Saya pernah berada dalam era-era perpecahan dalam PAS sebelum ini. Ada perpecahan besar dan banyak lagi yang kecil. Tetapi tidak ada yang mencetuskan ribut taufan sehebat perpecahan akibat kecenderungan beberapa pemimpin PAS untuk berkendak politik dengan Umno.
Mungkin tidak berlaku lagi bertepuk tampar dalam gelap dengan Umno. Mungkin. Tetapi saya teringat kata-kata seorang kawan teh tarik di Restoran Thaqwa. Pak Ya namanya. Dia kata, kalau dah jenis makan taik, dia akan tetap cari taik walaupun kita dah heret dia jauh dari taik.
Barangkali api makin merebak sakan dalam sekam. Itulah yang mungkin Tok Guru Mursyidul Am nak padam.
Dulu-dulu, bila orang PAS berlawan sesama sendiri, mereka tak rajin menjerit dalam media. Bukan tak ada, tapi tak macam la ni.
Antara cara mereka berlawan dulu ialah dengan berlawan buat program. Puak A buat program untuk nak promosikan agenda dan fikrah dia. Bila puak B tengok puak A buat program, depa pun buat jugak.
Parti nampak rancak. Apa yang berlaku di sebalik itu, kadang-kadang yang menghadiri program pun tak sedar. Halus kerja depa. Bukan macam satu program yang tiba-tiba ada menjelang muktamar dulu. Budak-budak pun boleh agak ada bangkai di sebalik tirai. Baunya terlampau busuk!
Cakap pi la terus terang. Nak mesyuarat agung luar biasa (EGM) ka, apa ka, tingkatkanlah program untuk merapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) - tu yang saya sebut fasal timing tu. Kepada khalayak PAS, saya yakin program sedemikian lebih laris berbanding dengan program tikam kawan sendiri seperti yang dibuat di Selangor - yang mengakibatkan pergolakan baru tercetus lagi sehingga melarat kepada cadangan mengadakan EGM.
Bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan untuk mengahadapi musuh Melayu dan bukan Melayu manakala satu pihak lagi dok sabotaj tak habis-habis sehingga orang-orang buta yang menjadi pengikutnya pun dah mula nampak pekung di dada jahatnya, barulah kita berkira lagu lain pulak.
Apa pun, saya tidak menentang perpecahan dengan kelab pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS. Tak dak apa saya nak bantah kata-kata Tok Guru:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat" (baca selanjutnya di sini)
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 10/24/2009 12:27:00 AM
No comments:
Post a Comment