- Berarak sambil membawa kepala lembu selepas solat jumaat di Shah Alam adalah kerja sebahagian NGO Melayu, bagi membantah pembinaan kuil.
- Pemimpin UMNO mula bersuara. Khairy yang paling lantang membantah tindakan NGO Melayu itu.
- UMNO buat UMNO yang bantah. Sandiwara UMNO dah boleh dibaca oleh rakyat.
Kalau di Melaka, NGO Melayu memainkan isu kepala babi, di Selangor, kepala lembu.
- NGO Melayu bernasib baik kerana dibelakang mereka UMNO. Kalau NGO ini tidak dibayangi UMNO, dah lama polis belasah mereka.
- Yang paling sedih, NGO Melayu itu sendiri tak tahu apa yang mereka perjuangkan. Melayu ke Islam.
- Tindakan mereka kerana Islam ke atau semangat Melayu atau agenda politik Melayu.
- Bila tindakan itu tidak jelas, Islam mereka kabur, Melayu mereka luntur, politik mereka hancur.
- Berpolitik melalui NGO adalah strategi UMNO. Dinegeri Pakatan, mereka membangkitkan semangat Melayu melalui NGO Melayu.
- Melayu tak semestinya Islam. Tindakan Melayu bukan semuanya tindakan Islam.
- Sudah 50 tahun merdeka, politik masjid, kuil dan tokong masih menghantui kita.
- Membina kuil tidak ada kena mengena dengan Melayu. Kalau nak bantah pun bukan NGO Melayu.
- Ada juga Melayu yang berlindung disebalik Islam.
- Kejahilan Melayu yang membawa fitnah kepada Islam.
- Itulah Melayu UMNO.
- Melayu kemana, Islam kemana.
No comments:
Post a Comment