Bila berita keluar mengatakan geng geng kepala lembu ini akan didakwa, ada diantara kita sudah pandai memuji Peguam Negara Gani Patail kononnya sudah berubah,walhal mereka tidak menyedari apa yang dibuat hanyalah satu bentuk sandiwara.
Seperti juga sebelum ini bagaimana geng Umno menimbulkan isu perkauman dengan mengatakan Cina pendatang, Cina Yahudi, Polis hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang pendakwaan. Cuma ura ura mereka akan didakwa hanya kerana untuk menghadapi pilihanraya Permatang Pauh .Malah geng geng samseng kepala lembu yang dihadapkan ke Mahkamah seumpama orang yang dituduh bukan terlibat dalam akta Hasutan, ia bagai pesalah Trafik biasa, tanpa digari mereka hadir untuk mendengar tuduhan. Ini semua lakonan UMNO untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Harus di ingat, dalam kawasan pengundian Bagan Pinang, selain undi POS yang menjadi nyawa Umno, undi masyarakat India adalah undi kedua terbesar iaitu hampir 20% ataupun melibatkan hampir 3 ribu undi. Ia melebihi undi masyarakat Cina yang hanya melibatkan 10% pengundi disitu. Oleh kerana di Bagan Pinang UMNO terpaksa bergantung dengan undi India, nak atau tidak pendakwaan olok olok mesti dilakukan. Yang menguatkan lagi dalil mengapa ianya hanya satu sandiwara, tarikh kes itu akan disebut semula hanya pada 21 Oktober 2009, itupun jika tidak ada penangguhan.
Dan diantara satu lagi sebab mengapa pendakwaan ini berlaku adalah kerana , akan ada larangan ketika kempen di Bagan Pinang untuk menyentuh isu Kuil dan geng lembu kerana ia masih menjadi kes Mahkamah dan ia melibatkan isu perkauman. Apapun pendakwaan yang dibuat, geng lembu ini telahpun mendapat penghormatan oleh Menteri Dalam Negeri dan berjumpa di Putrajaya. Malah mereka mendapat sokongan dari Hishamuddin, apa yang membuatkan selepas itu Hishamuddin dan Polis terpaksa bertindak mendakwa mereka secara olok olok, hanya selepas mendapat tentangan dan kemarahan dari pemimpin parti komponen BN sendiri didalam mesyuarat kabinet.
Pada pendapat saya mereka tidakpun pernah ditahan, malah soal siasatpun tidak pernah dibuat sebelum ini sehinggalah sehari sebelum pendakwaan. Itulah yang saya kata dia pendakwaan olok olok. Pendakwaan ini mendapat persetujuan antara yang didakwa(geng lembu) dan yang mendakwa. Kalau geng lembu ini tidak bersetuju, polis tidakpun mampu untuk berbuat apa apa kepada samseng Pekida ini. Ia hanya satu rundingan.
Saya percaya selepas pilihanraya mereka ini akan dilepaskan tuduhan, setidak tidaknya pun ia hanya pendakwa kosmetik seperti yang dihadapi Razak Baginda dalam kes Altantuya. Bab ini Najib dan Hishamuddin punyai kepakaran mengurusnya.
Akhirnya, bagi yang merasakan Peguam Negara dan Polis negara itu sudah berubah, baik simpan sahajalah sangka baik anda itu. Kedua penjenayah Gani Patail dan Musa Hassan tidak pernah mematuhi dan bertindak berlandaskan undang2 dan perlembagaan, mereka hanya pelaksana arahan dan perancangan pemimpin tertinggi UMNO.
Lawan tetap Lawan
Reformis Muda
No comments:
Post a Comment