AWAN PELIK

AWAN PELIK
KUASA ALLAH

Assalamualaikum...

welcome to my blog
"DEMI MASA .SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN NASIHAT MENASIHATI
SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN"
AL-'ASHR(MASA)

Saturday, August 31, 2013

Saddam juga bertindak kejam - adakah Islam menganjurkan kekejaman dengan mengangkat Saddam sebagai wira Sunni?

Saturday, August 31, 2013

Jangan anggap kezaliman Saddam adalah dari ajaran Islam hanya kerana memusuhi Syiah


Terdapat kecenderungan yang salah dalam sikap sekelompok manusia; iaitu apabila sesuatu pihak dimusuhi maka semua pihak yang turut berperang dengan musuh tersebut adalah benar.

Sebab itu tidak pelik jika terdapat pemimpin politik dari PAS, KeADILan atau DAP yang menyertai Umno atau parti komponen BN, atau sekurang-kurangnya 'bersama' dengan mereka selepas individu berkenaan berkonfrontasi dengan parti sendiri. Walhal wadah  yang disertai (atau bersama) itu adalah pihak yang ditentang habis-habisan sebelum ini.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam pernah saling berseteru kerana merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Apabila Musa pula tiba-tiba bermusuh dengan Tun Dr. Mahathir atas beberapa sebab, maka beliau boleh bersama dengan Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir. Ia sekadar satu contoh. Banyak contoh lain dalam pengalaman politik Malaysia.
Cinta itu buta. Tapi bermusuh pun jadikan seseorang buta sehingga nampak semua seteru musuh adalah pembawa kebenaran. Agak terkejut juga apabila tiba-tiba hari ini bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menjadi hero pujaan pihak yang menamakan diri mereka gerakan anti Syiah, kerana kejayaan membunuh orang-orang syiah ketika berkuasa. Kumpulan ini bergerak dengan agresif dan meluas. Mereka bukan sahaja memerangi ajaran syiah habis-habisan bahkan memerangi sesiapa sahaja yang tidak menyesatkan semua syiah.

Barang dijauhkan Allah saya cenderung hati terhadap Syiah apatahlagi menyokong Syiah, tetapi hanya mahu membetulkan fakta, sekadar mahu membetulkan catatan sejarah moden yang dipesongkan hingga menganggap kezaliman Saddam sebagai tuntutan Islam. Saya tidak berminat untuk mengulas isu syiah berdasarkan aqidah kerana sedar tidak berkemampuan dari segi ilmu. Seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang biarlah ianya menjadi perbahasan orang-orang berilmu, bukan antara Sunni yang jahil dan syiah yang jahil. Tapi 

Kononnya umat Islam tersalah faham terhadap Saddam kerana putarbelit media yang dikuasai Yahudi dan Amerika Syarikat. Saddam dikatakan sudah nampak ancaman Syiah, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, supaya membunuh golongan rafidhah (ditafsirkan sebagai syiah).

Catatan sejarah moden yang tidak boleh dipadam ialah Saddam telah melakukan penghapusan etnik (disifatkan sebagai kewajipan menghapuskan golongan rafidhah?) menggunakan senjata kimia atau gas beracun. Peristiwa yang berlaku pada 18 Mac 1988 di Halabja, Selatan Kurdistan. Serangan telah membunuh di antara 3,200 dan 5,000 orang, dan mencederakan kira-kira 7,000 hingga 10,000 lebih, kebanyakan mereka orang awam terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua. Beribu-ribu lagi meninggal dunia akibat komplikasi, penyakit, dan kecacatan kelahiran pada tahun-tahun selepas kejadian. Adakah kezaliman regim Saddam ini adalah dari ajaran Islam sehingga beliau diangkat sebagai wira Islam dan Sunni?

Oleh kerana Iran pada masa itu adalah musuh nombor satu Amerika Syarikat, maka sekutu Israel itu menuduh serangan senjata kimia itu dibuat oleh Iran, di samping media-media utama antarabangsa yang menjadi alat Barat tidak menyiarkan peristiwa Halabja secara besar-besaran kerana boleh mencemar Iraq. (Iraq pada masa itu adalah sekutu Amerika).

Namun penyiasatan oleh masyarakat antarabangsa diketuai oleh Dr Jean Pascal Zanders, Ketua Projek Kimia dan Peperangan Biologi di Institut Penyelidikan Keamanan, Stockholm pada tahun 2007 membuktikan sejelas-jelasnya bahawa kezaliman itu dilakukan oleh regim Saddam.

Isu kedua selepas pembunuhan kejam itu ialah tafsiran hadis berhubung kewajipan 'membunuh orang rafidhah'. Adakah tindakan serakus itu (termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak) menepati sebuah hadis yang menyeru membunuh orang yang dianggap rafidhah dan ulamak besar mana yang mentafsirkan hadis tersebut secara wewenangan begitu?

Kita khuatir jika gerakan melancar perseteruan sesama ummah tidak dibendung atau disedarkan perihal kegilaan mereka, maka umat Islam akan terjerumus lagi dalam malapetaka kehancuran. Musuh sebenar umat Islam iaitu Amerika Syarikat, Zionis serta sekutu mereka hampir dilupakan akibat keghairahan polemik mazhab yang telah bermula sejak lebih 1000 tahun itu.Umat Islam sudah cukup menderita dengan perbalahan dan penindasan. Usah lagi dicurah garam terhadap luka yang parah itu.
 

Sunday, September 1, 2013

Apabila Muhammad Ali & Mike Tyson meluangkan masa bersama...

Layanan Sesama Negeri Tidak Semolek Layanan Ke Atas Singapura

01 September, 2013

Rahsia Umno Terbongkar Lagi.. Saksikanlah

Umno didakwa melayan Singapura lebih baik berbanding dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam pengurusan air.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, ini ekoran cadangan Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanafiah agar laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Umno, dakwa Steven, sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari Umno melayan negeri-negeri PR," katanya.

Johor telah sekian lama menjual air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.

Walaupun negara sudah 56 tahun selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta Malaysia, bagi beliau, Umno masih berlagak macam “tiada Malaysia”.

Baru-baru ini, Adun Bakar Bata dari Umno, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Perkara ini telah diulang-ulang tetapi Umno masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian (riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang melalui sempadan negeri secara semulajadi.

Demi semangat perpaduan nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi membincangkan perkara ini.

"Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa Umno masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka," dakwa Steven.

Pertama sekali, katanya, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia.

Keduanya, beliau berlagak seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.

Justeru, sempena 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, beliau menyeru Umno, terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang. ~the malaysian insider

KedahLanie.info: Apabila Muhammad Ali & Mike Tyson meluangkan masa ...

KedahLanie.info: Apabila Muhammad Ali & Mike Tyson meluangkan masa ...

Tuesday, August 20, 2013

Subhanallah .Dari Seorang Rapper yang terkenal..Masuk Islam.. Dan sanggup Berjihad..


Deso Dogg salah seorang rapper yang terkenal di german . Beliau kini memeluk islam , nama islam beliau ialah Abou Maleeq juga dikenali sebagai Abu Talha Al Almany , Beliau sanggup meninggalkan kemewahan beliau di german dan menyertai jihad di syria . Takbirrr ! Allahuakbar !

Monday, August 19, 2013


KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.

Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111]

Salah Silah A-Z keturunan yahudi Al Saud Raja Saudi

20 Ogos 2013


TERPANAS! Pendedahan berani mati - Salah Silah A-Z keturunan yahudi Al Saud Raja Saudi


Raja Abdullah Bin Abdul Aziz
DYNASTY SAUD: dari MANA ? dan SIAPA moyang KELUARGA INI?

Ini adalah hasil penyelidikan dan tulisan MOHAMMAD SAKHER, yang telah diarahkan dibunuh oleh Rejim Saudi kerana penemuan berikut:

1. Adakah keluarga saud berasal dari kaum ANZA BEN WA'EL seperti didakwa mereka?
2. Adakah Islam Agama sebenar mereka?
3. Adakah mereka berketurunan Arab?

Inilah pendedahan MOHAMMAD SAKHER

Pada tahun 851 H, sekumpulan lelaki dari bani AL MASALEEKH, iaitu satu cabang dari KAUM ANZA, membentuk kafilah untuk membeli bijirin (gandum dan jagung) dan bahan makananan lain dari IRAQ, dan membawanya kembali ke NAJD. Ketua kumpulan itu adalah seorang lelaki bernama SAHMI BIN HATHLOOL.

Pedati itu sampai ke BASRA, dimana ahli kumpulan berjumpa penjual bijirin yang merupakan seorang Yahudi bernama MORDAKHAI BIN IBRAHIM BIN Moshe. Semasa rundingan mereka dengan saudagar itu, Yahudi bertanya kepada mereka: " kamu dari mana?" Mereka menjawab: "Dari Kaum ANZA, sebuah puak AL MASALEEKH." Setelah mendengar nama itu, orang Yahudi mula memeluk begitu mesra setiap seorang daripada mereka mengatakan bahawa dia sendiri, juga adalah dari puak AL MASALEEKH, tetapi dia datang untuk tinggal di BASRA (IRAQ) dalam disebabkan persengketaan keluarga antara beliau bapa dan beberapa ahli keluarga kaum ANZA.

Selepas beliau menceritakan kepada mereka kisah beliau yang direka, dia memerintahkan hamba-hambanya untuk memuatkan semua unta ahli puak dengan gandum, kurma dan tamman; perbuatan yang luar biasa begitu murah hati yang terkejut lelaki MASALEEKH dan menimbulkan kebanggaan mereka kerana mempunyai sepupu yang murah hati di IRAQ.

Mereka percaya setiap perkataan beliau berkata, dan kerana beliau adalah seorang pedagang yang kaya dengan komoditi makanan yang mereka sangat dimerlukan, mereka suka dia (walaupun dia adalah seorang Yahudi bersembunyi di sebalik pakaian yang seorang Arab dari kabilah AL MASALEEKH).

Apabila pedati tersebut telah bersedia untuk bertolak ke NAJD, pedagang yahudi tersebut meminta izin mereka untuk turut serta kerana kononnya dia ingin pergi ke tanah asalnya, NAJD. Setelah mendengar dari beliau, mereka sepenuh hati mengalu-alukan yahudi itu.

Akhirnya pedagang yahudi tersebut berjaya sampai ke Najd dengan karavan. Di NAJD, dia mula menyebarkan banyak propaganda untuk dirinya melalui sahabat (sepupu rekaan) lalu berkumpul di sekelilingnya sebilangan besar penyokong baru, tetapi tanpa disangka, dia berhadapan dengan kempen penentangan terhadap fahamannya oleh SHEIKH SALEH SALMAN ABDULLAH AL TAMIMI, seorang pendakwah agama Muslem di AL-QASEEM.

Jejari penyebaran ajarannya termasuk Najd, Yaman dan Hijaz, sesuatu yang memaksa yahudi itu (keturunan dari KELUARGA SAUD sekarang untuk meninggalkan AL QASEEM dan berhijrah ke AL IHSA, di mana kemudiannya dia menukar namanya (MORDAKHAI) kepada MARKHAN BIN IBRAHIM MUSA .

Kemudian dia menukar lokasi penempatannya dan menetap di sebuah tempat bernama DIR `IYA berdekatan AL-QATEEF, di mana beliau mula menyebar cerita palsu di kalangan penduduk tentang perisai kepada nabi MUhammad (saw), bahawa ia telah diambil sebagai harta rampasan oleh seorang arab pagan akibat perang UHUD antara Arab musyrikin dan Muslems. " perisai itu, katanya, telah dijual oleh arab musyrikin kepada kaum yahudi bernama BANU QUNAIQA 'yang menyimpannya sebagai harta karun!

Dia kemudiannya mengukuhkan kedudukan di kalangan Badwi melalui cerita-cerita yang menyatakan bagaimana Kaum Yahudi di Tanah Arab sangat berpengaruh dan berhak kepada penghormatan yang tinggi. Beliau mendapat beberapa kepentingan di kalangan Badwi, dan mengambil keputusan untuk menetap di sana selama-lamanya, di bandar DIR `IYA, berdekatan AL QATEEF. Dia memutuskan untuk dijadikan pusat pemerintahan (Capital) di Teluk Parsi. Beliau bercita-cita untuk menjadikannya batu loncatan untuk menubuhkan kerajaan Yahudi di tanah Arab.

Dalam usaha untuk memenuhi cita-cita tinggi tersebut, beliau mula mendekati Arab badwi padang pasir untuk menyokong kedudukannya, maka secara beransur-ansur, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai raja mereka!

Pada ketika itu, Puak AJAMAN bersama kabilah BANI KHALED menyedari rancangan jahat Yahudi selepas identitinya terbongkar dan memutuskan untuk menamatkannya. Mereka menyerang bandar itu dan menawannya tetapi gagal menangkap markhan.

Keturunan Yahudi daripada KELUARGA SAUD (MORDAKHAI), mencari perlindungan di sebuah ladang di tempat bernama pada masa itu AL-MALIBEED-GHUSAIBA berhampiran AL-Arid, yang kini dinamakan AL-RIYADH.

Beliau meminta tuan ladang tersebut untuk memberikannya perlindungan. Petani itu berasa sangat simpati lalu memberikannya perlindungan. Tidak sampai sebulan berada di situ, (MORDAKHAI) telah membunuh tuan tanah itu bersama kesemua ahli keluarganya dan meletakkan kesalahan kepada sekumpulan perompak.

Kemudian dia berpura-pura kononnya dia telah membeli hartanah daripada mereka sebelum malapetaka berlaku kepada mereka. Oleh itu, di mempunyai hak untuk tinggal di sana sebagai tuan tanah. Dia kemudian memberikan nama baru ke tempat itu AL-DIR `IYA - nama yang sama dengan tempat dia diserang. ( ibu negeri yang dirancangnya)

Keturunan Yahudi daripada KELUARGA SAUD (MORDAKHAI), dengan segera menubuhkan "GUEST HOUSE" dipanggil "MADAFFA" di atas tanah yang dia telah dirampas dari mangsa, dan mengumpulkan di sekelilingnya sekumpulan orang-orang munafik yang mula menyebar propaganda palsu bahawa dia (MOKHADAI) adalah seorang Sheikh Arab yang terkenal . Dia memulakan komplot terhadap Sheikh SALEH SALMAN ABDULLAH AL TAMIMI, musuh asalnya dan menyebabkan pembunuhan beliau di masjid di bandar yang dipanggil (AL-ZALAFI).

Selepas itu, dia berasa amat puashati dan selamat untuk mewujudkan (AL-DIR `IYA) sebagai rumah tetap beliau. Di situ dia mengamalkan poligami pada skala yang luas sehingga melahirkan ramai anak-anak yang kemudiannya diberikan nama nama Arab.

Sejak keturunannya membesar dan berkuasa di bawah nama Kaum SAUDI, mereka telah mengikuti jejak langkahnya mengamalkan aktiviti bawah tanah dan konspirasi terhadap negara Arab. Mereka secara haram merampas sektor luar bandar dan tanah ladang, dan membunuh setiap orang yang cuba menentang rancangan jahat mereka.

Mereka menggunakan pelbagai tipu helah untuk mencapai matlamat mereka. mereka membeli hati nurani penentang-penentang mereka, mereka menawarkan wanita dan wang kepada orang yang berpengaruh di kawasan itu. Khasnya kepada sesiapa yang mula menulis biografi sebenar keluarga Yahudi itu. Mereka merasuah penulis sejarah untuk membersihkan sejarah memalukan mereka dan mengubah ssalah silah keturunan mereka kepada susur galur suku kaum Arab yang paling menonjol seperti RABI'A, ANZA, dan ALMASALEEKH.

Orang munafik yang mudah dilihat di zaman kita adalah MOHAMMAD AMIN AL TAMIMI-Pengarah / Pengurus Perpustakaan kontemporari SAUD KINGDOM, telah mereka cipta genealogi KELUARGA YAHUDI (SAUDI). Dia telah menghubungkan mereka (KELUARGA SAUD) kepada Nabi Besar kita , MOHAMMAD (SAW). Keluarga Saud tiada kena mengena dengan Nabi Muhammad S.A.W

Untuk kerja-kerja palsu tersbut, beliau menerima ganjaran 35 (TIGA PULUH LIMA) RIBU POUND EYPTIAN dari KEDUTAAN SAUDI di KAHERAH, MESIR, dalam tahun 1362 AH - 1943 AD. Nama Duta iaitu:. IBRAHIM AL-Fadel.

Seperti yang disebutkan di atas, keturunan Yahudi daripada KELUARGA SAUD (MORDAKHAI), mengamalkan poligami dengan mengahwini ramai wanita arab dan mendapat ramai anak. Amalan poligami tersebut terus diamalkan oleh generasi SAUD sekarang sebagai mematuhi 'suratan' moyang mereka. Mereka berpegang teguh kepada warisan perkahwinan itu. (Sebab itu gua panggil mangkuk hayun ini spesis KONG KEK kUAT... wakaka)

Salah seorang anak MORDAKHAI'S dipanggil AL-MAQARAN, diArabkan dari akar Yahudi (MACK-REN) memperanakkan seorang anak bernama Mohammad dan seorang lagi anak bernama SAUD, iaitu nama kepada DINASTI SAUDI sekarang.

Keturunan SAUD (hari ini KELUARGA SAUDI) memulakan kempen pembunuhan ketua ketua kabilah arab di bawah dakwaan bahawa mereka adalah sesat, menyeleweng dari ajaran Islam, tidak mengamalkan ajaran al-Quran mereka. Mereka perlu dihukum mengikut cara SAUD.

Dalam buku sejarah KELUARGA SAUDI mukasurat (98-101), ahli sejarah keluarga mereka telah mengisytiharkan bahawa DINASTI SAUD menganggap semua penduduk NAJD adalah KUFUR supaya darah mereka halal dan mesti dibunuh, harta mereka dirampas, dan perempuan mereka dijadikan gundik. Mereka menyatakan tidak ada Islam yang sahih melainkan jika tergolong dalam ajaran MOHAMMAD BIN ABDUL WAHAB yang juga merupakan seorang yahudi dari Turki.

Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud culik, rogol dan bunuh gadis saudi



Doktrin ajarannya memberikan kuasa kepada KELUARGA SAUDI untuk memusnahkan kampung-kampung, membunuh kaum lelaki termasuk kanak-kanak, dan serangan seksual terhadap wanita mereka; menikam perut wanita mengandung, dan memotong tangan anak-anak mereka, kemudian membakar mereka! Mereka juga diberi kuasa untuk merampas segala harta orang-orang yang mereka panggil ingkar (yang tidak mengikuti agama WAHABI).

Pada hakikatnya, mereka melakukan semua jenis kekejaman yang di atas nama mazhab agama palsu mereka (Wahabi), yang sebenarnya dicipta oleh seorang Yahudi supaya menyemai benih keganasan dalam hati orang-orang di bandar-bandar dan kampung-kampung. Dinasti Yahudi ini telah melakukan kekejaman itu sejak 1163 AH

Mereka telah menamakan Semenanjung Arab berdasarkan nama keluarga mereka ARAB SAUDI seolah-olah semananjung itu keseluruhannya adalah hartanah mereka sendiri, dan semua penduduk lain adalah orang suruhan atau hamba mereka sahaja yang perlu membanting tulang siang dan malam membanting tulang untuk kesenangan tuan-tuan mereka (KELUARGA SAUDI).

Mereka benar-benar memiliki kekayaan semula jadi negara ini sebagai harta mereka sendiri. Jika mana-mana orang miskin dari rakyat biasa bersuara menentang mana-mana kaedah zalim Dinasti Yahudi ini akan dijatuhi hukuman potong kepala di dataran awam. Seornag puteri mereka pernah melawat FLORIDA, Amerika Syarikat, dengan rombongannya. Dia menyewa 90 (sembilan puluh) bilik berstatus Suite di Grand Hotel dengan kos kira-kira Satu Juta Dolar Amerika semalam.

Tidak seorang pun berani bersuara mengkritik kehidupan mewah dan pembaziran itu. Jika ada yang berani maka nasibnya sudah pasti iaitu Kematian dihujung pedang SAUD di dataran awam.

SAKSI KEPADA KETURUNAN YAHUDI-KELUARGA SAUD:

Pada tahun 1960 Stesen Penyiaran "SAWT AL ARAB" di Kaherah, Mesir, dan Stesen Yaman Penyiaran di SANA'A mengesahkan Keturunan Yahudi Keluarga SAUDI.

Raja FAISAL AL ​​SAUD pada masa itu tidak dapat menafikan keluarganya kaum kerabat dengan YAHUDI apabila beliau mengisytiharkan WASHINGTON POST pada 17 September 1969 menyatakan "KAMI, KELUARGA SAUDI, ADALAH SAUDARA kepada yahudi, kami sepenuhnya tidak bersetuju dengan mana-mana Arab atau Muslem [sic] Pihak Berkuasa yang menunjukkan apa-apa percanggahan dengan orang Yahudi. tetapi kita mesti hidup bersama-sama dengan mereka dalam keamanan Negara kita (SAUDI) adalah ketua Fountain dari mana Yahudi yang pertama muncul, dan keturunannya tersebar di seluruh dunia. " Itu adalah pengisytiharan KING FAISAL AL ​​SAUD BIN ABDUL AZIZ!!

HAFEZ WAHBI, Penasihat kepada SAUDI, menyatakan dalam bukunya bertajuk "SEMENANJUNG TANAH ARAB" bahawa RAJA ABDUL AZIZ AL-SAUD, mati pada 1953 telah menyatakan "Ajaran Kami (Ajaran Saudi) mendapat tentangan dari seluruh kabilah Arab ; datuk saya, SAUD AWAL, setelah memenjarakan beberapa Sheikh daripada puak MATHEER. Apabila kumpulan lain dari kabilah sama datang untuk memberi syafaat untuk membebaskan tahanan, SAUD AWAL memberikan perintah kepada orang-orangnya untuk memotong kepala semua tahanan.

Beliau mahu memalukan mereka dengan menjemput mereka makan dari tempat duduk yang dibuat dari daging yang dimasak daripada tahanan yang dipenggal. Kepala-kepala mereka diletakkan di atas pinggan-pinggan makanan!

Rombongan tersebut menjadi begitu cemas dan menolak untuk makan daging saudara-mara mereka. Oleh kerana keengganan mereka untuk makan, beliau (SAUD AWAL) mengarahkan orang-orangnya untuk memenggal kepala mereka juga. Jenayah kejam ini dilakukan oleh raja angkat sendiri yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak bersalah. Yang dianggap salah ialah penentangan mereka terhadap undang-undang paling kejam yang amat zalim yang dikenakan ke atas mereka.

HAFEZ WAHABI mennambah bahawa RAJA ABDUL AZIZ AL-SAUD mengaitkan cerita berdarah yang ternyata benar itu kepada Sheikh daripada puak MATHEER yang melawat beliau untuk memberi kepada syafaat pemimpin utama mereka FAISAL AL ​​AL ​​DARWESH yang pada masa itu merupakan banduan raja.

Beliau mengaitkan kisah tersebut kepada mereka supaya mengelakkan mereka dari meminta pembebasan ketua mereka. Jika tidak, mereka akan menghadapi nasib yang sama. Dia telah membunuh Syekh tersebut dan menggunakan darahnya sebagai bahan cecair untuk berwudhu sebelum dia mendirikan solat (mengikut mazhab palsu Wahabi).

Kesalahan FAISAL AL ​​DARWESH pada masa itu adalah mengkritik RAJA ABDUL AZIZ AL-SAUD apabila raja itu menandatangani dokumen yang disediakan pihak berkuasa Inggeris pada 1922 sebagai deklarasi untuk memberikan PALESTINE kepada orang-orang Yahudi. Tandatangannya telah diterima dalam persidangan yang berlangsung di AL AQEER pada tahun 1922.

Itulah sistem Rejim ini, KELUARGA YAHUDI (KELUARGA SAUDI): Semua matlamat adalah merampas kekayaan negara, merompak, memalsukan, dan melakukan semua jenis kekejaman, kezaliman, dan kekufuran. Semua dilaksanakan berdasarkan fahaman ciptaan mereka sendiri iaitu mazhab Wahabi yang menghalalkan pemenggalan kepala para penentang mereka..- GeloraHatiMuda

Thursday, August 15, 2013

Gendang Perang: Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur

Gendang Perang: Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur: Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di...

Gendang Perang: Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula

Gendang Perang: Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula: Diberitakan walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 2500 dan mencederakan lebih 10000 namun para islamis terus mengadakan bantahan tan...

KUTBAH JUMAAT 9 SYAWAL DI MESIR

KUTBAH JUMAAT 9 SYAWAL DI MESIR
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Khatib pada hari ini bersama seluruh umat Islam menyatakan rasa dukacita yang amat
sangat ke atas saudara-saudara se iman yang dizalimi dan dibunuh dengan sewenangwenangnya di bumi anbiya’ – bumi Mesir. Saat ini ketika teks khutbah ini dinukil, sudah lebih
dari 2,200 rakyat Mesir termasuk wanita dan kanak-kanak yang sudah terkorban syahid.
Bilangan yang tercedera sudah menjangkau lebih dari 10,000 orang. Hari ini dan saat
khutbah ini disampaikan pada hari Jumaat 9 Syawal 1434H, berapakah pula bilangan umat
Islam yang terkorban syahid akibat perbuatan kelompok zalim dan tidak
berperikemanusiaan.
Apa yang amat menyedihkan ialah umat Islam di Mesir dibunuh tanpa belas kasihan oleh
tentera Mesir sendiri. Apakah jenayah mereka sehingga diperlakukan dengan begitu biadap.
Bukankah tugas tentera ialah menjaga keselamatan negara dari pencerobohan musuh dan
anasir luar. Dalam situasi Mesir sudah tentulah musuh utama yang paling hampir menjadi
ancaman kepada keselamatannya ialah Israel. Namun apa yang berlaku sejak tarikh
Presiden Morsi digulingkan, tentera nampaknya lebih berminat untuk menjamin keselamatan
Israel dengan membunuh rakyatnya sendiri.
Kenapa General Abdul Fattah As sisi sanggup mengerah tentera untuk bertindak bukan
sahaja di luar batas syara’ (Islam) bahkan melampaui batas kemanusiaan, apapun prinsip
dan dasarnya. Tindakan kebinatangan ini meletakkan kelompok yang menyokong kudeta ke
atas Presiden Morsi dan kerajaan beliau yang sah berada semakin jauh terperosok ke dalam
kesalahan jenayah yang dilakukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Allah SWT mengingatkan kita di dalam al Quran tentang kesah Musa a.s. yang berhadapan
dengan kekuasaan Firaun. Firaun telah melakukan kezaliman yang tidak terperi di bumi
Mesir.

Firman Allah SWT
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang
sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih
anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang
kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan
kamu.
(Al-Baqarah 2:49)

Firaun telah mengerahkan pasukan perisik dan bala tenteranya untuk memburu anak-anak
Bani Israel dan membunuh mereka. Firaun berusaha untuk menghapuskan keturunan Bani
Israel yang dibimbangi akan melenyapkan kekuasaan di atas muka bumi.
Namun Allah SWT maha berkuasa untuk menghapuskan kezaliman Firaun dengan caracara yang tidak disangka sama sekali oleh manusia.
"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada
satu masa yang lain sebelum ini
"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut
itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan
supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Allah yang akan memelihara agama Nya. Perhatikan bagaimana Musa a.s. yang diburu oleh
Firaun langsung dihantar oleh Allah SWT kepada Firaun itu sendiri di dalam bakul bayi yang
dihanyutkan ke hilir Sungai Nil. Pastinya Firaun yang berhasrat untuk menghapuskan kaum
lelaki Bani Israel tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan bayi lelaki yang ditemuinya.
Tetapi sebaliknya bayi lelaki yang tidak berdaya itu di selamatkan oleh Allah dengan
pandangan kasih seorang wanita. Isteri Firaun yang melihat bayi itu lantas jatuh hati
kepadanya dan melindungi Musa a.s. dari disakiti oleh Firaun. Cuba renungkan bagaimana
kelembutan seorang wanita melindungi Musa a.s. dari seorang Firaun yang amat keras
hatinya yang tidak ada belas kasihan sedikitpun tersisa di hati.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hari ini kita berkenalan dengan seorang Firaun di zaman ini dan bala tenteranya yang tidak
ada sedikitpun rasa bersalah ketika mereka menala senjata dan membidik tepat untuk
membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata. Firaun yang dihantar
kepada kita pada hari ini melampaui kezaliman yang dipamerkan oleh Firaun klasik di zaman
Musa a.s. Apakah mereka menyangka perbuatan mereka tidak diperhatikan oleh Allah. Allah
yang sama yang menyelamatkan Musa a.s dan menghantar baginda kepada Firaun adalah
Allah yang sama yang sedang menyaksikan dan memantau apa yang berlaku di medan
Rabaah dan di seluruh bumi Mesir. Allah yang sama yang mengazab Firaun adalah Allah
yang sedang memerhatikan setiap tindak tanduk As Sissi dan bala tenteranya. Tidak ada
yang terselindung dari pengetahuan Allah. Semuanya dirakamkan dengan penuh sehingga
tidak ada ruang untuk berlepas diri dari setiap kezaliman yang mereka timpakan ke atas
rakyat Mesir. Mereka akan diadili dengan sangat teliti dan keras.

Allah SWT berfirman.
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat).
Allah SWT kemudian membinasakan Firaun dan segala alat-alat kekuasaan dan
kebesarannya.
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan
diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
(Al-Baqarah 2:50)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Rakyat Mesir yang sedang dizalimi berada di dalam kebenaran. Mereka akan dibela oleh
Allah dan dimuliakan atas pengorbanan mereka. Sebahagian besar dari mereka insyaAllah
dikurniakan syahid yang didambakan oleh semua manusia yang beriman dengan Allah,
RasulNya dan hari kemudian.
Persoalan kini ialah bagaimana dengan sikap dan tindakan kita terhadap saudara kita di
Mesir. Apakah pantas untuk kita hanya berdiam diri. Apakah kita hanya memerhati tanpa
iman kita tidak terusik sedikitpun. Di manakah hendak kita letak hadis Nabi SAW.
“Umat Islam ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan
merasakan sakitnya dan tidak bolih tidur malam”
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat ini maka ia bukan dari
kalangan mereka

Sesungguhnya umat Islam pada hari ini sedang diuji oleh Allah SWT. Allah paparkan
ulangan sejarah silam di depan mata untuk menilai mirip siapakah sikap kita? Apakah kita
akan bersama dengan pendukong kebenaran dan menyatakan al Hak sebagai al Hak
meskipun seluruh dunia berusaha untuk menghancurkannya. Musuh-musuh Islam pada hari
ini bersatu hati untuk mempersempit perlaksanaan Islam dalam kehidupan dan sistem
pemerintahan. Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, negara-negara Teluk dan golongan
secular-liberal dari sisa-sisa pemerintahan Mubarak berusaha untuk menamatkan
pemerintahan soleh yang berdiri di atas akhlak dan prinsip Islam. Mereka tidak mahu Mesir
bahkan mana-mana bumi Allah ini di tadbir oleh Islam dan pendukong-pendukongnya yang
ikhlas. Namun Allah SWT akan tetap menyempurnakan agamanya.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak
suka (akan yang demikian).
(As-Saff 61:8)
Maka kita menyeru mereka yang memegang tampuk-tampuk kekuasaan di persada Islam
ambil lah pendirian yang menepati ruh al Quran dan jalan kemuliaan yang dilalui oleh para
Rasul dan mereka yang mengikuti jalan-jalan itu. Bersuaralah supaya kezaliman dan
kebejatan ini dihentikan. Sanggupkah kalian melihat darah saudara-saudara kamu terus
dialirkan dengan begitu murah. Ambil lah apa juga langkah-langkah diplomatik, ekonomi dan
gunalah semua saluran di peringkat antarabangsa untuk menghentikan kebiadapan yang
menjolok mata ini. Mereka itu adalah saudara-saudara anda dan saudara kita. Sekurangkurangnya beberapa negara bukan Islam telah bersuara dan mengutuk perbuatan zalim
yang dilakukan oleh kerajaan paksaan Mesir. Mereka didorong oleh rasa kemanusiaan dan
tidak sanggup menyaksikan penderitaan yangh ditanggung oleh rakyat Mesir. Kita bukan
sahaja punya rasa kemanusiaan bahkan kita dipertautkan oleh iman dan takwa. Tidak kah ini
hubungan yang lebih kuat bahkan hubungan yang berkekalan dari dunia sampai akhirat,
yang mampu untuk bingkas bangun dan menyelamatkan saudara-saudara kita?
Ingatlah kita mencari redha Allah. Kesemua kekuasaan yang ada di atas muka bumi ini
meskipun mereka punya kekayaan yang melimpah ruah seperti miripnya Firaun di zaman
lalu, mereka bukan tempat pergantungan. Tiba masanya Allah akan menghapuskan
kekuasaan mereka lalu mereka tidak punya apa-apa. Bahkan mereka tidak mampu
mengangkat satu jari pun walaupun sekadar untuk menjentik apabila datang saat itu
Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ali Imran: 26.

Sunday, August 11, 2013

Inilah kisah Mujahiddin melayu di Afghanistan - Asy- Syahid Fauzi Ismail [Petikan dari Blog Gendang Perang]

Sunday, August 11, 2013

Inilah kisah Mujahiddin melayu di Afghanistan - Asy- Syahid Fauzi Ismail



Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.

Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini (Malaysia) sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ (١٦٩

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. [al-'imran, 3:169]

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."

ALLAHU AKBAR!!!

Firman Allah yang bermaksud:

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

[at-taubah, 9:111]

Selingkar kisah ini dipetik dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail. -qarl- melalui bicaradunia

Cara lipat baju paling singkat masanya.

Sunday, August 4, 2013

Saturday, August 3, 2013

Hidup biar berjasa, mati biar mulia….

Pernahkah anda mendengar nama Adnan Menderes?
menderes a01 Hidup biar berjasa, mati biar mulia….Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.
Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.
Namun begitu Adnan Menderes telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.
Adnan Menderes Feb. 3 1958 227x300 Hidup biar berjasa, mati biar mulia….
Adnan Mendeles, PM Turki 1950-1960
Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.
azan turki 300x225 Hidup biar berjasa, mati biar mulia….
Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab
Di antaranya ialah :
1-Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk)
2-Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk
3-Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
4-Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan
5-Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.
Polisi beliau yang semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.
adnan menderes tarih72 222x300 Hidup biar berjasa, mati biar mulia….
Adnan Menderes digantung
Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap. Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).
Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara rasminya.
Adnan Menderes niversitesi Kamps Resimleri 9 2 300x202 Hidup biar berjasa, mati biar mulia….
Adnan Menderes University di Aydin, Turki
Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan sebagainya.
Hidup biar berjasa, mati biar mulia……

Friday, August 2, 2013

Thursday, August 1, 2013

morsi gagal jadikan mesir seperti turki , sisi berjaya jadikan mesir umpama syria dalam sebulan

Rabiatul Adawiyah  1.8.2013 (jam 4.00 am waktu Mesir dan 10.00 am waktu Malaysia)
Amaran pembunuhan beramai-ramai bakal terjadi di Mesir dalam masa terdekat.

Kerajaan sokongan tentera Mesir telah meluluskan sebarang tindakan perlu bagi menghentikan rally oleh ikhwan dan para penyokong Morsi di seluruh Mesir. Ini bermaksud polis dan tentera diberi kebenaran melakukan apa sahaja termasuk melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas Islamis yang melakukan protes sejak Morsi digulingkan.

Ini mengingatkan kita kepada kata-kata Ismail Patel yang berbunyi,

"Morsi failed to make Egypt a new Turkey in a year, so Sissy decided to make it a Syria in a month"

Apa yang berlaku di Syria seperti diketahui umum sebagai medan penyembelihan orang-orang Islam sunni oleh musuh Islam iaitu syiah laknatullah. Syiah Alawiyah yang mengaku menyembah bashar Al Asad sebagai tuhan telah menyiksa dan membunuh ratusan ribu Islam sunni.

Peristiwa di Syria dijangka akan menjadi ikutan AL Sisi yang diberitakan mempunyai darah yahudi seperti juga Bashar Al Asad dan Ahmadinejad. Dengan keputusan pemerintah sementara Mesir yang memberi kebenaran melakukan "sebarang tindakan perlu" membawa maksud yang sangat luas.

Definisi mudah yang terbayang ketika ini ialah pembunuhan ratusan ribu rakyat Mesir yang berhimpun di seluruh pelusuk negara berkenaan.

Setakat ini difahamkan bahawa sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dan 5000 orang telah dicederakan pasukan keselamatan Mesir sepanjang masa protes berlangsung.

Dengan anggaran 1 juta membanjiri Rabiatu Adawiyah sekarang 1 Ogos 2013 (10.00 am waktu Malaysia dan 4.00 am waktu Mesir) seperti dalam gambar di atas, dapatlah dibayangkan bahawa setidak-tidaknya puluhan ribu manusia akan terkorban sekiranya tentera dan polis menggunakan kaedah kekerasan seperti mana dilakukan mereka sebelum ini.

Manusia yang sedang bersolat pun dibunuh mereka, apatah lagi manusia yang memang bersedia mempertahankan diri walau hanya dengan sebatang kayu sebagai senjata dan topi keledar sebagai pertahanan diri.

http://world.time.com/2013/07/31/egypt-orders-camps-cleared-protesters-buckle-down/#ixzz2agA4YiMw
Saksikan sumpah maut mereka


Kita di Malaysi akan mendapat berita pembunuhan saudara-saudara kita di Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.

Setakat ini kita cuma mampu berdoa agar ada di kalangan tentera yang menggerakkan pasukannya untuk menentang rampasan kuasa sekali gus mempertahankan peserta protes di seluruh Mesir.