AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Wednesday, September 30, 2009

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah


Sep 29, 09 11:42pm
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

Calon-calon Perdana Menteri Malaysia

Hang Lah disahkan memang kurang upaya
Na Jeep pula tersangkut kat Altantuya
Tun M pula dah tua dan kurang bermaya
Ku Li pula kurang dikenali orang muda
Mohyi Din dan Hang Lah otak sama
Layak cuma pimpin negara kelas ketiga
Jadi siapakah yang layak memimpin negara

Mari kita lihat calun-calun yang ada
Anwar Ibrahim dilihat calun pertama
Ada visi, berpengalaman dan berkarisma
Walaupun dikatakan agen Amerika
Itu cuma persepsi dan sengaja direka-reka
Ada beberapa kerat yang memang percaya
Anwar suka meliwat budak-budak muda
Itu kita serah kepada Anwar dan Allah taala
Bukan mudah tuduh orang liwat dan zina
Ini bukan main-main punya benda
Itu antara dosa besar balasannya neraka

Shahril Samad aku letak calun kedua
Bukan pasai dia ni budak kolek MCOBA
Tapi dia nampak sensible dan terbuka
Cuma baru-baru ni dia banyak ampu bos dia
Kalau nak ambik orang Johor inilah orangnya
Tapi orang Umno tak berapa suka
Kalau macam tu masuk parti doktor mata

Calun ketiga ialah saudara Husam Musa
Kuat bekerja, berilmu dan berwibawa
Ada didikan Tok guru dan didikan agama
Misai dan janggut kontot hensem juga
Sebelum jadi PM elok jadi orang nombor dua
Banyak lagi pengalaman harus ditimba

Ramai lagi yang layak di luar sana
Tapi calun-calun di atas dapat undi dari saya
Oleh itu saya menadah tangan berdoa
Supaya Malaysia dipimpin orang bijaksana
Mereka yang ikhlas, jujur, dan berwibawa
Bukan bila naik tiba-tiba besar kepala
Bila naik anak-cucu dan kroni jadi kaya
Bila naik menantu pun tunjuk kuasa
Bila naik rakyat marhain terus dilupa
Bila naik cakap pun tinggi suara
Contohilah kepimpinan nabi yang mulia
Jangan cuma sebut Umar Aziz sebagai idola
Sebaliknya buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata
Semoga Malaysia menjadi negara Kelas Pertama!

Keris Silau
3 Julai 2008

Monday, September 28, 2009

Gobala ditahan ketika hadiri perbicaraan

Athi Shankar
Sep 28, 09
1:55pm


Polis menahan ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan di luar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.

Ia berkaitan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Tapah bulan lalu.

Sebelum itu, Gobalakrisnan tiba di mahkamah untuk menghadapi tuduhan menghalang anggota polis pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 17 Ogos lalu.

Gobalakrishnan sedang berjalan keluar dari bilik mahkamah bersama anggota keluarganya serta peguamnya apabila dia didatangi anggota polis yang membawanya menaiki sebuah van putih ke ibupejabat polis Seberang Perai Tengah di Bandar Baru Perda.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Tapah. Gobalakrishnan dijangka dihadapkan ke mahkamah di Tanah Rata pagi esok berhubung kes pada 2004.

Anak lelaki Gobalakrishnan - Pravin - ketika dihubungi berkata polis menunjukkan waran tangkap bertarikh 20 Ogos tetapi tidak menyatakan sebab dia ditahan.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini menetapkan 28 Oktober ini untuk keputusan permohonan Gobalakrishnan bagi mendapatkan semula seluar dan tali pinggang yang dipakainya pada hari penamaan calon tersebut.

Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya mengkaji permohonan peguam Gobalakrishnan, JM Martin untuk mendapatkan kembali pakaian milik anak guamnya itu yang dibuat mengikut Seksyen 20 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Dalam prosiding hari ini, Martin memohon supaya mahkamah memerintahkan polis memulangkan pakaian anak guamnya itu yang dipakainya pada hari dia dikatakan menghalang tugas penjawat awam di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, 17 Ogos lalu.

Beliau berhujah mengikut Seksyen 20 KAJ, polis boleh memeriksa dan mengambil segala barang yang ada pada badan tertuduh selain daripada pakaian yang menutup badannya dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Katanya seluar yang koyak dan tali pinggang itu merupakan bukti penting bagi kes itu dan juga satu saman sivil yang dikemukakan anak guamnya terhadap polis berhubung kejadian itu.

Pada 18 Ogos lalu, Gobalakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Majistret itu kerana menghalang seorang pegawai polis menjalankan tugas.

Dia didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang M. Karunamuthi daripada menjalankan tanggungjawabnya di hadapan IKBN, pada jam 11 pagi, 17 Ogos 2009.

Dia dituduh menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hasnurliza Mohd Radzi.

Sementara itu, sebaik hendak meninggalkan bangunan mahkamah, Gobalakrishnan ditahan polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di sini.

Menurut Martin, beliau difahamkan anak guamnya itu ditahan berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya berkaitan kes mahkamah di Perak pada 2004.

ISU-ISU SELCAT - boleh ditonton di YouTube







Mahathir right on Isa but wrong on PR

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 28th September 2009:

Mahathir right on Isa but wrong on PR

Umno’s choice for Tan Sri Moh Isa Abdul Samad as the Barisan Nasional candidate for the Bagan Pinang by-election appears quite set – and the latest indication is the “advice” by Datuk Seri Nazri Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department, asking former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad not to “interfere” and “embarrass” the Umno leadership with any more public statements on the question of by-election candidature. (Sin Chew)

Mahathir is right on Isa when he said that the issue is not just Bagan Pinang by-election but the next 13th general elections.

As Mahathir conceded, if Umno fields a candidate who is not clean, it might win in Bagan Pinang but would lose in other constituencies as the people throughout Malaysia want to know whether Umno is serious about eradicating money politics and corruption.

However, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak seems so desperate for a by-election victory in Peninsular Malaysia after seven consecutive by-election defeats after the political tsunami of the March 8 general elections last year that he is prepared to face the hazards warned by Mahathir.

But Mahathir is wrong when he painted a picture of disaster if Pakatan Rakyat wins the next general elections, claiming that it will not be administering the country but that DAP, PAS and Keadilan will be fighting each other.

However, the latest Pakatan Rakyat controversy in Selangor over Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali’s public attack on the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) and the Speaker Teng Chang Khim has placed Pakatan Rakyat under a new stress and provided ammunition for Mahathir’s forecast of doom for PR.

The establishment and public hearings of Selcat are major and laudable steps in the campaign for public accountability, transparency and good governance although there is room for improvement in its functioning and operations.

What is unacceptable is that guidelines agreed by the Pakatan Rakyat leadership to deal with internal PR problems are not given serious attention, as this can only result in greater loss in public confidence in PR cohesion, sustainability and viability unless these problems are properly addressed and resolved.

Saturday, September 26, 2009

Dunia Islam tidak serius peringati Hari Al-Quds

KUALA LUMPUR: Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.

"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.

"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.

Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.

Hutang di Shah Alam bayar di Bagan Pinang

“Jika pada PRU lalu masyarakat India dikatakan 70 peratus mengundi calon PAS, selepas peristiwa ini saya percaya sokongan kaum India mungkin meningkat hingga 90 peratus.

"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan bayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)

Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.

“Tragedi mengarak dan menyepak kepala lembu di Shah Alam itu membuatkan kaum India sangat marah kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada agama. Saya fikir kesannya boleh mengalahkan Umno-BN pada PRK Bagan Pinang nanti. Suara Makkal Sakti akan berkumandang di sana”.

Laporan dalam akhbar Siasah terbaru

Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan? | Nizar News




KUALA TERENGGANU – Menjelang 1 Syawal baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Pegawai Agama Daerah Besut, Nik Zulhaiza Ismail menafikan pengamal ajaran sesat yang murtad, Ariffin Mohamad, pulang ke kampungnya di Batu 13 Hulu Besut.

Perkara yang sama pernah berlaku pada November, tahun lalu.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin, setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air.

"Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa.

Bernama melaporkan, Musa menegaskan demikian ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau diberitahu, Ayah Pin sengaja tidak ditahan bagi mengelakkan berlakunya konflik perlembagaan antara kerajaan negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat.

Katanya, ia adalah ekoran kejayaan PAS Terengganu menabalkan perlembagaan Islam yang terkandung hukuman hudud kepada sesiapa yang murtad dari Agama Islam.

”Kita telah berjaya meletakkan satu asas yang Barisan Nasional tidak berani buang, ada orang kata...WaLlahu’alamlah, mengapa Ayah Pin tidak ditahan?,

”Kalau Ayah Pin ditahan, dia akan dibicarakan di Mahkamah Syariah, Undang-undang Jenayah Syariah adalah undang-undang Hudud, mesti undang-undang hudud dikenakan,”katanya

Menurutnya, sekiranya itu berlaku, akan berlaku percanggahan perlembagaan dan ia akan menjadi satu isu yang besar dalam negara ini.

”Dengan sebab itu Ayah Pin di ghaibkan,”ujarnya ketika menyampaikan Ucaputama pada Majlis Ijtima’ Eidul Fitri dengan Perantau di Kuala Ibai, pada 21 September lalu.

Thursday, September 24, 2009

Dok Siasat pasal 'bocoq' pasaipa......siasat ISU PKFZ tuu.. Menteri disiasat kes kertas kabinet bocor

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Tanpa logo polis

Sementara itu, Musa berkata anggota polis berpakaian preman dan rondaan menggunakan kenderaan tanpa logo polis akan diperluaskan untuk mencegah jenayah dengan dengan lebih efektif.

Beliau berkata strategi itu akan terus diperluaskan dan dipraktikkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mengekang pelbagai kejadian jenayah.

"Saya dah bincang untuk wujudkan pegawai serta anggota polis tanpa uniform dan ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Separuh tempat sudah ada anggota yang ditugaskan untuk berkawal," kata Musa.

Anggota-anggota polis terbabit akan ditempatkan di semua kawasan dan tidak tertumpu kepada kawasan panas semata-mata.

"Kawasan hot spot (panas), kita sudah ada anggota kita sendiri dan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat), bila ada pihak berkuasa... jenayah kurang berlaku di kawasan terbabit sebab mereka (penjenayah) lari ke kawasan lain dan kerana itu rondaan perlu dijalankan di semua tempat," katanya.

"Bila tiba musim perayaan berlaku juga kes-kes seperti samun dan rompak. Ini kerana pada waktu itu orang tidak ramai dan ini memberi kesempatan kepada suspek untuk melakukan jenayah.

"Kita berharap peniaga seperti pengusaha kedai emas agar lebih berwaspada ketika menjalankan perniagaan pada waktu ini (hari raya)," katanya. BERNAMA

Alahai SPRM : Kes PFKZ RM10juta Siasat 2jam, Kes Bendera RM2400 Siasat 10jam Siap Mati Lagi...

Oleh:
Zulkifli Sulong - harakah

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.

Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.

Image"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.

"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."

Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

14 Dalil Kenapa UMNO/BN NAJIB ALTANTUYA Kalah Di Bagan Pinang..!!

Dari Kacamata Halik Zaman:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCgUJRFwX8-ivOkfe-GUlIxDC-wCXfZlhsNqt5ayCkS75xLjkTQw9rBIPjC74Ie0zExn9GWssvoKTqNHvmRGj2L3svu9iwBsVujzSelcA1J4oK5zDuQ3sYgiQN-6H0WZ27foiYUkTwVrPy/s400/141000376bnLogo.jpg

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana
kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional
yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan
calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333

Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya
condong kepada UMNO/BN dimana pengundi masih belum nampak isu dan
kepincangan UMNO/BN serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu
menyerlah dan diyakini oleh pengundi.

Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO/BN atau
sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat
satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi
UMNI/BN dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO/BN diBagan
Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN diKuala
Trengganu?

Walaupun UMNO/BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan
calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu
Pakatan Rakyat.

14 DALIL MENGAPA CALON UMNO/BN BOLEH KALAH?

1. KENAIKAN HARGA PETROL

Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan
rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata
pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos
tambang taxi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira
beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar.

Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa
Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga
petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa
Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah
diterima oleh pengundi.

2. KOS HIDUP RAKYAT MELAMBUNG TINGGI

Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat
begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol
mendapat subsidi 30sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan
dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak
ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat
setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi
dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai
barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30sen
tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO/BN
mengamalkan sistem double standard?


3. KRISIS POLITIK DIPERAK

Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian
PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak
berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka
mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,

4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK

Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun
Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau
Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara.
Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan
dengan permasahan politik negara.

Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan
ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau
SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara
profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.

5. MAHKAMAH HENDAKLAH BERSIKAP BEBAS

Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan
mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat
dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan
dibawah Perdana Menteri Malaysia.

6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE

Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh
SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang
perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa
kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case
to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri.

Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah
tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu
terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang
disiasatnya menerima budi.

7..POLIS PUN MESTI BERKECUALI

Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki
bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang
yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan,
polis cuma jaga keselamatan mereka.

8. RASUAH POLITIK WANG

SPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik
wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk
Seri Mohd.Ali Rutam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin
didapati merasuah wang?

Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah
didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang.

Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri
Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa?
Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?

9. PERANAN ARUS PERDANA DALAM POLITIK

Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan
Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk
akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita
berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana
sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena
dengan UMNO/BN.

Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an
lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya.
Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.

10, KES LIWAT ANWAR

Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu
cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda
berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal
Saiful pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA
mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah.
Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh
mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya
dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh
politik UMNO.

11. ISA YANG RAKYAT BANTAH

ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa
bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang
menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara.
Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa
manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan
Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.

12. KRISIS DALAM MCA

Krisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO/BN dalam
PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan
kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan
account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut
dibekukan accountnya dan disiasat.

Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga
maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut
andaian Kerajaan UMNO/BN bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran
negatif.

13. SPR

SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR
dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa
ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita
belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para
pengundi.

14.. SEMANGAT PERKAUMAN

Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum
para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka
membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu.
Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga
negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa
asing.

Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak
senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman
mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India
padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang
Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi.

Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor
untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini
yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan,
kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka
tahu mereka akan kalah..

Tangkap Anggota Kabinet yang Lulus Kos Tambahan Tidak Wajar PKFZ A

Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 24, 09 | 10:05:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Iklan

Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.

"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.

Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.

Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.

Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhyan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Khir Toyo perlu menjawab daripada menuduh!

Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Khamis, 24 September 2009:

Khir Toyo perlu menjawab daripada menuduh!

Khir Toyo tidak perlu memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetapi beliau perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan dengan peruntukan kawasan ADUN BN dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah BN.

Khir Toyo dalam satu kenyataannya yang diterbitkan pada hari Rabu telah membidas DAP sebagai “menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor”. Beliau turut menuduh DAP sebagai “memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat”.

Selain itu, beliau turut mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendiamkan diri dalam hal berkenaan dengan perbelanjaan peruntukan ADUN.

Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir Toyo adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

SELCAT ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di negeri Selangor. Selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.

Maka untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor (DUN) telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya Negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka.

Daripada mengaut di dalam air keruh, adalah elok untuk Khir Toyo menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa kejadian membenarkan perkara-perkara ini daripada berlaku. Sebenarnya beliau perlu menjawab kebanyakkan persoalan-persoalan yang tertimbul berikutan daripada sessi pendengaran awam ini.

Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang tertimbul.


* Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku

Wednesday, September 23, 2009

ARAK KEPALA LEMBU - BANTAH KUIL


  • Berarak sambil membawa kepala lembu selepas solat jumaat di Shah Alam adalah kerja sebahagian NGO Melayu, bagi membantah pembinaan kuil.

  • Pemimpin UMNO mula bersuara. Khairy yang paling lantang membantah tindakan NGO Melayu itu.

  • UMNO buat UMNO yang bantah. Sandiwara UMNO dah boleh dibaca oleh rakyat.

Kalau di Melaka, NGO Melayu memainkan isu kepala babi, di Selangor, kepala lembu.


  • NGO Melayu bernasib baik kerana dibelakang mereka UMNO. Kalau NGO ini tidak dibayangi UMNO, dah lama polis belasah mereka.

  • Yang paling sedih, NGO Melayu itu sendiri tak tahu apa yang mereka perjuangkan. Melayu ke Islam.

  • Tindakan mereka kerana Islam ke atau semangat Melayu atau agenda politik Melayu.

  • Bila tindakan itu tidak jelas, Islam mereka kabur, Melayu mereka luntur, politik mereka hancur.

  • Berpolitik melalui NGO adalah strategi UMNO. Dinegeri Pakatan, mereka membangkitkan semangat Melayu melalui NGO Melayu.

  • Melayu tak semestinya Islam. Tindakan Melayu bukan semuanya tindakan Islam.

  • Sudah 50 tahun merdeka, politik masjid, kuil dan tokong masih menghantui kita.

  • Membina kuil tidak ada kena mengena dengan Melayu. Kalau nak bantah pun bukan NGO Melayu.

  • Ada juga Melayu yang berlindung disebalik Islam.

  • Kejahilan Melayu yang membawa fitnah kepada Islam.

  • Itulah Melayu UMNO.

  • Melayu kemana, Islam kemana.

Tuesday, September 22, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

SPRM – KAMI TAK TUDUH TAPI KAMI NAMPAK…

  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh macam kena bunuh.
  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh mati di tepi pejabat SPRM.
  • Kami tak tuduh SPRM terlibat, tapi kami nampak macam SPRM terlibat.
  • Kami tak tuduh SPRM tolak Teoh dari tingkap, tapi kami nampak tingkap terbuka.
  • Kami tak tuduh SPRM tarik tali pinggang Teoh, tapi kami nampak seluar Teoh terlondeh.
  • Kami tak tuduh SPRM dera Teoh, tapi kami nampak Teoh disiasat sampai pagi dan tak balik-balik.
  • Kami tak tuduh pegawai atasan SPRM terlibat, tapi kami nampak surat yang mengatakan pegawai atasan SPRM terlibat.
  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh dah mati.
  • Salahkah kami kalau kami menuduh apa yang kami nampak.
  • Kematian Teoh sedang dihakimi oleh Mahkamah Rakyat.
  • Jangan salahkan Rakyat bila rakyat membuat pengadilan.

Pemimpin Umno Kayo Rayo, Kau Apo Ado???

PolitikOleh:HambaAllah

Betullah kata sesetengah orang tu, Umno sekarang ni semakin semput kerana sokongan yang tinggal sekentut. Umno yang dulunya dianggap sebagai parti tempat rakyat bergantung harap, kini menjadi parti musuh masyarakat.

Mana tidaknya, kalau Umno dulu kukuh kerana kerana aura ilmuan yang melimpah


tetapi kini rapuh kerana hampir 98.09% isi dalaman Umno dipenuhi dengan kontraktor haprak dan keparat yang mementing perut sendiri dan membelakangkan rakyat.

Umno sekarang tak ubah macam pisang tanduk. Kulitnya lain, isinya lain. Besarnya ada, otaknya tiada. Cakap berdegar-degar nak perjuangkan Melayu dan Islam, buatnya tidak merosak dan menghinanya banyaklah. Orang Melayu beragama islam dilantik menerajui penjualan arak dan judi. Apa nak Jadi?

Busuk kohong baunya perjuangan Umno.

Kerana terlalu mementingkan perut sendiri, perjuangan hak dan ketuanan Melayu dilupakan, Islam dipersendakan, Agama Hindu dihina. Umno di seluruh malaysia dan tidak ketinggalan di Negeri Sembilan kian jelas terpinggir dan ketandusan pemimpin yang benar-benar layak untuk dipanggil pemimpin kerana sikap mereka yang meminggirkan rakyat.

Apa yang Umno ada sekarang? Yang ada sekarang ramai perompak. Pemimpin Umno sekarang kalau tidak disuap dan diusap, sampai mampus pun takkan buat apa-apa untuk rakyat. Yang ada dalam Umno sekarang bila PM mereka ajak bekerja bersama-sama saya dan mereka berkesudahan dengan mengerjakan PM saya tu. Itulah Umno sekarang, Petualang Melayu, Islam dan parti Perkauman yang tebal. Umno sekarang layak dipanggil “Umno Cap Ayam”

Cuba kita imbas kembali kenangan lalu irama penjuangan Umno era 80han dulu bersama carefree dan Black Dog Bone. Setiap Bahagian Umno di Negeri Sembilan melahir dan menyumbangkan ramai kepimpinan Asli Melayu yang berkelibar dan berstatus sangat wibawa. Rakyat Negeri Sembilan berbangga.

Masihkah kita ingat kepada Dr Ramli, Dr Nordin Selat, TS Abu Zahar, Nafsiah dan ramai lag? Siapa yang tidak tahu dan tidak kenal dengan mereka? Merekalah jauhari dan mereka menjadi Idola kebanggaan Malaysia dan mereka kelahiran Negeri Sembilan.

Tahukah siapa yang ada dalam di setiap Umno Bahagian Negeri Sembilan sekarang? Kerana apakah mereka dikenali? Sekarang hanya yang rakyat tahu dan sedang saksikan ialah bergeseran yang tidak berkesudahan antara Bekas MB dengan MB sekarang dan bakal MB yang akan datang. Pergaduhan yang sesetengahnya itu dirancang untuk mengenyangkan perut mereka. Rakyat Apo Ado?

Lihat sahaja apa bagaimana pemimpin pelapis peringkat baru yang berwibawa seperti YB Khairy Jamaluddin, walau pun berjaya memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia secara sah tanpa rasuah, diperkotak katekkan oleh kepimpinan sekarang dengan campur tangan Mantan tanpa mendapat apa-apa jawatan pun. Mukhriz dapat jadi Timbalan Menteri, Kau Khairi Ketuo pemudo, Apo Ado???

Cuba lihat perubahan apa yang terjadi pada Roslan Darus balaci Napsiah dulu? Semasa pilihanraya, sebatang bendera BN pun dia tak pikul macam rakyat lakukan kerana perjuangan, tapi beliau sebagaimana dimaklumkan Yus, dah kayo rayo dah….. Dahlah kayo, jadi dato pulak…. kau rakyat apo ado?

Kalau nak hidup lama dalam Umno, mestilah pandai kipas dan jilat baru boleh hidup lamo. Anak tempatan dilupakan, anak perantau balaciTuk Gani adik Mat Hasan seperti Rosli Nordin kontraktor kelas F yang buat-buat bodoh disusukan sehingga kayo rayo sekarang. Rakyat ado apo?

Takkan rakyat tak kenal dengan budak Aboi anak kerani estet Tuk Azman abang kepada Mat Hassan? One Seremban dok soksek soksek pasal dio dah jadi kayo rayo sebab dapat projek jalan Bukit Putus. Mereka semua adalah jutawan Tsunami kerana kroni yang mementingkan perut masing-masing dan kau rakyat dapat apo?

Rakyat Negeri Sembilan khususnya di Bagan Pinang tidak buta dan membutakan diri terhadap apa yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Marilah kita baik secara diam atau terang sepakat meninggalkan Umno dan menjadikan sebagai satu mimpi dan memori ngeri semalam yang terluka.

Kita nyanyikan lagu selamat tinggal Umno dari Taman Tasik Rasyidah Utama hingga ke lebuhraya KL Seremban. Di situ kita akan abadikan jasad pengkghianat bangsa negara di Pusara Lebuhraya.

Ucapakan Selamat tinggal kepada umno pencetus memori duka rakyat dan ucapkan salam kesejahteraan kepada pakatan rakyat untuk kita melakar Nostalgia Alaf Baru dalam suasana SIHAT Malaysia tanpa menyakiti sesiapa termasuk lembu.-dupahang.wordpress

Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu

Pada tahun 1999, sebaik saja Parti keadilan Nasional (keADILan) dilancarkan pada 4 April, pembangkang mula menyusun langkah. PKN, DAP, PAS dan PRM bersatu dibawah satu pakatan pembangkang yang dinamakan Barisan Alternatif.

Walaupun ianya satu pakatan yang longgar, dan ramai yang berpendapat BA perlu didaftarkan secara sah dan mempunyai satu logo dan bendera, ianya tidak berlaku. Alasan yang diberikan ialah ianya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh parti untuk didaftarkan sebagai pakatan dan BA tidak memenuhi syarat ini kerana ia mempunyai hanya empat parti.

Tetapi, walaupun ianya satu pakatan yang longgar tanpa mempunyai status yang sah disisi undang-undang, ataupun mempunyai satu lambing dan bendera, pembangkang boleh dianggap berjaya pada pilihanraya umum November 1999. Pembangkang bukan saja dapat mempertahankan Kelantan dengan majority yang tinggi malah ia juga memenangi Terengganu. Di Kedah, pembangkang memperolehi 8 daripada 15 kerusi Parlimen. BA tidak mampu untuk memenangi cukup kerusi untuk menawan Kedah, tetapi setahun kemudiannya, ia mampu menafikan majority dua pertiga di DUN Kedah apabila memenangi PRK Lunas.

Banyak perkara yang dilakukan oleh BA dalam masa tujuh bulan sebelum Pilihanraya Umum November 1999. Begitu juga setahun selepas itu. BA mewujudkan Majlis Presiden dimana pemimpin tertinggi keempat-empat parti bertemu sebulan sekali untuk membincangkan tentang dasar, strategi dan program. BA juga mempunyai Unit Penyelaras Media yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan media bagi pihak keempat-empat parti dibawah nama BA.

Malah, sebelum Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi, Unit Penyelaras Media mengadakan siding akhbar hamper setiap hari supaya media mendapat maklumat terkini. Dan Rustam Sani dari PRM dipertanggungjawabkan untuk mengetuai unit ini dan menjadi jurucakap rasmi BA. Parti-parti Keadilan, DAP, Pas dan PRM tidak digalakkan untuk mengeluarkan kenyataan media berasingan kerana tidak mahu dilihat bercanggah dengan pendirian rasmi BA.

Pakatan pembangkang mempunyai cabinet bayangan sendiri dimana setiap ‘kementerian’ diketuai oleh seorang ‘Menteri’. Dan mereka akan memantau pencapaian kementerian-kementerian yang diketuai oleh Barisan Nasional. Umpamanya, beberapa hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan di Parlimen setiap tahun sekitar November, BA akan membentangkan belanjawan mereka sendiri di PArlimen dan media akan dijemput dan digalakkan bertanya soalan.

Pembangkang mengetahui apa yang terkandung dalam belanjawan kerajaan (walaupun adanya OSA), dan apa yang perlu dilakukan ialah membuat satu cadangan balas untuk belanjawan yang lebih sempurna. Beberapa kali kerajaan terpaksa menilai kembali belanjawan mereka untuk memastikan belanjawan mereka lebih baik dari pembangkang. Sekurang-kurangnya pembangkang dapat mendesak kerajaan memberikan yang lebih baik kepada pengundi dan pembayar cukai walaupun kerajaan yang mendapat nama, bukan pembangkang.

Terdapat unit kajian dan pembangunan (R&D) yang membuat kajian dan membantu menyediakan data dan statistic untuk Ahli Parlimen pembangkang. Dalam banyak perkara, ‘menteri’ pembangkang mampu mengetahui lebih baik tentang apa yang berlaku dan perkembangan didalam kementerian, berbanding Menteri kerajaan. Beberapa kali Menteri terpaksa meminta Speaker memberikan masa untuk memberikan jawapan secara bertulis kerana Menteri tidak mampu menjawab soalan dari pembangkang.

Ahli-ahli PArlimen BA lebih menyinar dari Ahli-Ahli Parlimen BN, termasuk dikalangan Menteri BN. Unit-unit, jawatankuasa dan kumpulan pemikir ditubuhkan untuk membantu parti pembangkang dan pemimpin pembangkang begitu professional dan efektif sehingga menyebabkan Ahli Parlimen BN dilihat lebih bodoh.

Balik kepada tahun 1999, pembangkang pada masa itu mempunyai ahli politik, aktivis, ahli akademik dan cendekiawan. Satu pasukan yang cukup mantap. Terdapat professor, pensyarah, wartawan, penulis dan apa saja. Barisan Alternatif mempunyai pemikir-pemikir yang terbaik. Dan mereka ini sangat kreatif dan progresif dan bersedia melakukan perkara-perkara baru, kebanyakannya berjaya dilakukan dengan keputusan yang cukup positif. Pasukan ini benar-benar memberikan satu makna baru dalam politik baru.

Barisan Alternatif mempunyai Manifesto Bersama BA, tentang apa yang dimahukan oleh BA, bukan apa yang dimahukan oleh Keadilan, Pas, DAP atau PRM. Apa yang dimahukan oleh PAS, DAP, Keadilan dan PRM, tidak penting. Apa yang dimahukan oleh BA lebih penting. Dan Manifesto Bersama BA sangat jelas dan pengundi amat meminatinya.

Kemudian PAS membuat keputusan untuk melakukan apa yang baik kepada partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. Ia mencadangkan undang-undang Islam di Terengganu. Dan DAP kemudiannya melakukan apa yang baik untuk partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. DAP meninggalkan BA kerana memprotes dan menentang cadangan undang-undang Islam Pas. Kemudian, Keadilan dan PRM bersatu menjadi sebuah parti.

Kemudian, pada Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 2004, parti-parti pembangkang memutuskan untuk tidak bekerjasama sebagai pakatan sebaliknya bertanding secara solo. Didalam beberapa kawasan pilihanraya, terdapat pertandingan tiga atau empat penjuru. Pembangkang bukan saja kalah teruk, malah ada yang kehilangan wang pertaruhan.

Pembangkang disembelih. DAP, PAS, Keadilan dan PRM merasakan mereka tidak memerlukan satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka mampu melawan Barisan Nasional secara solo, dan kemudian bersatu membentuk kerajaan baru. Pembangkan tewas. Bukan saja gagal membentuk kerajaan, malah ada yang kehilangan deposit.

Ianya sangat memalukan.

Pembangkang menjadi angkuh. Terlalu takbur. Malah merasakan Tuhan pun tidak dapat menahan mereka dari membentuk kerajaan. Dan mereka tidak memerlukan pakatan untuk membentuk kerajaan. Malah ada yang merasakan mereka mampu menewaskan Barisan Nasional tanpa pakatan.

Mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama terhadap Titanic apabila mengatakan Tuhan pun tidak mampu menenggelamkan kapal tersebut. Tetapi ia karam, sama seperti parti pembangkang karam pada tahun 2004. Ia menjadi satu pengajaran yang tidak mungkin dilupakan untuk satu jangka masa yang panjang.

Pada tahun 2008, parti-parti pembangkang kembali bersatu sebagai Pakatan Rakyat. Dan ianya lebih baik dari tahun 1999, tetapi belum mencukupi. Pakatan Rakyat perlu melihat kembali apa yang dilakukan oleh BA pada tahun 1999 dan mengulangi kejayaannya. Malah, hari ini, PR mampu berbuat lebih baik dari BA pada tahun 1999 kerana hari ini, lebih ramai yang yakin dengan Pakatan Rakyat.

Pembangkang sekali lagi menjadi angkuh. Kita mengharapkan mereka tidak menjadi besar kepala seperti yang mereka lakukan pada tahun 2000-2001. Sekiranya ia berlaku, maka pada pilihanraya yang akan datang, atau bila-bila masa saja pun, bala yang berlaku pada 2004 sudah pasti akan berulang.

Ramai cerdik pandai diluar sana bersedia memberikan sumbangan masa dan pemikiran mereka untuk pembangkang.Malah, setengah daripada mereka sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi pembangkang perlu berhenti berfikir bahawa mereka sudah pandai dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Semua orang memerlukan bantuan, terutamanya pembangkang. Cuma perlu tahu siapa yang perlu ditanya. Dan kalau pembangkang terlalu angkuh dan besar kepala dan merasakan mereka tidak memerlukan sesiapa kerana mereka mampu melakukannya bersendirian, maka bersedialah untuk diajar dalam pilihanraya akan datang.

Dan memang patut pembangkang diajar.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal karya Raja Petra What the opposition did right ten years ago yang disiarkan di Malaysia Today.)

Sunday, September 20, 2009

Pemecatan Chua satu taktik!

Harakahdaily
Mon | Sep 21, 09 | 7:06:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Meskipun keputusan pecat ditarik-balik, penggantungan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah memadai untuk merencat kerjaya politik pemimpin parti perkauman itu.

Iklan

Pemimpin DAP, Ronnie Liu Thian Khiew, berpendapat kedua hukuman yang dikenakan keatas Chua akan memarakkan pemberontakan dalaman dalam MCA.

"Saya tidak rasa akar umbi MCA akan menerima keputusan ini. Bahkan bagi saya sendiri, baik pemecatan atau penggantungan, kesannya sama sahaja kerana ia akan menjejaskan kerjaya politik Chua Soi Lek," kata beliau yang dipetik oleh sebuah laman portal.

Badan keputusan tertinggi MCA, Jawatankuasa Pusat MCA (CC) membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA (PC) memecat Dr chua Soi Lek.

Selepas bermesyuarat hampir tujuh jam baru-baru ini, CC sebaliknya menggantung keahlian Chua selama empat tahun berkuasa serta-merta.

Keputusan ini diambil meskipun Chua tidak membuat rayuan.

Pemerhati politik berpendapat keputusan ini dibuat bagi mengekang perpecahan dalaman parti ekoran pemecatan Chua 26 Ogos lalu.

"Ini hanyalah satu taktik untuk memperlahankan kemarahan penyokong-penyokong Chua Soi Lek," kata Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Bagi Pakatan Rakyat, mengamati perseteruan antara kem Ong Tee Keat dan kem Chua Soi Lek menunjukkan pertelagahan jawatan dan kepentingan politik.

"Apa yang kita lihat kebelakangan ini, pertelagahan dalaman MCA semakin tidak relevan untuk rakyat. Pergaduhan mereka berkisar sekitar jawatan dan kepentingan politik, bukannya isu penting dan saya yakin ini tidak menarik minat rakyat jelata," tegas Tian.

Presiden Ong Tee Keat memecat ahli politik 62 tahun itu setelah PC mendapati rakaman video perselingkuhan beliau dan seorang wanita mencemar imej parti perkauman itu.

Pemecatan ini mengundang pemberontakan di dalam MCA, mendorong akar umbi mengadakan mesyuarat agung tergempar 10 Oktober nanti untuk menyingkir Ong. - mks._

Ya Rasulullah oleh Zulkifli Nordin

Salam 2 all.
Dibulan Ramadahn Al mubarak ini, marilah kita mengambil kesempatan mengenali dengan lebih mendalam akan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga-moga dengan lebih mengenali Baginda, kita akan lebih mencintai Rasulullah.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , Jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


****** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمNabi Muhammad SAW - Manusia agongKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali
melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir
rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun degan
cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Kata-kata hikmat:Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad
23 Ramadhan 1430
13 Sept 2009

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

Oleh Latheefa Koya

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh.

Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.

Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.

Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya.

Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.

Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.

Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan.

Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil.

Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!

Perutusan Eidul Fitri 1430H

By Anwar Ibrahim

Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara/i seluruhnya di atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah.Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan. Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.

Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”

Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.

ANWAR IBRAHIM

Friday, September 18, 2009

GEDUNG KARTUN OLEH ZUNAR - saksikan

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...

Azamin Amin/Foto Shukri Mohd
Thu | Sep 17, 09 | 3:08:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun.

Iklan

Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Tepat jam 5 pagi, tiga beranak ini bersahur buat pertama kalinya setelah terpisah sekian lama. Rendang daging, telur mata kerbau dan nasi antara santapan. Dan juadah dijamu cukup berselera dan paling enak dirasa.

"Perasaan saya masih bercampur-baur. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun ada

"Dan terkejut melihat anak yang dah besar...ketika saya tinggalkan usianya baru 9 tahun," demikian mukadimah Mat Sah ketika menceritakan perasaannya setelah dibebaskan.

ImageMat Sah kelihatan agak susut badannya, mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar 'track' hitam begitu tenang menerima kunjungan Harakahdaily seawal jam 9 pagi.

Sambil duduk rapat dan erat dengan anaknya, Suhaib 16 seolah-olah tidak mahu lagi berenggang, Mat Sah dengan nada sebak merasa cukup pilu apabila mengenangkan anaknya itu membesar tanpa ayah.

Dia dipaksa berpisah dengan anaknya, pada April 2002, apabila sepasukan polis dengan kekuatan 20 orang anggota datang menyerbu dan mengeledah isi rumahnya. Habis siling rumah dipecah dan tilam dibongkar. Malah malam yang sama, rumah abangnya juga turut disergah, disepah gara-gara pihak berkuasa menyangka abangnya itu Mat Sah.

Semenjak itu, hanya doa dan gambar menjadi teman di bilik kurungan.

Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah dengan nada yang serak dan perlahan.

ImageSelama 8 tahun itu, dia memendam rasa rindu teramat sangat terhadap anak dan isteri namun menguatkan hati yang adakalanya 'kecundang' dengan membasahkan bibir dengan kalimah ayat-ayat suci al-Quran sehingga dapat menghafal banyak surah-surah panjang.

"Kalau terlalu rindu sangat, peluk bantal yang dilekatkan gambar anak...," katanya sambil sesekali menjeling Suhaib.

Beliau menceritakan, tiada aktiviti dan program khusus di Kamunting, tetapi meluangkan masa dengan banyak membaca buku dan bergaul dengan rakan-rakan.

"Pagi-pagi kami disuruh keluar mengadap bendera menyanyi..lepas itu aktiviti sendiri. Cuma enam bulan sekali polis datang soal siasat dan ada masa di bawa ke Kuala Lumpur untuk 'kursus' basuh minda ataupun betulkan akidah.

"Diaorang selalu beritahu pentingnya ISA ini dan harap isteri saya serta GMI akan menghentikan perjuangan. Kata mereka jika, ISA tak ada, Malaysia akan huru hara dalam masa 5 bulan," jelasnya yang sekali-kali tidak setuju dengan pendapat mereka.

Kata Mat Sah, penahanannya sudah jelas menunjukkan ISA tidak adil dan tidak menepati kehendak Islam dan secara berterus-terang tanpa takut memberitahu pegawai-pegawai soal siasat, bahawa Akta itu mesti dimasuhkan.

Beliau pada awalnya tidak menyangka akan dibebaskan kerana sudah 7 kali ditipu oleh pihak berkuasa yang berjanji untuk melepaskkannya setiap tahun menjelang Hari Raya.

Ditanya tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Mat Sah tidak mempunyai sebarang perancangan memandangkan beliau perlu menyesuaikan diri dan berehat dengan keluarganya. Norlaila yang disisi kemudiannya mencelah cuba menerangkan realiti pahitnya kepada Harakahdaily.

Image"Tak buat persiapan apa-apa...apa makna Hari Raya bila suami disekat tak boleh jalan malam, tak boleh keluar kawasan...dan tak boleh balik kampung.

"Baju yang dipakai pun pinjam baju anak...'Mereka' ini semua tak fikir kesusahan orang. Dah bebas pun susahkan orang lagi...yang dia tahu buat peraturan sahaja," kata Norlaila.

Bagi Suhaib, kepulangan Mat Sah sangat dinantikan walaupun terpaksa mengambil masa untuk serasikan diri dengan ayahnya.

"Masa saya kecil, selalu jogging dengan ayah waktu cuti. Zaman kanak-kanak saya telah berlalu begitu sahaja tanpa ayah.

"Dan selepas ini saya terpaksa ambil masa nak bersosial kembali dengan ayah, sebab terlalu lama." kata Suhaib meluahkan isi hati.

Walaupun masih sebak, sesekali Mat Sah sempat bergurau dengan Harakahdaily tentang kematangan dan kedewasaan anaknya Suhaib yang tidak 'sempat' dikecapi dan dilihatnya.

"Saya masih terkejut lagi melihat anak saya ini. Dia membesar tidak ikut kebiasaan, tidak diberi kasih sayang oleh seorang ayah. Tengoklah ni...bulu kaki pun dah tumbuh.." katanya tersenyum.

Sambil itu, Mat Sah turut memberitahu makanan yang paling dirinduinya selama menjadi tahanan di Kamunting ialah Rendang Ayam dan Daging, dan sahur pagi tadi makanan kesukaan itulah menjadi menu hidangan sungguhpun bukan dari masakan isterinya.

"Kalau di Kamunting, masak kari rasa tomyam, masak tom yam rasa ntah apa-apa...

"Cuma adalah kawan-kawan tahanan yang pandai masak...terubat jugalah rasa nak makan sedap," kata bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pusataka itu.

Norlaila yang tidak berkesempatan memasak kerana baru pulang dari Sabah bagi misi menyampaikan sumbangan derma Tabung Harakahdaily untuk 7 buah keluarga mangsa ISA.

Beliau bersama anaknya dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ke negeri bawah bayu itu pada 15 Sepetember lalu dan menerima berita pembebasan suaminya itu melalui panggilan dan sms rakan-rakan media alternatif.

"Tak boleh tidur saya semalam dan pagi ni lagilah tak boleh tidur...

"...sebab baru nak 'berkenalan' dengan orang yang dah hilang lama ni," kata Norlaila tersenyum.

Ketika ditanya apa-apa perubahan isterinya sekembalinya daripada kem itu, Mat Sah kagum dengan isterinya yang menunjukkan komitemen dalam perjuangan menentang ISA dan sudah mula sibuk dengan jemputan dan aktiviti yang dirancang.

"Dari segi cantik, macam biasa jelah...cuma nampak semakin sibuk dan aktif," katanya tersenyum melihat Norlaila yang kelihatan 'geram' dengan usikan suaminya itu.

Buat sementara ini, kata Mat Sah belum sempat untuk berfikir akan akan perancangannya di masa akan datang seperti bekerja kembali apatah lagi dengan sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini.

"Saya nak berehat dulu... dan mungkin selepas Hari Raya baru nak fikir, berniaga ke atau bekerja semula. Buat masa ini masih nak serasikan diri dulu dengan keluarga," katanya sambil mengakhiri perbualan dan berpelukan dengan krew Harakahdaily.

Hari ini, Mat Sah yang baru 'berkenalan' dengan keluarganya 6 jam lalu, mempunyai jadual padat dengan tetamu, NGO, aktivis dan wakil pihak media yang bakal bertemu untuk mendapat kisah dan ceritanya.

Ternyata, raut ceria dan bahagia terpancar di wajah ketiga-tiga beranak ini dan yang pasti Aidilfitri kali ini cukup beerti dan tidak lagi sunyi...

ISA - Perlu Dimansuhkan

Perjuangan melawan ISA tetap berterusan

Perjuangan untuk memansuhkan ISA akan tetap berterusan. Biarpun kerajaan Malaysia membebaskan lima tahanan ISA semalam, akta zalim tersebut masih lagi ada.
Kem Kamunting masih belum ditutup dan masih ada yang didalam tahanan. Dibawah adalah kenyataan media dari GMI berhubung dengan pembebasan lima tahanan ISA semalam:
GERAKAN MANSUHKAN ISA

Kenyataan Akhbar: 16 September 2009

Lima Tahanan ISA Bebas Bersyarat Setelah 2 – 8 tahun Dizalimi

1. Semalam, 15 September 2009, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Hishammuddin Hussein mengumumkan seramai 5 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan. Menurutnya, pembebasan dibuat setelah beliau berpuashati bahawa semua tahanan berkenaan telah menunjukkan respons pemulihan yang positif dan telah melahirkan kesedaran dan keinsafan atas tindakan mereka terdahulu. Katanya lagi, beliaulah yang mengharapkan sangat pembebasan tersebut dapat dilakukan sebelum meraikan Hari Raya supaya tahanan dapat bersama dengan sanak saudara dalam Hari Raya tahun ini.

2. Lima tahanan tersebut yang dituduh sebagai anggota Jemaah Islamiah ialah Mat Sah Mohd Satray, Dr Abdullah Daud, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Mohd Kamil Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah. Mat Sah Mohd Satray dan Dr Abdullah Daud ditahan sejak 2002 manakala 3 lagi ditahan sejak Mei 2007. Kelima-lima dibebaskan secara bersyarat di bawah Akta Kediaman Terhad atau Restricted Residence Act 1933 (RRA). Ini bermakna mereka tidak bebas sepenuhnya dan perlu melapor kepada balai polis dalam daerah mereka setiap minggu di samping setiap perjalanan keluar daerah perlu mendapat keizinan pihak polis.

3. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyambut baik pembebasan lima tahanan berkenaan. Sudah tentu pembebasan tersebut disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh isteri, anak-anak dan keluarga tahanan yang telah terpaksa menanggung kesukaran sekian lama. GMI tumpang gembira bersama mereka terutama buat Puan Norlaila Othman, isteri kepada Mat Sah Mohd Satray. Puan Norlaila merupakan Ahli Jawatankuasa GMI yang telah berjuang dalam kempen anti-ISA dengan tabah dan gigih.

4. GMI percaya pembebasan ini adalah hasil usaha kempen yang gigih dan berterusan selama ini bagi menuntut semua tahanan dibebaskan dan ISA dimansuhkan. Mesej yang lantang dan jelas telah dilontarkan oleh puluhan ribu rakyat Malaysia ketika Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Sudah tentu Kerajaan tidak akan mengakui terpaksa akur dengan desakan ini, namun yang pasti desakan berkenaan bukan retorik dan bukan emosi seperti insiden kepala lembu. Ia menuntut kepada perkara asas iaitu hak keadilan dan kebebasan untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan ia disandarkan kepada sejarah kezaliman dan penyeksaan yang nyata lagi terbukti.

5. Sebab itulah, walaupun GMI menyambut baik pembebasan tersebut, namun persoalan yang sering ditanya ialah mengapakah mereka ditahan pada asalnya? Di mana buktinya? Apakah yang telah mereka lakukan sehingga terpaksa menjalani hukuman tanpa bicara dan tanpa pembelaan selama dua hingga lapan tahun dan sekarang mereka telah insaf dan sedar? Apakah benar seorang Menteri boleh membebaskan seseorang atas budi-bicaranya samada sebelum Hari Raya Eidil Fitri, Hari Raya Haji, Deepavali atau apa-apa peristiwa termasuk pilihan raya?

6. Jika diperhatikan dengan teliti, terlampau banyak perkara yang arbitrari, subjektif dan ragu-ragu dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri yang berkait rapat dengan persoalan yang ditimbulkan. Semuanya atas kuasa Menteri yang berpandukan laporan sebelah pihak daripada kem dan polis. Tetapi apa yang lebih penting ditekankan, nasib tahanan… penahanannya dan pembebasannya bergantung atas iklim yang penuh arbitrari, subjektif dan keraguan. Di mana keadilannya? Di mana jaminan kebebasan dinaungi oleh Perlembagaan apabila ISA dengan selamba menghina jaminan tersebut. Apakah tidak boleh seseorang tahanan itu menuntut hak mereka sekarang? Menuntut hak dan pampasan kerana ditahan tanpa diberi peluang membela diri? Lapan tahun hukuman terhadap sesuatu tuduhan yang penuh keraguan bukan satu tempoh yang pendek!

7. GMI juga ingin menarik perhatian terhadap pembebasan terpilih yang sering dilakukan. Menurut Hishammuddin, terdapat seramai 9 orang lagi tahanan yang masih ditahan di bawah ISA. Salah seorang daripada mereka, Shamsuddin Sulaiman, telah ditahan hampir 8 tahun tetapi tidak pula dibebaskan. Mengapa? Menurut Hishammuddin lagi, daripada 9 orang tersebut, 4 adalah warga Malaysia dan baki 5 orang lagi merupakan warga asing dari Bangladesh, Pakistan, Thailand, Indonesia dan Singapura. Mereka dituduh dengan pelbagai dakwaan sama ada militan, pengganas atau pemalsuan dokumen.

8. Persoalan yang paling asas dalam mana-mana sistem yang mengamalkan kedaulatan undang-undang atau ‘rule of law’ seperti yang didakwa diamalkan di Malaysia ialah di manakah buktinya? Selagi itu tiada dan tertuduh tidak diberi ruang pembelaan di bawah ISA, maka ketidakadilan telah berlaku. Undang-undang zalim mencemar kedaulatan undang-undang. Ia melanggar kemuliaan insan dan mencabul hak asasi tetapi terus digunakan secara sembarangan terhadap mereka yang disyakki mengancam keselamatan negara atau lebih tepat lagi mengancam keselamatan elit pemerintah.

9. GMI memandang berat ketidakadilan, pencabulan hak asasi dan pelanggaran hak kebebasan di bawah ISA. Walaupun pembebasan tahanan dilakukan dan pindaan dijanji akan dilakukan kerajaan, namun dua faktor paling utama yang tertinggal dan tidak dinyatakan secara tersurat oleh Kerajaan tetap tidak dianjak. Faktor-faktor tersebut ialah tahan tanpa bicara dan kuasa arbitrari polis dan Menteri. Selagi wujud faktor-faktor ini, maka selagi itulah ISA itu tetap ISA dan tetap zalim walaupun apa pindaan akhirnya dilakukan. Selagi itulah juga, nasib mangsa ISA tidak menentu dan budaya kegerunan terus kekal.

10. Atas dasar tersebut, GMI menggesa Kerajaan untuk tidak hanya pinda ISA tetapi memansuhkannya dan membebaskan semua tahanan. Jika benar ”rakyat didahulukan”, hak, keadilan dan kepentingan rakyat perlu diutamakan khususnya dalam menebus segala dosa dan kezaliman dahulu dalam bulan Ramadan Al-Mubarak!

Mansuhkan ISA!

Bebaskan Tahanan!

Tutup Kemta!

Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi GMI