAS sekadar satu wadah yang memperjuangkan Islam. Boleh jadi ibarat ular. Sementara hendak membesar dan matang ular akan bersalin kulit beberapa kali. Jadi tidak salah kalau pejuang-pejuang PAS boleh bertukar wadah kelak. Biarlah kapal PAS tenggelam kerana PAS tak mampu lagi untuk membawa muatan Islamnya, nakhodanya kian mabuk laut akibat lama belayar. Namun muatan Islam dan anak-anak kapalnya perlu diselamatkan.Ibarat kata salah seorang pimpinan PAS kalau betul hendak bersama UMNO, teruskan. Tentang diri "aku" biarlah "aku" bawa diri. Mungkin "aku" hendak cari bahtera penyelamat yang dimaksudkan itu
Sunday, October 25, 2009
TANAH RAKYAT DAHULU DI RAMPASKAN RAKYAT BANGUN MELAWAN
KAPIT – Polis telah menahan Ondie Jugah 55 tahun. Ondie ialah seorang pemimpin bangsa Iban.
Ondie telah ditahan kerana mengadakan sekatan kepada orang orang luar dari syarikat balak yang diingin mencerobioh ke dalam tanah datuk moyak bangsa Iban.
Ondie bersama sepuluh orang kampong laiah telah mengadakan sekatan agar balak tidak dicuri dari kawasan tanah mereka.
Bangsa Iban di Borneo telah bekali-kali berjuang melawan pencerobohan bentuk ini.
Berita Inggerisnya
Malaysian police said Saturday they had arrested a native leader who set up roadblocks in Borneo to stop a logging firm from encroaching on their ancestral land.
Ondie Jugah, 55, from the Iban indigenous group, was among a group of 10 people who have mounted a blockade since early this week in the interior of eastern Sarawak state, on Borneo island.
Police said Ondie was detained late Friday after he refused to remove the blockade, following complaints filed by the logging company.
"We directed him to open up the road but he refused, so we have to take him back to facilitate investigation," a senior police official from the local Kapit district, who did not want to be named, told AFP.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… HABIS HUTAN KENA ROMPAK… kah kah kah…
kah kah kah…HABIS HARTA RAKYAT KENA REMBAT… kah kah kah..…
woit… KALAU SELIDIK PUNYA SELIDIK… TOWKAY BALAK INI MESTI KRONI… kah kah kah…
kah kah kah… PELIK… PATUT TANGKAP ORANG CURI BALAK…kah kah kah..
kah kah kah… INI TANGKAP ORANG KAMPONG…. kah kah kah…
woit… INI LAH CONTOH HARTA RAKYAT DI DAUHULUKAN UNTUK DI REMBAT… kah kah kah…
kah kah kah… KALAU RAKYAT MELAWAN ...AKAN DI TANGKAP… kah kah kah…
kah kah kah… PATUTLAH BERIBU RIBU ORANG IBAN BANYAK MASUK PAKATAN… kah kah kah…
Saturday, October 24, 2009
Mentaliti Lapuk Dalam Bajet 2010
Naskhah belanjawan yang ‘disembunyikan’ sehingga bacaan kali pertama jam 4 petang, Jumaat, 23 Oktober 2009 dilihat sebagai bajet paling tempang sejak krisis ekonomi 1997-98; lebih sedekad lalu. Di beberapa negara maju, teks bajet akan terlebih dahulu dipamer—lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet—kepada umum untuk dibincang terlebih dahulu. Ia tidak berlaku di Malaysia. Tidak pernah!
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak masih meneruskan amalan kuno meskipun berapi-api sejak menjadi PM, konon, mahu melakukan ‘pembaharuan’.
Tatkala diperakui—meski tidak secara langsung menyentuh penguncupan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)—sesungguhnya ekonomi Malaysia jelas tidak pernah mampu bangun untuk kembali bersaing di peringkat serantau, apatah lagi global.
Tentulah saya ingat, bagaimana di dalam pembentangan bajet pada Oktober tahun lalu, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan tahun ini yang pada awalnya dikatakan lebih 5%. Kemudian dikurangkan menjadi sekitar 3%.
Dua angka yang diberikan itu adalah tatkala Indonesia yang kini lebih deras pertumbuhannya menyebutkan unjuran hanya sekitar 3%. Singapura pula lebih realistik perkiraannya mengunjurkan angka -1%. Bayangkan bagi sebuah negara yang dikenali begitu cermat mengatur pertumbuhan pun hanya berani menyebutkan di bawah paras 1%. Tetapi pemerintah Malaysia, kala itu, terus khayal dan angkuh.
Tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Dalam kata mudah, langsung tidak mahu bermuhasabah, merenung kepincangan di dalam sistem pemerintahan dan ekonomi domestik. Hanya gelabah menukar-nukar angka pertumbuhan daripada 5 menjadi 3, dan 3 menjadi di bawah 1%.
Seperti biasa, elemen luar akan dituding sebagai penyebab kelembapan ekonomi. Namun, apakah menetapkan sasaran yang tidak berasas iaitu sehingga lebih 5% dan kemudiannya 3% tatkala pertumbuhan dalam negara lemah, juga adalah salah pihak luar? Hanya di dalam Pakej Ransangan kedua, barulah disebutkan secara ‘bisik-bisik’ bahawa pertumbuhan tahun ini dijangka hanya sekitar -1%, iaitu, sama dengan apa yang diunjurkan oleh Singapura.
Keangkuhan dan sikap sering menyalahkan faktor luar termasuk ketidaktentuan harga minyak mentah di pasaran dunia tidak dapat menyembunyikan kelemahan sendiri. Angka pertumbuhan terkini bagi tahun hadapan pula diunjurkan -3% peratus. Merosot lagi -2% berbanding tahun ini—sementara kita lihat, Indonesia yang dahulunya begitu payah untuk memacu ekonomi, mengunjurkan pertumbuhan lebih mapan iaitu mencecah lebih 5%, atau 7-8% lebih tinggi berbanding Malaysia.
Secara mikro ekonomi, Najib hilang fokus. Beliau tidak pasti kepada aspek atau bidang mana yang perlu diberi keutamaan selain menaburkan jumlah perbelanjaaan secara rawak. Krisis makanan global yang memuncak pada pertengahan tahun lalu tidak dijadikan asas untuk kembali memperkukuh sektor pertanian secara lebih radikal dan segera bagi memastikan pengeluaran produk tani dan makanan mencukupi.
Peruntukan yang dianggap besar sehingga RM6 bilion itu tidak lebih hanya untuk penyediaan infrastruktur pertanian di samping tidak ada jaminan ianya dapat memberi kesan langsung kepada petani dan lapangan pertanian. Agak membimbangkan apabila “romantisme” Najib kepada pencapaian Allahyarham Tun Razak Hussein bagi memusatkan dan mendominasi sektor pengeluaran makanan hanya di bawah Felda. Konsortium usahasama tiga agensi kerajaan itu menerima suntikan khusus sejumlah RM300 juta bagi menjayakan idea “gedung makanan negara”.
Kerajaan Najib akan menjadi kerajaan yang semakin memberat. Birokrasi bakal menjadi lebih ketat dan tentunya mempersulit pertumbuhan pasaran liberal. Mudahnya, birokrasi adalah “raja pasaran”, dan bukannya pasaran itu sendiri dapat menentukan dinamikanya sendiri.
Pada tingkat ini, Najib nampaknya bukan sahaja tidak mengerti bahawa aliran pertumbuhan dunia kini semakin bergerak ke arah dasar “ekonomi bebas” dan bukan lagi ekonomi dengan “kawalan’ atau “cengkaman negara” sepertimana kebanyakan negara blok komunis dan sosialis di era Perang Dingin.
Peliknya “pusingan ke belakang ini” dibuat ketika kerajaan sedar bagaimana peranan sektor swasta menguncup, terutama sejak sedekad lalu. Apa yang mahu dijayakan kerajaan, termasuk projek mega di bawah sekian banyak koridor pembangunan tampak sulit untuk dijayakan—projek yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi.
Pemberian insentif atau potongan cukai pendapatan sehingga 11% kepada para pekerja mahir yang bekerja di Wilayah Pembangunan Iskandar, misalnya tidak lain menunjukkan kerajaan begitu terdesak melihat kelembapan kemajuan projek berkenaan; sedangkan cukai individu kepada warganegara lain masih berada di paras 26%. Pengurangan 1% daripada tahun lalu.
Insentif atau pengurangan cukai peribadi yang dianggap sebegitu tinggi tidak bermakna kerajaan mampu menampung kos pembangunan mahupun hutang yang terus meningkat. Penerbitan perbagai bon atau skim simpanan baru tidak lain adalah petanda bahawa cairan wang rakyat yang berada di dalam pasaran mahu diceduk semula masuk ke dalam perigi kewangan kerajaan.
Sebuah skim seumpama KWSP yang diwujudkan, dinamakan Skim Persaraan bagi Golongan Bekerja Sendiri kepada orang ramai adalah petanda bahawa kerajaan kekurangan simpanan tunai. Bagi nelayan (contoh yang dibawakan oleh Najib sendiri) yang mencarum RM100 sebulan, pada umur 35 tahun akan hanya memperolehi semula wang mereka selepas melepasi usia pesaraan, iaitu 55 tahun. Jumlah wang yang bakal mereka perolehi selepas mencarum selama 20 tahun hanya RM40 ribu, dengan tambahan caruman kerajaan pada kadar 5%. Tidak ada sebarang jaminan bahawa wang mereka kelak tidak digunakan untuk menampung atau ‘menampal’ apa-apa projek kerajaan yang terancam sepertimana kerajaan pernah merangkus wang KWSP.
Apa yang harus diperhitungkan ialah, tentunya kerajaan menetapkan sejumlah wang tunai yang besar di mana rakyat yang bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pekebun dan peniaga kecil, tunai golongan ini dapat dikutip tiap-tiap bulan. Atau, dalam kata mudah, institusi yang menjaga kepentingan kewangan pekerja kerajaan dan swasta seperti KWSP bolehlah dikatakan sudah kekeringan tunai untuk membiayai projek mahupun program ekonomi kerajaan.
Pengurusan ekonomi Najib yang boleh ditafsir sebagai “anti-pasaran” semakin jelas apabila beliau mensyaratkan satu lagi kadar bunga yang tinggi kepada pengguna kad kredit yang kini mencecah 11 juta pelanggan. Satu hakikat yang sewajarnya dipertimbangkan oleh kerajaan ialah rakyat atau pengguna akan tetap berbelanja, dan menghalang daripada rakyat berbelanja adalah suatu kebijakan yang tidak bijak, walaupun alasannya konon untuk “rakyat berbelanja dengan bijak”.
Seruan agar rakyat “berbelanja dengan bijak” seperti yang dibebelkan Najib sangat diragui bahawa sebenarnya kerajaanlah yang berkehendak agar wang perbelanjaan berkenaan mengalir ke dalam akuan kerajaan; lari daripada pasaran.
Dalam kata lain, kerajaan akan berselindung di sebalik pembinaan infrastruktur sebagai lambang pembangunan—sedangkan sekian lama, di sanalah yang dibimbangi akan hanya menjadi lubuk berlakunya ketirisan sepertimana Laporan Audit Negara seminggu sebelum ini.
Apakah kita masih terpukau dengan beberapa pembangunan infrastruktur seperti yang diperuntukan di Wilayah Pembangunan Iskandar sehingga RM3.5 bilion (bersamaan lebih separuh daripada bajet untuk sektor pertanian!); atau RM1.3 bilion untuk menaik taraf politeknik; RM1.8 bilion untuk pembinaan sekolah baru; RM9 bilion untuk jalan dan jambatan sehinggalah pembinaan 14 mahkamah baru khas untuk kes rasuah; akan menjadikan tidak berlakunya rasuah dan ketirisan?
Sepotong daripada Firman Tuhan, suruh al-Hasyr ayat 7: …khai layakuna-dulatan baina-al-aghniya’i-minkum: “(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”.
Seperti yang saya ungkapan di awal analisa ini, beliau nampaknya sengaja mahu meneruskan sistem dan amalan lapuk ekonomi-politik rejim Umno-BN dengan pemerintah mahu mengawal lapangan ekonomi lebih daripada kemampuannya. Hanya dengan cara sebegini, maka parti pemerintah, misalnya Umno dapat terus membiayai kerja-kerja politik untuk mengekalkan kuasa mereka. Kepentingan negara dan rakyat tidak diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan parti politik.
Mengapakah tidak dipertanyakan persoalan akan kemelut tabung bantuan untuk peniaga kecil dan sederhana seperti TEKUN, gagal? Masakan tidak gagal, walaupun disediakan peruntukan sehingga RM200 juta tahun hadapan, tetapi yang berlaku di bawah pemohon pinjaman wajib mengisi borang Umno! Begitu juga dengan skim pinjaman atau bantuan kerajaan lainnya yang tidak akan pernah bisa profesional dan terlepas daripada percaturan politik ganas parti pemerintah.
Hambatan pertumbuhan ekonomi sebegini, yang kadang kala sangat kebudak-budakan terus berlangsung di dalam retorika bajet petang Jumaat, yang dalam masa yang sama terus mengumandangkan mantra “asas ekonomi negara terus kukuh”.
Ya, ‘kukuh’! Kukuh tatkala nelayan terpaksa ‘melabur’ RM100 sebulan untuk mendapat RM40 ribu selepas 20 tahun, sementara orang luar dilayan laksana anak emas dengan potongan cukai sehingga 11% berbanding rakyat biasa! Mengukur daripada semua siri pilihanraya kecil, termasuk yang terbaru di Bagan Pinang, dapat dirasakan bahawa parti pemerintah membelanjakan wang yang bukan kepalang. Lantas, sangkaan bahawa Umno-BN memang semakin ketandusan sumber ringgit ada asasnya, lebih-lebih lagi selepas mereka kehilangan sumber daripada dua negeri penting iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Maka, tidak hairanlah bagaimana Najib secara terang-terangan menyebutkan bahawa kerajaan akan memaksimakan pengunaan harta-benda mahupun tanah milik kerajaan Persekutuan sebagai ‘sumber baru’ pendapatan kerajaan. Saya ada satu contoh bagaimana yang dimaksudkan bahawa harta atau tanah kerajaan persekutuan yang boleh mendatangkan hasil kepada segelintir orang, walaupun ia sewajarnya milik rakyat terbanyak.
Misalnya dalam sesi parlimen awal tahun ini, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas bertanyakan kebenaran tentang Kem Transit Tentera Jalan Ampang yang dikatakan akan dipindahkan ke kawasan baru. Beliau meyakini bahawa tapak kem itu akan—bahkan sudah—diserahkan kepada sebuah syarikat untuk dijadikan kawasan komersial, iaitu pembinaan premis kondominium mewah dan komersial.
Persoalan yang timbul adalah perjanjian di antara kerajaan dan pihak swasta itu tidak dibentangkan di dalam Parlimen. Rundingan dan perjanjian yang sudah beberapa kali mencapai persetujuan itu dikatakan tidak akan menguntungkan kepada kerajaan kerana ia berat sebelah. Ia terjadi, sekali lagi, kerana dipercayai ada kepentingan pihak tertentu di peringkat tertinggi di dalam projek berkenaan.
Akibat kegagalan dan gagalnya untuk muhasabah oleh pemerintah, maka antara jalan mudah untuk meraih sokongan tidak lain adalah dengan menabur “gula-gula politik” di sana sikit, di sini sikit.
Pembiayaan mahupun pinjaman sejumlah RM200 juta kepada kegiatan seni tidak akan merubah atau menganjak mentaliti rakyat ke tingkat lebih tinggi. Kita tidak lupa bagaimana perunjukan lebih besar pernah diberikan sebelum ini di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad yang akhirnya hanya terbengkalai di tengah jalan. Apatah lagi andai gula-gula itu hanya bernilai RM50 kepada mahasiswa untuk memiliki komputer dan pengunaan internet broadband.
Bajet ini “bajet mengundur ke belakang”—yang boleh mengheret Malaysia terpelosok ke bawah paras ekonomi lebih parah apabila terus gagal bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa. Bajet Najib ternyata bukan sesuatu yang boleh diharap untuk berlangsungnya sebuah pembaharuan dan reformasi. Perubahan hanya retorika politik. Hanya untuk meraih undi. Memang benarlah kata pujangga, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!
Bajet ini tidak lebih hanya dalih baru daripada kerajaan yang meniti hujung usia kuasanya.
Hasmi bin Hasmi, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat"
Mungkin tidak berlaku lagi bertepuk tampar dalam gelap dengan Umno. Mungkin. Tetapi saya teringat kata-kata seorang kawan teh tarik di Restoran Thaqwa. Pak Ya namanya. Dia kata, kalau dah jenis makan taik, dia akan tetap cari taik walaupun kita dah heret dia jauh dari taik.
Barangkali api makin merebak sakan dalam sekam. Itulah yang mungkin Tok Guru Mursyidul Am nak padam.
Dulu-dulu, bila orang PAS berlawan sesama sendiri, mereka tak rajin menjerit dalam media. Bukan tak ada, tapi tak macam la ni.
Antara cara mereka berlawan dulu ialah dengan berlawan buat program. Puak A buat program untuk nak promosikan agenda dan fikrah dia. Bila puak B tengok puak A buat program, depa pun buat jugak.
Parti nampak rancak. Apa yang berlaku di sebalik itu, kadang-kadang yang menghadiri program pun tak sedar. Halus kerja depa. Bukan macam satu program yang tiba-tiba ada menjelang muktamar dulu. Budak-budak pun boleh agak ada bangkai di sebalik tirai. Baunya terlampau busuk!
Cakap pi la terus terang. Nak mesyuarat agung luar biasa (EGM) ka, apa ka, tingkatkanlah program untuk merapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) - tu yang saya sebut fasal timing tu. Kepada khalayak PAS, saya yakin program sedemikian lebih laris berbanding dengan program tikam kawan sendiri seperti yang dibuat di Selangor - yang mengakibatkan pergolakan baru tercetus lagi sehingga melarat kepada cadangan mengadakan EGM.
Bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan untuk mengahadapi musuh Melayu dan bukan Melayu manakala satu pihak lagi dok sabotaj tak habis-habis sehingga orang-orang buta yang menjadi pengikutnya pun dah mula nampak pekung di dada jahatnya, barulah kita berkira lagu lain pulak.
Apa pun, saya tidak menentang perpecahan dengan kelab pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS. Tak dak apa saya nak bantah kata-kata Tok Guru:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat" (baca selanjutnya di sini)
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 10/24/2009 12:27:00 AM
Nik Aziz: Biar PAS berpecah...
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.
Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.
Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.
"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.
"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.
Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.
Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:
"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.
Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.
Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. BERNAMA
TPM: PAS hadapi masalah serius kepimpinan
Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat agar PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun beliau mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu "masalah dalaman" PAS, tetapi berkata ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.
"Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam PAS). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam PAS. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya kepada pemberita hari ini.
Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran dan timbalan presiden Umno berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di Muar, lapor Bernama.
Beliau mengulas tulisan menteri besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu
diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin PAS yang bermasalah.
Nik Aziz menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Mursyidul Am PAS itu berkata beliau sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh, Perak tahun lalu yang menolak kerjasama dengan Umno.
'Zahirnya PAS bersatu'
Muhyiddin berkata secara zahirnya PAS nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan ada yang tidak dengan cadangan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan Umno.
"Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, masyarakat tahu keadaan sebenar bahawa mereka (PAS) tidak sepakat kerana di dalam parti terdapat banyak masalah," katanya.
Beliau berkata Umno sebagaimana diperkatakan oleh Presidennya Datuk Seri Najib Tun ketika berucap pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, memandang serius tentang isu perpaduan ummah di kalangan umat Islam negara ini.
Bagaimanapun, katanya banyak pihak di dalam PAS memandang sepi usaha Umno untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara kedua-dua parti itu.
Mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam "kurang terperinci," Muhyiddin menafikannya.
Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Bajet 2010 itu amat terperinci membabitkan semua golongan dan kumpulan di dalam negara ini.
"Semua golongan dan kumpulan sama ada dalam dan luar bandar menerima faedah daripada Bajet 2010 semalam, tidak ada golongan yang terpinggir. Semuanya disentuh oleh Perdana Menteri," kata Muhyiddin.
'Doa dimakbulkan'
Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata cadangan Nik Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan EGM bagi membersihkan kumpulan prokerajaan perpaduan mungkin ada hikmahnya.
Beliau, katanya, cadangan itu menunjukkan wujudnya masalah dalam PAS.
"Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.
"Saya percaya doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka," katanya selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di ibunegara hari ini.
"Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengalu-alukan EGM MCA berikutan masalah dalaman parti itu. Jadi kali ini apa yang beliau sebut itu terkena pada batang hidung sendiri," katanya.
10 LAGI MUNGKIN HILANGKELAYAKAN WAKIL RAKYAT
Lapan ahli parlimen dan dua ADUN Pakatan Rakyat mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.
Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.
Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.
"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.
Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.
"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.
Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.
Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.
Friday, October 23, 2009
Kes pita Lingam ditutup, Mahathir kecewa
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup dan menyebabkan beliau tidak mendapat peluang untuk membersihkan namanya.
Iklan
"Beliau tentu berasa lega,tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya mengenai pengaruhnya terhadap saya dalam pemilihan hakim-hakim?"soal Mahathir dalam blog peribadinya.
Menurutnya, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim.
"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.
"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?
"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?"ulasnya yang ternyata kecewa dengan kes pita Lingam itu.
Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.
"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.
Sebelum ini,panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.
Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976._
Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN | Nizar News
Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.
Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.
“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.
“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.
Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.
“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.
“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.
Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.
Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.
"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.
"Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,"katanya.
Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.
"Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan
Abang dah potong..?
Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. huhu.....
Memang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.
Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.
Saya kini melanggan 3G broadband Celcom dan streamyx. Broadband Celcom memang tak berapa puas hati servisnya manakala streamyx pula intimitent. Kadang-kadang laju kadang-kadang slow.
Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.
HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah best of the worst broadband di Malaysia. Lihat tip di isuhangat dulu 'melayari streamyx dengan bijak'
Ok berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi selowww gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.
Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:
Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai
Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!
ADMIN - KedahLaNie TIME - 12:45 PM
Labels: Blog Sahabat
Teoh dibunuh: Exco lapor polis, mahu suruhanjaya diraja
Sat | Oct 24, 09 | 11:51:13 am MYT
SERI KEMBANGAN, 24 Okt : Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.
Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.
"saya berasa sangat kecewa, pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal. Sudut ini telah menghadkan skop siasatan polis dan telah melepaskan peluang emas untuk mencari bukti. Adakah pihak polis sengaja mahu melindungi SPRM pada hari pertama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan.
Beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera dan menghentikan Inkues yang didakwa tidak telus dan membazirkan wang rakyat.
"Jangan bazirkan wang rakyat, keluarga dan juga pegawai-pegawai, kerajaan pusat harus tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.
"Saya lihat inkues ini berjalan dengan tidak baik, dan tidak telus, mereka hanya menyiasat berdasarkan laporan polis dan patologi tempatan, itu telah mengecewakan rakyat." katanya lagi
Beliau turut mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba untuk menyembunyikan kisah sebenar disebalik kematian Teoh ini.
Rakyat Malaysia katanya mahu melihat keadilan ditegakkan dan Teoh tidak boleh mati sia-sia sahaja.
"Ini peluang untuk pihak polis membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh menjalankan tugas dengan profesional dan bebas," katanya lagi.
Patologi terkenal antarabangsa dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand Rabu lalu telah memberi keterangan sebagai saksi pakar di Inkues mengenai kematian Teoh dan membuat kesimpulan kematian mendiang disebabkan dibunuh.
Ianya berikutan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.
Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari selepas menjalani soal siasat.
Mendiang adalah setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah._
"The Other 20 Percent"
Dr. Porntip gave an 80 percent chance that Teoh Beng Hock had been murdered by the MACC.
I believe I have the remaining 20 percent.
Looking at the information available publicly since Teoh's death, including the findings of Dr. Porntip, I have made certain deductions about the matter:
Teoh was said to have fallen from the 14th floor to a roof at the 5th floor level. That's a fall of 9 floors.
A fall of that distance would often produce some splatter of blood at the scene, but such blood was apparently absent in the photos of Teoh's body on the roof.
Dr. Porntip testified that there were marks indicating dragging across a "hard and rough surface".
The stairs, doorways and pathways to and along roofs of a building don't receive the smooth beautiful finishes given areas inside the building, they are left rough, bare cement and gravel.
From the above, I think a reasonable deduction is that Teoh did not fall to where his body was shown on the roof, but rather was killed elsewhere and dragged to the point on the roof shown in the photos. That's the remaining 20 percent.
It appears that his body was placed on the roof below a window to attempt to make Teoh's death appear a suicide.
In other words, Teoh's death was 100 percent murder.
Why was Teoh killed?
Did he know "too much"?
Could he have implicated someone in a corruption case?
Perhaps he was called to the MACC not to give evidence but rather to learn what he knew and then permanently silence him.
Teoh's death will understandably make people reluctant to provide information to the MACC, which would hamper the ability of the MACC to combat corruption.
It appears that the MACC (formerly known as the ACA) is not really interested in combating corruption, but rather interested in
suppressing evidence of corruption, to the extent of committing murder to achieve that end.
What to call a country ruled by thieves and murderers? Malaysia has become such a country.
Wednesday, October 21, 2009
Tuduh Presiden Pas Pro Umno | Nizar News PANDANGAN PRO DR AZIZ BARI DISANGGAH
Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).
Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum.
Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.
Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.
PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam.
Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.
Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.
Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari.
Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan Umno kerana hendak berjaya dengan cepat.
Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.
Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.
Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.
Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.
Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.
Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini.
Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.
USTAZ IDRIS AHMAD
Kematian Teoh: Pakar kata 80% kemungkinan homisid
Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.
Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.
Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.
Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.
Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.
Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:
1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.
2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.
3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.
Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.
Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.
Teoh – setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah – ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.
Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.
“Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil ‘handle bruise’, dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan,” kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.
Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.
“Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi,” kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.
Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.
“Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh,” kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.
Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.
Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: “Kelihatan seperti badannya telah diheret.
“Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini,” jelas beliau.
Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: “Permukaan keras dan kasar”.
“Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir,” katanya.
Tuesday, October 20, 2009
Pakatan hadapi spekulasi p'raya Perak
Okt 20, 09
3:49pm
analisis Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.
Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.
Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.
Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.
Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.
Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.
Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.
Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.
Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.
"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."
BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.
"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.
Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.
Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.
"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.
Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.
Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.
"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.
"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"
Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.
"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.
Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.
Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.
"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.
Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".
Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.
"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.
Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.
Respon kepadaTulisan A.Kadir Jasin
Tahniah dapat cucu baru dua sekali pulak tu.Alhamdulillah banyaklah umat Muhammad yang bertaqwa.
Saya tertarik ulasan Datuk tentang GLC yang peleceh dan pelekeh orang Melayu nak berniaga. saya ada cerita. Once upon a time, saya ada sahabat , sekarang dah jadi x cikgulah.Dulunya cikgu. Tapi sebelum beliau hari ni bergelar usahawan berjaya, pengusaha stesen minyak, ceritanya amat perit sekali beliau nak membuka stesen mimyak di lokasi hari ini tu.Kalau nak tahu sape-sape yang kalau nak masuk Lebuh Raya Utara Selatan dari Sungai Dua ,Seberang Perai Utara pasti terlihat ada sebuah stesen minyak Mobil milik bumiputeralah tu. Salah sebuah stesen minyak yang termaju di kawasan ini dek kerana lokasinya yang begitu strategik. Maklumlah sape-sape yang hendak berjalan jauh pasti akan mengisi penuh tangki minyaknya, dan pastinya stesen Mobil itu yang menjadi pilihan. lainlah kalau orang tu begitu taksub dengan minyak Petronas dengan tawaran hebatnya.
Sebelum beliau membuka stesen minyak itu beliau pernah berjumpa dengan pegawai Petronas untuk berbincang tentang hal itu. Tahu apa yang disindir oleh pegawai tersebut." BOLEHKAH CIKGU BERNIAGA?"."GHETIKE?". itulah antara kata-kata yang diceritakan kepada saya. Lantas beliau beralih ke Mobil. Melihat kepada lokasi yang begitu stategik, terus Mobil tidak melepaskan peluang ini.Pada masa itu lebuh raya masih belum beroperasi, masih dalam pembinaan. Rasanya dalam tempoh 1 - 1 1/2 tahun baru lebuh raya beroperasi penuh.
Persolananya kenapalah Petronas mempunyai pegawai yang seperti ini? Yang menariknya, sebaik sahaja janji-janji dengan Mobil telah dibuat untuk membina stesen ini, barulah pihak Petronas tersedar akan betapa strategiknya lokasi itu. Barulah pegawai-pegawainya(termasuk pegawai yang tadi itu) datang bertemu sahabat saya ini. Mereka minta sangat-sangat agar sahabat saya ini membatalkan perjanjian dengan Mobil tersebut. Mereka juga menempelak sahabat saya kerana tidak berunding dengan Petronas terlebih dahulu. Tahu apa kata sahabat saya itu. Katanya, " Enciklah orang yang saya jumpa. Enciklah yang juga kata bolehkah cikgu berniaga.Ghetika cikgu berniaga.Saya ini manusia.Janji saya saya kotakan.Kalau lembu pegang pada tali.Ini manusia pegang pada janji.(Kalau loghat utara bunyinya lagi kasar)Terdiam pegawai Petronas tersebut. Hari ini (selang banyak tahun juga) barulah terdapat sebuah stesen yang agak terkeluar dari laluan masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan tersebut.
Lama juga setelah siap pembinaan stesen itu untuk beroperasi. Tahu kenapa? Karenah birokrasi dan rasuahlah.Apaa lagi. Pernah beliau diminta wang rasuah untuk mempercepat proses pengoperasian stesen itu.Di sini saya puji sikap sahabat saya itu. Katanya (kepada pegawai pejabat tanah itu, pakai lebai lagi), "Encik ,saya ni nak buka stesen minyak.Duit tulah saya nak bagi makan anak bini saya. Jadi saya tak mau sikit pun hasrat saya ni dikotori dengan proses yang tak sepatutnya." Terdiam pula pegawai ini. Tapi lama sungguh (dekat setahun) barulah stesen dia tu beroperasi. Katanya kepada saya, " ...aku tak percaya orang pakai lebai ni."
11:48 PM
Sunday, October 18, 2009
Anak haram bercambah
Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari,
angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda. Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan. “Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya. Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah. “Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan. “Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya. Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir. Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi. “Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya. Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini. “Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah. “Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya. Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama. “Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung. “Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya. Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan. “Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum. “Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya. Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN metahad@hmetro.com.my note : enot adalah pencari berita dari pelbagai sumber
Tuesday, October 13, 2009
Uniknya Malaysia
Terbaru, Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila seorang pemimpin yang pernah dijatuhkan hukuman oleh partinya kerana didapati bersalah di atas amalan rasuah politik dipertahankan oleh perdana menteri secara terbuka.
Perdana menteri mempertahankan pemimpin tersebut oleh kerana ingin memastikan partinya memenangi pilihanraya kecil (PRK) di selatan Semenanjung Malaysia setelah berkali-kali parti yang diperintahnya tumpas ketangan pakatan pembangkang dalam PRK.
Untuk menghalalkan tindakan partinya meletakkan pemimpin tersebut sebagai calon PRK, perdana menteri telah mencipta satu istilah baru yang dinamakan “kesalahan teknikal” ataupun “technical offense”.
Kata perdana menteri, kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin tersebut hanyalah kesalahan teknikal.
Inilah kehebatan Malaysia.
Di Israel, negara yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia dan satu-satunya negara yang tidak dibenarkan oleh passport Malaysia untuk masuk (kerana Malaysia tidak mengiktiraf penubuhan negara Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin) perdana menterinya, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah.
Rasuah yang dituduh kepada Ehud Olmert tidaklah sehebat kes PKFZ, akan tetapi beliau tetap meletakkan jawatan kerana ditekan oleh rakyat negara tersebut yang mahukan pemimpin mereka bersih dan kelihatan bersih.
Di Malaysia, apabila laman web Malaysia Today mendedahkan mengenai kertas mesyuarat kabinet berkenaan dengan PKFZ, yang disiasat bukannya isi kandungannya tetapi pihak yang membocorkan kertas mesyuarat tersebut. Begitulah hebatnya Malaysia. Orang yang bersalah tidak disiasat. Yang menjadi mangsa adalah orang yang membocorkan kesalahan tersebut.
Orang Melayu dan Rasuah
Dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam, rasuah bukanlah satu kesalahan yang besar. Ianya boleh disucikan cukup dengan apabila perlaku rasuah tersebut pergi menunaikan umrah atau naik haji.
Sewaktu saya masih lagi mahasiswa dan pada ketika itu terlibat dengan aktivisme, pernah sekali saya timbulkan isu-isu rasuah pemimpin negara kepada saudara-mara di kampung.
Saya telah dimarah oleh seorang makcik saya yang mengatakan, “Kalau kau jadi perdana menteri pun kau akan ambik jugak. Biarlah pemimpin yang ada sekarang nak ambik sikit!”
Pada ketika itu barulah saya sedar mengapa parti pemerintah mampu terus bertahan walaupun sudah begitu lama berkuasa.
Orang-orang Melayu terutamanya dari generasi sebelum merdeka dan generasi pertama selepas merdeka, memberikan sokongan padu kepada mereka sehinggakan rasuah atau penyelewengan kuasa tidaklah dianggap sebagai satu kesalahan.
Sikap dan pandangan seperti ini bukanlah hanya dimiliki oleh penyokong-penyokong parti pemerintah yang berideologikan “nationalist”, ia turut dikongsi oleh sebahagian penyokong-penyokong parti Islam yang kini telah memerintah beberapa buah negeri selepas pilihanraya umum (PRU) 8 Mac 2008.
Lihatlah selepas 8 Mac 2008. Berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh sayap pemuda parti tersebut untuk menentang konsert berbanding dengan menentang rasuah?
Oleh kerana terlalu antikan konsert, mereka turut membantah konsert dari artis yang terlibat membantu pergerakkan hak asasi manusia sedunia seperti Avril Lavingne yang diketahui umum membantu kempen Amnesty International (AI), sebuah pergerakkan hak asasi manusia sedunia untuk membantu kesengsaraan rakyat di Darfur.
Negara “kafir” dan rasuah
Saya pernah menetap di sebuah negara “kafir” yang dinamakan Korea Selatan. Korea Selatan bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Produk-produk seperti Samsung, LG, Kia dan drama seperti “Winter Sonata” kuat dalam ingatan rakyat negara ini.
Dinegara salah satu gergasi ekonomi Asia ini, rasuah adalah satu perkara yang sensitif dan perlakunya akan mengambil tindakan yang ekstrim seperti membunuh diri jika dituduh atau disabitkan dengan kesalahan rasuah.
Pada bulan Mei tahun ini, dunia dikejutkan apabila bekas presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun membunuh diri akibat daripada tuduhan rasuah terhadap beliau.
Dalam nota yang ditinggalkan sebelum membunuh diri, Roh mengatakan: “I have no face to show to the people. I am sorry for disappointing you.” (“Saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan rakyat. Maafkan saya kerana mengecewakan anda.”)
Lihatlah bagaimana pendirian orang Korea mengenai rasuah. Seorang bekas presiden membunuh diri oleh kerana malu untuk berhadapan dengan rakyat apabila dikaitkan dengan rasuah.
Di Malaysia, seorang yang pernah dijatuhkan oleh kerana dibuktikan mengamalkan rasuah masih boleh bertanding dalam pilihanraya dan disokong oleh perdana menteri. Begitulah kehebatan Malaysia yang tiada pada negara lain.
Tidak hairanlah Korea Selatan telah jauh meninggalkan Malaysia. Satu ketika dahulu, Malaysia berdiri lebih tinggi dari Korea Selatan. Kini, rakyat Malaysia terpaksa bergantung dengan produk-produk dari Korea Selatan untuk menjalani kehidupan seharian kerana lebih murah jika dibandingkan dengan produk-produk dari Jepun dan Amerika Syarikat.
Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati perkhidmatan secara percuma dan terpaksa memikul beban hutang yang tinggi sebaik sahaja keluar dari universiti.
Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Kerana harga minyak yang tinggi, rakyat Malaysia terpaksa dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi walaupun pendapatan mereka rendah.
Selagi pemikiran majoriti orang-orang Melayu yang beragama Islam tidak berubah terhadap rasuah, selagi itulah rasuah akan berleluasa dalam negara. Selagi itulah pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah dapat terus bertanding dan menang dalam pilihanraya.
Apabila pemimpin yang pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah menang dalam pilihanraya, jangan marahlah jika beliau terus menerus mengamalkan budaya rasuah. Rakyat yang memilih harus dipersalahkan kerana tidak menolak budaya rasuah.
Jika amalan rasuah tidak dibendung dan terus dibiarkan, jangan terkejut jika Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak mustahil akan menjadi negara yang terkebelakang.
Petroleum yang selama ini menjadi tunggak kepada kekuatan ekonomi negara akan habis juga satu hari nanti. Jangan apabila ianya menjadi kenyataan, kita akan menyesal kerana pada ketika wang negara masih banyak, kita tidak berbuat apa-apa untuk melawan rasuah.
Monday, October 12, 2009
PAS Kalah Walau UMNO Tidak Kuat
ISA Samad mesti dijadikan pemimpin mereka walau siapa dia Isa Samad. Itulah hakikat yang mesti kita terima di Bagan Pinang. Memang PAS tidak rugi apa-apa kerana PAS bertanding untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Umno nampaknya mendapat bantuan pernafasan walaupun tidak diketahui selama mana bantuan pernafasan itu boleh menyelamatkan Umno.
Walaupun PAS tidak rugi atau kehilangan kerusi, tetapi kekalahan ini sedikit sebanyak mengecewakan kita. Kita kecewa kerana gagal meyakinkan pengundi untuk melakukan perubahan di Bagan Pinang. Usaha kita sepanjang berkempen di sana seperti tidak dialu-alukan oleh penduduk Bagan Pinang. Justeru itu, berlakulah berbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi sesama kita umat Islam dan berbangsa Melayu. Jelas dan terbukti, majoriti pengundi-pengundi di Bagan Pinang tetap menganggap rasuah politik bukan satu jenayah. Dan, sememangnya mereka layak bersama Umno/Bn sekiranya berfikiran sedemikian.
Kenapa PAS tewas? Banyak faktor untuk mengulas perkara ini. Tapi yang utamanya ialah pengundi tetap memilih calon yang mereka lebih kenal rapat walau apa pun rekod yang ada pada calon tersebut. Mesti diakui, calon PAS masih jauh dihati pengundi di Bagan Pinang kerana mereka tidak pernah melihat calon tersebut sebelum ini. Mengapa kita lebih yakin dengan pemilihan Zulkefli yang didatangkan jauh dari luar Port Dickson? Mungkin kita tiada tokoh tempatan di Bagan Pinang atau kita tidak memasyarakatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Maka, PAS terlalu asing bagi mereka.
Ada yang berpendapat bahawa isu-isu yang berlaku di Selangor terutamanya banyak mempengaruhi undi dari kaum Cina dan India di Bagan Pinang. Kelantangan beberapa pemimpin PAS di Selangor mengkritik kerajaan PR Selangor secara terbuka khususnya berkaitan penjualan arak dan juga isu Selcat. Terdapat juga pemimpin PAS yang sengaja tidak memahami isu pemindahan kuil Hindu di Selangor. Mereka dengan lantang ingin menyuarakan kononnya mereka memperjuangkan Islam. Isu-isu ini bukan sedikit mengguris hati dan perasaan kaum Cina dan India, apatah lagi media kerajaan sentiasa mencari ruang untuk menunjukkan PAS di Selangor bermasalah dengan kepimpinan kerajaan PR Selangor. Seorang pemimpin besar PAS di Selangor pernah berkata beliau menentang pendekatan siasatan terbuka oleh Selcat semata-mata untuk menyelamatkan maruah orang Melayu. Inikah perjuangan kita? Apa beza kita dengan Umno/Bn?
Seribu janji oleh pemimpin Umno juga membutakan mata pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka ingin sekali berada di sebuah bandar baru yang mewah dan megah yang diberi nama `Bandar Tentera Darat’. Selepas ini mereka akan berangan berada di sebuah bandar yang moden, pesat dan bandarnya tidak lagi akan sepi selepas jam 7 malam. Bagi anggota-anggota tentera yang begitu banyak mengundi Isa Samad tentunya selepas ini akan sibuk membeli kasut Futsal dan seluar renang. Mereka juga akan berhutang dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk membeli komputer peribadi kerana mereka tidak lama lagi akan dapat akses internet dengan menggunakan Wifi. Inilah yang mereka mahukan dan ini tentunya tidak dapat dijanjikan oleh calon PAS.
Permainan media pencacai tentunya seronok kerana mainan mereka kali ini berjaya memperdaya pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Di tempat lain, media berupa akhbar Utusan Meloya ini tiada tempat langsung selain dari dijadikan alas pengalas punggung sewaktu mendengar ceramah pemimpin-pemimpin PR. Tetapi di Bagan Pinang, akhbar ini adalah kitab utama mereka selain dari berguru dengan TV tiga suku.
PAS pastinya selepas ini membuat post mortem di atas kegagalan merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Faktor-faktor di atas mungkin tidak disenaraikan sebagai kemungkinan kita tewas. Mungkin ada faktor lain yang boleh PAS rumuskan sebagai punca kekalahan. PAS semestinya tidak bersendirian di dalam mencari sebab kekalahan ini kerana PAS berada bersama PR.
Walau apa pun sebabnya, kita sedikit pening memikirkan bagaimana undi kaum Cina dan India kembali kepada Bn walaupun di dalam kemelut berpanjangan MCA dan MIC. Saya melihat kemenangan ini bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana kelemahan kita sendiri di dalam beberapa perkara. Kesimpulannya bagi saya, PAS di Bagan Pinang dilihat tidak efisyen untuk melakukan perubahan. Pendek kata, PAS gagal merakyatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Mereka tidak kenal siapa calon PAS. -Wfauzdin
Friday, October 9, 2009
Pakatan Rakyat akan didaftar - Lim Kit Siang
Oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD
PETALING JAYA: Selepas tertangguh disebabkan beberapa peraturan undang-undang, Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai satu gabungan berikutan perisytiharan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu beserta rakannya dalam KeADILan dan PAS sebelum ini mendapati kesukaran untuk berkempen sebagai satu gabungan dalam pilihan raya kecil, terutama pilihan raya kecil Bagan Pinang baru lalu kerana peraturan pilihan raya hanya membenarkan parti yang bertanding meletakkan logo dan poster.
"Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai satu gabungan di bawah Akta Pertubuhan memandangkan Pendaftar Pertubuhan berkata undang-undang yang menghendaki sekurang-kurangnya tujuh parti politik perlu didaftarkan sebagai satu pertubuhan, tidak lagi terpakai," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pakatan parti-parti politik tersebut akan didaftarkan sebagai satu gabungan di bawah Akta Pertubuhan 1966 berdasarkan pendirian Pendaftar Pertubuhan Dato' Md Alias Kalil bahawa undang-undang yang menghendaki sekurang-kurangnya tujuh parti politik didaftarkan sebagai satu pertubuhan tidak lagi terpakai.
Ketiga-tiga parti tersebut telah bergabung sebagai Barisan Alternatif dalam 1999 tetapi gabungan yang tidak didaftarkan itu berpecah dua tahun selepas itu setelah PAS mendesak untuk menubuhkan negara Islam. DAP dan PAS berada dalam pakatan yang berlainan dalam pilihan raya 1990 - Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah - yang dikongsi bersama dengan Semangat 46 yang kini telah dibubarkan.
Pakatan Rakyat mendapat kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di parlimen setelah mendapat 82 daripada 222 kerusi, selain menawan empat buah negeri di bawah pimpinan ikon pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun pembangkang hilang kekuasaan terhadap negeri Perak selepas tiga orang wakil rakyatnya keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Majlis tertinggi parti dijadualkan akan bermesyuarat dalam bulan Disember bagi menyelaraskan pakatan yang dibuat selama ini selain untuk menyediakan logo. Dalam hasrat untuk bersatu, ketiga-tiga parti tersebut masih berusaha menyelaraskan serta memperhalusi beberapa isu berhubung pentadbiran dan falsafah ideologi parti.
Apa ni - Nampak sangat Kelentong

Hari ini Utusan Melayu menyiarkan isu yang tiada laporan polis yang dibuat berkaitan kes kecederaan yang menimpa penyokong PAS. Menurut polis gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.
Salahuddin tetap bertanggungjawab penuh terhadap penyebaran gambar kecederaan itu dan menaafikan yang perkara ini direka-reka. Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah. Petikan Harakahdaily memetik bahawa Salahuddin berkata,
"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka."
Sementara tersiar dalam Utusan Malaysia hari ini (juga terdapat dalam Utusan Online) butiran berikut:
Sehingga saat ini 10Oktober 2009 12.21pm berita berkaitan kenyataan Salahuddin masih lagi tersiar.
Ini lagi gambar yang tersiar dalam Harakahdaily - tonton dasn fikirkanlah sendiri.
(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)
Antaran kisahnyanya ialah laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.
Cerita bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.
Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.
Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.
Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.
Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.
Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadian ini bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.
"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.
Muka Bob yang cedera akibat dibelasah. Datuk Aziz juga ditumbuk tapi tak lebam, pasai isi banyak kut,
Lu fikirlah sendiri.
Tinggalkan BN, kapalnya nak tenggelam
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
MENCARI calon Umno yang bersih dari segi moral dan rasuah begitu sukar, buktinya ketika Umno hendak memilih calon di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 11hb Oktober 2009 ini.Pihak Umno terpaksa memilih Tan Seri Isa Samad kerana inilah calon yang paling terbaik dalam Umno untuk menjadi calon walaupun beliau disabitkan bersalah oleh Lembaga Tatatertib Umno
Beliau telah dilucutkan jawatan Menteri dan Naib Presideen Umno. Kita boleh bayangkan kalau Tan Seri Isa inilah yang paling terbaik, bagaimana pula tahap moral orang lain dalam umno.
Mereka yang menentang Tan Seri Isa sebagai calon bukan kerana jijiknya beliau yang yang terlibat dalam rasuah, tetapi mereka takut kepada bayang Tan Seri Isa untuk berkuasa semula di Negeri Sembilan.
Kedua mereka takut Pakatan Rakyat akan menjadikan isu skandal rasuah sebagai modal kempen. Manakala pengikut akar umbi pula mahu Tan Seri Isa kerana sudah lama makan air tangan beliau di kawasan tersebut.
Maklumlah sudah 22 tahun menjadi Menteri Besar, sama lama macam Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Bagaimana hendak mencari calon yang bersih dalam Umno? Seperti pepatah menyatakan air di hilir keroh kerana air di hulu tidak jernih. Benih yang tidak elok akan menghasilkan pokok yang tidak elok. Acuan apam balik tidak boleh mengeluarkan kuih pau.
Begitulah juga Umno tidak boleh melahirkan pemimpin yanmg baik kerana asal acuan yang tidak baik.
Sebab itu penyokong Tan Seri Isa berhujah, mana ada calon yang bersih. Mereka mendakwa kebetulan Tan Seri Isa ditangkap dan dijatuhkan tindakan disiplin. Mereka juga berang kenapa Dato’ Seri Ali Rostam dituduh terlibat dengan rasuah, masih dilantik Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka.
Khairi Jamaludin yang dituduh terlibat dengan rasuah boleh bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang. Inilah undang-undang rimba dalam Umno. Bukan sahaja berlaku pendakwaan terpilih di negara ini, malahan dalam Umno pun juga berlaku pendakwaan terpilih. Inilah peraturan Pak Pandir.
Orang Umno ketawa apabila komen Tun Dr Mahathir mengatakan Tan Seri Isa tidak layak kerana terlibat dengan rasuah. Sedangkan semua orang tahu bahawa rasuah politik dalam Umno rancak di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun.
Sebelum beliau, perwakilan terdiri dari kalangan guru-guru Melayu yang mempunyai jiwa nasionalis dan menghayati perjuangan Umno. Mereka menyertai Umno bukan bertujuan untuk mengumpul kekayaan.
Mereka bersama dengan Umno menghabiskan harta demi kelangsungan perjuangan. Mereka begitu lantang mengkritik pemimpin tertinggi Umno yang tidak memperdulikan nasib rakyat yang masih tertinggal di luar bandar.
Sekarang, menjadi pemimpin Umno untuk menggali telaga emas hasil daripada jawatan dalam parti. Rakyat makan kuah basi pemimpin makan isi. Zaman Tun Dr. Mahathir jadi Presiden Umno beliau pernah hendak berubat penyakit rasuah politik dalam Umno dengan berbagai cara, tetapi semua tidak menjadi.
Tun pernah menasihati, menangis, berdoa untuk ubat penyakit rasuah politik dalam Umno, semua tidak menjadi. Macam mana pengikut hendak ikut kalau nakhoda kapal pun bercakap tidak serupa bikin!
Rakyat bertambah pening dengan sistem yang berlaku dalam negara ini berkenaan dengan istilah rasuah. Rupanya ada dua takrif rasuah dalam negara ini. Rasuah salah apabila berlaku dalam Umno tetapi tidak menjadi kesalahan pula apabila rasuah kepada pengundi setiap kali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dilangsungkan dalam negara ini.
Sebab itu sukar untuk mencari calon yang bersih dalam Umno. Mana ada pemimpin Umno hendak naik (jadi pemimpin) dengan air liur sahaja? Mana ada calon Umno naik dengan karisma? Semuanya terpaksa menggunakan ongkos.
Sebab pemimpin Umno tidak layak berbicara mengenai rasuah, kerana mereka adalah parti yang hidup selagi ada rasuah. Politik rasuah dalam umno dah terang lagi bersuluh.
Rasuah dalam Umno macam isi dengan kuku. Rasuah dalam Umno sudah mencapai barah tahap 4. Ayuh ramai-ramai pengundi Bagan Pinang mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Tinggalkan Umno-BN kerana kapalnya sudah hendak tenggelam!
Ditulis Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat
Kesedaran Rakyat Menolak Rasuah
Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!
Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.
Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.
Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.
Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.
Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.
ANWAR IBRAHIM
Wednesday, October 7, 2009
Saturday, October 3, 2009
Abdul Azeez ditumbuk penyokong lawan Betuiiii KA
Petikan Berita Hairan
PORT DICKSON: Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, mendakwa beliau ditumbuk oleh kira-kira sembilan penyokong parti lawan ketika melintas masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebentar tadi hingga mengalami kecederaan di leher kiri.
Manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, yang turut berada di situ sempat dilindungi oleh pengawal peribadinya.
Azeez berkata, beliau akan mendapatkan nasihat ketuanya sebelum membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
sembilan penyokong parti lawan - sembilan orang tumbuk ni kira tak jadi ape hanya cedera di leher kira kuat la datuk Aziz ni boleh bawa masuk pertandingan stongest man in the world.
pengawal peribadinya - apa punya pegawai peribadi member dekat pun tak boleh nak tolong.
mendapatkan nasihat ketuanya - la perkara kecik macam ni pun nak tanya ketua. Macam mana le bila jadi menteri nanti. Kan dia sendiri jadi Ketua bebudak UMNO tu.