AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Friday, October 9, 2009

Pakatan Rakyat akan didaftar - Lim Kit Siang

October 10, 2009
Oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD

PETALING JAYA: Selepas tertangguh disebabkan beberapa peraturan undang-undang, Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai satu gabungan berikutan perisytiharan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu beserta rakannya dalam KeADILan dan PAS sebelum ini mendapati kesukaran untuk berkempen sebagai satu gabungan dalam pilihan raya kecil, terutama pilihan raya kecil Bagan Pinang baru lalu kerana peraturan pilihan raya hanya membenarkan parti yang bertanding meletakkan logo dan poster.



"Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai satu gabungan di bawah Akta Pertubuhan memandangkan Pendaftar Pertubuhan berkata undang-undang yang menghendaki sekurang-kurangnya tujuh parti politik perlu didaftarkan sebagai satu pertubuhan, tidak lagi terpakai," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pakatan parti-parti politik tersebut akan didaftarkan sebagai satu gabungan di bawah Akta Pertubuhan 1966 berdasarkan pendirian Pendaftar Pertubuhan Dato' Md Alias Kalil bahawa undang-undang yang menghendaki sekurang-kurangnya tujuh parti politik didaftarkan sebagai satu pertubuhan tidak lagi terpakai.

Ketiga-tiga parti tersebut telah bergabung sebagai Barisan Alternatif dalam 1999 tetapi gabungan yang tidak didaftarkan itu berpecah dua tahun selepas itu setelah PAS mendesak untuk menubuhkan negara Islam. DAP dan PAS berada dalam pakatan yang berlainan dalam pilihan raya 1990 - Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah - yang dikongsi bersama dengan Semangat 46 yang kini telah dibubarkan.

Pakatan Rakyat mendapat kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di parlimen setelah mendapat 82 daripada 222 kerusi, selain menawan empat buah negeri di bawah pimpinan ikon pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun pembangkang hilang kekuasaan terhadap negeri Perak selepas tiga orang wakil rakyatnya keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Majlis tertinggi parti dijadualkan akan bermesyuarat dalam bulan Disember bagi menyelaraskan pakatan yang dibuat selama ini selain untuk menyediakan logo. Dalam hasrat untuk bersatu, ketiga-tiga parti tersebut masih berusaha menyelaraskan serta memperhalusi beberapa isu berhubung pentadbiran dan falsafah ideologi parti.

No comments: