AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Friday, May 31, 2013

PBS punya pasal hanya 10% guru undi BN

Apa Lagi Guru Mahu?

DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.

Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.

Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.

Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.

Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia. Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.

Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.

Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan. Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.

Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia? Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.

Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.

Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara. Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.

Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.

Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.

Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap. Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.

Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu. Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!

GELORA LANGKAWIBukit Tinggi, Baling Sumber : Utusan Malaysia

Nah….sekarang kalangan guru Malaysia yang sokong pembangkang menjadi sasaran seterusnya…

Kami tidak pasti adakah benar guru yang hanya menggelarkan dirinya sekadar “GELORA LANGKAWI” adalah seorang guru. Jikalau benarlah beliau adalah seorang guru, kami “sangat kasihan” dengan nasib anak muridnya. Mengapa? Kami petik semula sebahagian kata-kata beliau seperti di atas, dan anda nilaikanlah sendiri :


Kasihan guru-guru dipersalahkan. Bagaimana pula dengan profesion lain? Pensyarah? Jururawat? Doktor yang tidak mengundi pembangkang? Adakah mereka juga dipersalahkan?

Kalau ikutkan sebenarnya, Nabi ajar umat Islam supaya ikut segala ajaran dan sunahnya, bukan suruh bermusuhan antara kaum. Jikalau Islam berkuasa & kuat di Malaysia sejak daripada dahulu lagi sepatutnya tiada perpecahan sebegini rupa. Kita ada cara daripada syariat yang diturunkan kepada umat untuk selesaikan masalah. Tetapi sayangnya kita tidak ikut. Hanya pandai berdegar-degar cakap mahu tegakkan Islam. Mulut cakap lain, tetapi buat lain.


Jangan asyik hidup Melayu! Hidup Melayu! Sehingga tergadainya Islam. Kita semua (orang Melayu adalah majoriti di Malaysia) sehingga mencecah sekitar 60%. Dalam pada masa yang sama bilangan minoriti bangsa Cina contohnya semakin kecil dek kerana semakin ramai yang berhijrah ke luar negara.


Bagi kami, siapapun yang mahu dipilih semasa Pilihanraya itu hak mereka, tidak kira samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Pilihan masing-masing. Yang hairannya bagaimana “GELORA LANGKAWI” ini boleh tahu dengan yakinnya hanya kurang 10% undi Barisan Nasional? Ada bancian? Atau sekadar congakan sendiri? - berita semasa

Gua rasa ini semua (jika benar) mesti ada kena mengena dengan PBS pernialain berasaskan sekolah yang membuatkan ramai para guru bengang. Hidup mereka jadi lintang pukang kerana mengerjakan tugasan PBS. Subuh pun masih buat kerja sekolah. Ini semua PBS punya pasal

Wayang untuk elak tunai manifesto turun harga kereta dah start - mai tengok wayang free tak payah bayar

Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..

Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama

Kesimpulan dari hasil penyelidikan JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta..

Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti..

Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu..

Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO..

Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan?

Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan? -ASD

Roketkini tidak melepaskan peluang membelasah BN dalam isu ini

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini.com

Monday, May 27, 2013

KAMERA AES MULA DIKUATKUASA DI MELAKA?

Selasa, Mei 28, 2013

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Shamsul Iskandar“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.

AES Melaka

Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.
Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

KD

HANGAT ! KCS KEDAH MULA MENGORAK LANGKAH, KEDAH SENANG....



Sembang-sembang dengan KCS senior selepas PR Kedah Kalah..!!!

Oleh : Penerangan PasKedah

 
Sembang petang kelmarin dengan seorang KCS Senior...


1.Pentadbiran yang telus , terbuka dan tiada campurtangan oleh kerajaan PR 2008-2013 amat memudahkan tugas KCS dan penjawat awam yang berkhidmat secara jujur dan amanah dengan tugasan.

2.KCS yang tamak dan menyeleweng sedang mengatur strategi untuk membolot sebanyak mngkin "ghanimah"dengan memegang para exco baru yg mmg kaki songlap...exco yg trlalu mentah dan mudah diguna..

3.Beberapa polisi yang dibuat sebelum ini bersifat pro rakyat akan diubah ke pro peniaga untuk keuntungan mudah..(cth : polisi kouta perumahan 50% Bumiputra : 50% Non Bumi telah diubah ke 30:70)


4.Perbelanjaan cermat,jimat dan berhemah oleh kerajaan PR amat sukar diikuti oleh kerajaan sekarang...cthnya perbelanjaan untuk program kenduri kesyukuran MB baru tempohari dikhabarkan menelan kos sebanyak RM300.000.(RM15 sekepala x 20,000 org).. itu baru 2 minggu mentadbir..

5.Beberapa orang KCS yang cenderung /membantu (walaupun atas profesionalisma tugas)kepada kerajaan terdahulu akan ditukar atau dibekukan jawatan termasuk beliau!

#tunggu....


AL-KISAH SEORANG MALAS ...

Tuan Ibrahim Tuan Man, 27 Mei 2013

Abtawi seorang budak yang malas. Disebabkan malas, segala projeknya terbengkalai kerana tiada pengurusan yang baik. Tapi tiada ramai yang tahu Abtawi seorang pemalas kerana lakonannya hanya hebat, selalu menunjuk dia sibuk di depan orang ramai.

“Redha sajalah. Ini takdir Allah. Allah nakkan begitu, nak buat macam mana.” – Itulah jawapan Abtawi setiap kali ditanya Ustaz Ibrahim yang diamanahkan menjaga segala projek di kampung Gunung Senyum.

Setiap kali Abtawi berkata sedemikian, Ustaz Ibrahim akan terasa sedih kerana duit warga kampung telah terbazir lagi.

Satu hari, Ustaz Ibrahim mula menubuhkan pasukan pemantau rahsia untuk memantau projek-projek di kampung. Analisa yang dibuat oleh pasukan pemantau yang pertama, 80 peratus projek yang tak jadi semuanya dimiliki oleh Abtawi.

“Tak mungkin. Budak itu rajin. Saya kenal dia sejak kecil. Cuba nasib tak menyebelahinya,” kata Ustaz Ibrahim yang mempertahankan Abtawi yang dididiknya dengan agama sejak kecil.

Setelah 3 bulan memantau, pasukan pemantau Ustaz Ibrahim memaklumkan bahawa Abtawi sebenarnya tidak melakukan kerja-kerja yang diamanahkannya.

“Sebab dia tahu Ustaz selalu akan melawat pukul 10 pagi dan 4 petang, Abtawi hanya masuk kerja hampir-hampir dengan dua waktu itu dan menunjukkan dia membuat kerja. Semua projeknya dijalankan tanpa ada apa-apa pelan tindakan dan jadual,” kata ketua pemantau rahsia Ustaz Ibrahim.

Ustaz Ibrahim masih was-was mendengar laporan itu. Beliau ingin meninjau diri sendiri.

Besok harinya, Ustaz Ibrahim menukar masa melawat ke 9 pagi.

Setiba di tapak projek, Abtawi tiada di sana. Ustaz Ibrahim menemubual beberapa pekerja di sana.

“Dia hanya datang 2 jam sahaja sehari untuk menunggu kedatangan Ustaz. Kami cuma buat ikut pengetahuan kami. Tak pasti bila nak siap, bahan apa yang nak digunakan. Biasanya bahan yang diperlukan tak dibeli, katanya duit projek tak cukup,” kata seorang pekerja Abtawi.

Ustaz Ibrahim sedih dan terus meninggalkan tapak kerja itu sebelum kehadiran Abtawi. Beliau memberitahu pekerja-pekerja Abtawi jangan memberitahu bahawa beliau pernah datang.

Abtawi yang tiba di pukul 10 pg cemas menunggu untuk sejam kerana Ustaz Ibrahim tidak hadir. Kerana bimbang apa-apa terjadi pada Ustaz Ibrahim, Abtawi terus ke pejabat Ustaz Ibrahim untuk mencarinya.

Apabila Abtawi memasuki pintunya, Ustaz Ibrahim senyum – “Maaf tak sempat pergi hari ini.”

“Ustaz ada apa-apa ke? Sakit ke?” tanya Abtawi.

“Tak. Cuma hati tak sedap sikit. Projek bagaimana, boleh siap minggu depan?” tanya Ustaz Ibrahim.

Abtawi senyap seketika.

“Saya tak tahu mengapa malang sangat nasib saya dan Allah melayan saya sedemikian. Semua projek saya ada masalah. Projek ini, maaf Ustaz, saya dah cuba, tapi masih gagal disiapkan mengikut jadual,” terang Abtawi.

Memandang pada Abtawi, Ustaz Ibrahim bertanya pada dia, apakah beliau sedar Allah sedang melihat setiap perbuatan manusia di bumi ini?

Abtawi terdiam seketika.

“Saya sangat kecewa hari ini. Sebenarnya saya tak nak pergi tapak projek hari ini adalah untuk mengurangkan dosa kamu supaya kamu kurang menipu untuk sehari. Nampaknya tidak berjaya.

Ungkapan redha dengan ketentuan dan takdir Allah biasanya hanya digunakan untuk mengubati jiwa mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus sedaya upaya untuk mencapai sesuatu tetapi gagal. Tapi ramai yang salahgunakan ungkapan ini. Jangan samakan kelemahan mengurus dengan takdir Allah. Jangan menghina Allah berkata kegagalanmu adalah takdirnya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

"Kamu tak layak berkata kegagalan projek dan membazirkan wang kampung ini ketentuan Allah tatkala kamu bekerja sambil lewa selama ini. Yang kamu bersungguh-sungguh selama ini hanya menipu saya yang mempercayai kamu telah bekerja sedaya upaya untuk menyiapkan projek yang diamanahkan.

"Tahu tak mengapa kamu dapat menipu saya? Kerana saya mempercayai kamu – sebab sayalah yang mendidik kamu sejak kecil. Rupanya saya silap, sangat silap,” kata Ustaz Ibrahim.

Abtawi terkedu dan tidak berkata apa-apa. Sejak itu, Abtawi berhenti menjadi malas dan mula bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawab kepadanya.

Senyum.

Gempar ! Jawatan Perdana Menteri Najib tidak sah?


Sumpah yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.

“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.

Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.

Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.

Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.

Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.

Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

Peguam Negara gagal

Ternyata Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.

“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.

“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.

“Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,” katanya..

Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009 boleh dicabar di mahkamah.

Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009.

“Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.

“Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013,” tambahnya lagi.

Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.

Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu sia-sia dan semua keputusannya adalah tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain. ~ Sumber berita

Wednesday, May 22, 2013

GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

1. Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka untuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.

6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah ‘janji Najib yang tidak ditepati’ kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.

7. Ataukah Najib mahu sahaja ‘mendera’ rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?

8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.

9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.

10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau ‘consumption tax’ tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah atau ‘a dignified life’.

11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.

12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau ‘bottleneck’ peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan ‘Gaji Minima’ ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau ‘spineless’ dalam banyak hal.

13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.

14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan ‘pendapatan boleh berbelanja’ (disposable income).

15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.

16. Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.

17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau ‘Value-Added Tax’ ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.

18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan ‘pengelakan cukai’ (tax evasion), namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.

19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.

20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!

Sunday, May 19, 2013

Wasiat Al-Banna

Pesanan Penting Oleh as-syahid Iman Hassan al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Nostalgia Bersih


Friday, May 17, 2013

Santai - Lagu Khas Untuk PM,Terukir Di Bulan



kredit : Ujang

PUISI UNTUK GURU

Puisi 'Selamat Hari Guru' Paling Kurang Hajor Sepanjang Zaman

Puisi 1
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
Puisi 2
Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”
Puisi 3
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

Wednesday, May 15, 2013

JELAJAH MERDEKA RAKYAT



JELAJAH MERDEKA RAKYAT

Dalam kesuraman warna hitam,
Rakyat bangkit menolak keputusan.

Ingat rakyat takut
Jangan mengarut
Kita tunjukkan
Rakyat ke depan

Mereka mahu hantar Cina balik Tongsan
Mereka mahu hantar India balik Kerala
Orang Cina tak akan balik Tongsan
Orang India tidak akan balik Kerala
Anak muda Cina
Anak muda India
Nenek mereka lahir di sini
Cucunya minta dihantar balik Tongsan?
Cucunya minta dihantar balik Kerala?

Mereka tanya apa Cina mahu?
Tidak cukupkah lagi yang kami beri?

Apa Cina mahu?
Apa India mahu?
Apa Melayu mahu?
Apa Kadazan mahu?
Apa Dayak mahu?
Apa rakyat mahu?
Itu tanya mereka

Rakyat mahu keadilan
Pilihanraya yang adil dan bersih
Rakyat mahu pemimpin bersih
Tolak pemimpin rasuah
Tolak amalan pembaziran
Tolak penipuan SPR
Tolak Banglasia
Tolak ‘black out’
Tolak borang 14 siap bertanda tangan
Tolak  sorok-sorok borang 14
Tolak PACABA disuruh keluar
Tolak media dua puluh empat jam berpihak
Mana kebebasan media?
Tolak undi lebih sekali
Tolak manipulasi
Tolak beli undi

SPR  anggap rakyat bodoh
SPR membodohkan rakyat
Dakwat tidak kekal didakwa kekal
Senarai pengundi didakwa sudah bersih
Tapi kenapa begitu ramai Banglasia
Ada juga Myanmar
Sulu telah lama
Pakistan Sabah telah merata
Menyelinap di pelosok negara
Namun rakyat bangkit
Dari api kemarahan
Penipuan SPR

Ini bukan soal PAS
Ini bukan soal DAP
Ini bukan soal PKR
Ini soal rakyat ditipu
Rakyat boleh terima
keputusan tanpa tipu
Rakyat rasa malu dan marah
Kerana ini soal maruah
Rakyat marah bila Banglasia memenangkan BN
Adakah benar undi awal, undi pos
hanya sepuluh peratus undi pakatan?

Apa guna bincang tentang Islam?
Apa guna bicara tentang nilai?
Bila kita sahkan penipuan
Bila kita sahkan penindasan

Anak Melayu dengar
Tanah kamu dirompak
Balak hilang
Apa yang mereka kira
Wang Money Money Money
Siapa mereka yang merompak
Bangsa kamu juga berjenama  UMNO

Apa erti pemimpin
Kalau tidak tunduk kepada aspirasi rakyat

Untuk anak-anak muda
Ini persoalan masa depan
Ini persoalan maruah
Bukan tunggu lima tahun lagi
Bukan ingin betulkan PRU 14
Kita betulkan sekarang
Kita lawan
Kita lawan sampai menang

Nukilan - cetusan ilham berdasrkan JMR
Noya
Penang
01:10 pm

Akhirnya Najib dapat 2/3 majoriti.



5 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.

Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3. 

Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).

Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.

Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.

Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.

Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”

Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.

“Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,” katanya.

Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.

Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.

“Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu.

Harakahdaily/-