JELAJAH MERDEKA RAKYAT
Dalam
kesuraman warna hitam,
Rakyat
bangkit menolak keputusan.
Ingat rakyat
takut
Jangan mengarut
Kita tunjukkan
Rakyat ke
depan
Mereka mahu
hantar Cina balik Tongsan
Mereka mahu
hantar India balik Kerala
Orang Cina tak
akan balik Tongsan
Orang India
tidak akan balik Kerala
Anak muda
Cina
Anak muda
India
Nenek mereka
lahir di sini
Cucunya minta
dihantar balik Tongsan?
Cucunya minta
dihantar balik Kerala?
Mereka tanya apa
Cina mahu?
Tidak
cukupkah lagi yang kami beri?
Apa Cina
mahu?
Apa India mahu?
Apa Melayu
mahu?
Apa Kadazan
mahu?
Apa Dayak
mahu?
Apa rakyat
mahu?
Itu tanya mereka
Rakyat mahu
keadilan
Pilihanraya
yang adil dan bersih
Rakyat mahu
pemimpin bersih
Tolak
pemimpin rasuah
Tolak amalan
pembaziran
Tolak
penipuan SPR
Tolak
Banglasia
Tolak ‘black
out’
Tolak borang 14
siap bertanda tangan
Tolak sorok-sorok borang 14
Tolak PACABA
disuruh keluar
Tolak media dua
puluh empat jam berpihak
Mana
kebebasan media?
Tolak undi
lebih sekali
Tolak
manipulasi
Tolak beli
undi
SPR anggap rakyat bodoh
SPR
membodohkan rakyat
Dakwat tidak kekal
didakwa kekal
Senarai pengundi
didakwa sudah bersih
Tapi kenapa
begitu ramai Banglasia
Ada juga
Myanmar
Sulu telah
lama
Pakistan
Sabah telah merata
Menyelinap di
pelosok negara
Namun rakyat
bangkit
Dari api
kemarahan
Penipuan SPR
Ini bukan
soal PAS
Ini bukan
soal DAP
Ini bukan
soal PKR
Ini soal
rakyat ditipu
Rakyat boleh
terima
keputusan tanpa
tipu
Rakyat rasa
malu dan marah
Kerana ini
soal maruah
Rakyat marah
bila Banglasia memenangkan BN
Adakah benar undi
awal, undi pos
hanya sepuluh
peratus undi pakatan?
Apa guna
bincang tentang Islam?
Apa guna
bicara tentang nilai?
Bila kita
sahkan penipuan
Bila kita
sahkan penindasan
Anak Melayu
dengar
Tanah kamu
dirompak
Balak hilang
Apa yang
mereka kira
Wang Money
Money Money
Siapa mereka
yang merompak
Bangsa kamu
juga berjenama UMNO
Apa erti
pemimpin
Kalau tidak
tunduk kepada aspirasi rakyat
Untuk
anak-anak muda
Ini persoalan
masa depan
Ini persoalan
maruah
Bukan tunggu
lima tahun lagi
Bukan ingin
betulkan PRU 14
Kita betulkan
sekarang
Kita lawan
Kita lawan
sampai menang
Nukilan - cetusan ilham berdasrkan JMR
Noya
Penang
01:10 pm
No comments:
Post a Comment