5 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.
Di
sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah
Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua
pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut
laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita
bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter
di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada
Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
“Satu
semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan
secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri
Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3.
Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).
Di
belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India,
Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.
Menurut
laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai
pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak
aktif.
Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.
Mengikut
Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas
penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia,
Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas
sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”
Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.
“Saya
rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk
orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak
berkesan,” katanya.
Sebelum
PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman
pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11,
tokoh politik paling popular di dunia.
Dalam
reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.
“Ini
menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga
di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu.
Harakahdaily/-
No comments:
Post a Comment