KUTBAH JUMAAT 9 SYAWAL DI MESIR
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Khatib pada hari ini bersama seluruh umat Islam menyatakan rasa dukacita yang amat
sangat ke atas saudara-saudara se iman yang dizalimi dan dibunuh dengan sewenangwenangnya di bumi anbiya’ – bumi Mesir. Saat ini ketika teks khutbah ini dinukil, sudah lebih
dari 2,200 rakyat Mesir termasuk wanita dan kanak-kanak yang sudah terkorban syahid.
Bilangan yang tercedera sudah menjangkau lebih dari 10,000 orang. Hari ini dan saat
khutbah ini disampaikan pada hari Jumaat 9 Syawal 1434H, berapakah pula bilangan umat
Islam yang terkorban syahid akibat perbuatan kelompok zalim dan tidak
berperikemanusiaan.
Apa yang amat menyedihkan ialah umat Islam di Mesir dibunuh tanpa belas kasihan oleh
tentera Mesir sendiri. Apakah jenayah mereka sehingga diperlakukan dengan begitu biadap.
Bukankah tugas tentera ialah menjaga keselamatan negara dari pencerobohan musuh dan
anasir luar. Dalam situasi Mesir sudah tentulah musuh utama yang paling hampir menjadi
ancaman kepada keselamatannya ialah Israel. Namun apa yang berlaku sejak tarikh
Presiden Morsi digulingkan, tentera nampaknya lebih berminat untuk menjamin keselamatan
Israel dengan membunuh rakyatnya sendiri.
Kenapa General Abdul Fattah As sisi sanggup mengerah tentera untuk bertindak bukan
sahaja di luar batas syara’ (Islam) bahkan melampaui batas kemanusiaan, apapun prinsip
dan dasarnya. Tindakan kebinatangan ini meletakkan kelompok yang menyokong kudeta ke
atas Presiden Morsi dan kerajaan beliau yang sah berada semakin jauh terperosok ke dalam
kesalahan jenayah yang dilakukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Allah SWT mengingatkan kita di dalam al Quran tentang kesah Musa a.s. yang berhadapan
dengan kekuasaan Firaun. Firaun telah melakukan kezaliman yang tidak terperi di bumi
Mesir.
Firman Allah SWT
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang
sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih
anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang
kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan
kamu.
(Al-Baqarah 2:49)
Firaun telah mengerahkan pasukan perisik dan bala tenteranya untuk memburu anak-anak
Bani Israel dan membunuh mereka. Firaun berusaha untuk menghapuskan keturunan Bani
Israel yang dibimbangi akan melenyapkan kekuasaan di atas muka bumi.
Namun Allah SWT maha berkuasa untuk menghapuskan kezaliman Firaun dengan caracara yang tidak disangka sama sekali oleh manusia.
"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada
satu masa yang lain sebelum ini
"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut
itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan
supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Allah yang akan memelihara agama Nya. Perhatikan bagaimana Musa a.s. yang diburu oleh
Firaun langsung dihantar oleh Allah SWT kepada Firaun itu sendiri di dalam bakul bayi yang
dihanyutkan ke hilir Sungai Nil. Pastinya Firaun yang berhasrat untuk menghapuskan kaum
lelaki Bani Israel tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan bayi lelaki yang ditemuinya.
Tetapi sebaliknya bayi lelaki yang tidak berdaya itu di selamatkan oleh Allah dengan
pandangan kasih seorang wanita. Isteri Firaun yang melihat bayi itu lantas jatuh hati
kepadanya dan melindungi Musa a.s. dari disakiti oleh Firaun. Cuba renungkan bagaimana
kelembutan seorang wanita melindungi Musa a.s. dari seorang Firaun yang amat keras
hatinya yang tidak ada belas kasihan sedikitpun tersisa di hati.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hari ini kita berkenalan dengan seorang Firaun di zaman ini dan bala tenteranya yang tidak
ada sedikitpun rasa bersalah ketika mereka menala senjata dan membidik tepat untuk
membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata. Firaun yang dihantar
kepada kita pada hari ini melampaui kezaliman yang dipamerkan oleh Firaun klasik di zaman
Musa a.s. Apakah mereka menyangka perbuatan mereka tidak diperhatikan oleh Allah. Allah
yang sama yang menyelamatkan Musa a.s dan menghantar baginda kepada Firaun adalah
Allah yang sama yang sedang menyaksikan dan memantau apa yang berlaku di medan
Rabaah dan di seluruh bumi Mesir. Allah yang sama yang mengazab Firaun adalah Allah
yang sedang memerhatikan setiap tindak tanduk As Sissi dan bala tenteranya. Tidak ada
yang terselindung dari pengetahuan Allah. Semuanya dirakamkan dengan penuh sehingga
tidak ada ruang untuk berlepas diri dari setiap kezaliman yang mereka timpakan ke atas
rakyat Mesir. Mereka akan diadili dengan sangat teliti dan keras.
Allah SWT berfirman.
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat).
Allah SWT kemudian membinasakan Firaun dan segala alat-alat kekuasaan dan
kebesarannya.
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan
diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
(Al-Baqarah 2:50)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Rakyat Mesir yang sedang dizalimi berada di dalam kebenaran. Mereka akan dibela oleh
Allah dan dimuliakan atas pengorbanan mereka. Sebahagian besar dari mereka insyaAllah
dikurniakan syahid yang didambakan oleh semua manusia yang beriman dengan Allah,
RasulNya dan hari kemudian.
Persoalan kini ialah bagaimana dengan sikap dan tindakan kita terhadap saudara kita di
Mesir. Apakah pantas untuk kita hanya berdiam diri. Apakah kita hanya memerhati tanpa
iman kita tidak terusik sedikitpun. Di manakah hendak kita letak hadis Nabi SAW.
“Umat Islam ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan
merasakan sakitnya dan tidak bolih tidur malam”
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat ini maka ia bukan dari
kalangan mereka
Sesungguhnya umat Islam pada hari ini sedang diuji oleh Allah SWT. Allah paparkan
ulangan sejarah silam di depan mata untuk menilai mirip siapakah sikap kita? Apakah kita
akan bersama dengan pendukong kebenaran dan menyatakan al Hak sebagai al Hak
meskipun seluruh dunia berusaha untuk menghancurkannya. Musuh-musuh Islam pada hari
ini bersatu hati untuk mempersempit perlaksanaan Islam dalam kehidupan dan sistem
pemerintahan. Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, negara-negara Teluk dan golongan
secular-liberal dari sisa-sisa pemerintahan Mubarak berusaha untuk menamatkan
pemerintahan soleh yang berdiri di atas akhlak dan prinsip Islam. Mereka tidak mahu Mesir
bahkan mana-mana bumi Allah ini di tadbir oleh Islam dan pendukong-pendukongnya yang
ikhlas. Namun Allah SWT akan tetap menyempurnakan agamanya.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak
suka (akan yang demikian).
(As-Saff 61:8)
Maka kita menyeru mereka yang memegang tampuk-tampuk kekuasaan di persada Islam
ambil lah pendirian yang menepati ruh al Quran dan jalan kemuliaan yang dilalui oleh para
Rasul dan mereka yang mengikuti jalan-jalan itu. Bersuaralah supaya kezaliman dan
kebejatan ini dihentikan. Sanggupkah kalian melihat darah saudara-saudara kamu terus
dialirkan dengan begitu murah. Ambil lah apa juga langkah-langkah diplomatik, ekonomi dan
gunalah semua saluran di peringkat antarabangsa untuk menghentikan kebiadapan yang
menjolok mata ini. Mereka itu adalah saudara-saudara anda dan saudara kita. Sekurangkurangnya beberapa negara bukan Islam telah bersuara dan mengutuk perbuatan zalim
yang dilakukan oleh kerajaan paksaan Mesir. Mereka didorong oleh rasa kemanusiaan dan
tidak sanggup menyaksikan penderitaan yangh ditanggung oleh rakyat Mesir. Kita bukan
sahaja punya rasa kemanusiaan bahkan kita dipertautkan oleh iman dan takwa. Tidak kah ini
hubungan yang lebih kuat bahkan hubungan yang berkekalan dari dunia sampai akhirat,
yang mampu untuk bingkas bangun dan menyelamatkan saudara-saudara kita?
Ingatlah kita mencari redha Allah. Kesemua kekuasaan yang ada di atas muka bumi ini
meskipun mereka punya kekayaan yang melimpah ruah seperti miripnya Firaun di zaman
lalu, mereka bukan tempat pergantungan. Tiba masanya Allah akan menghapuskan
kekuasaan mereka lalu mereka tidak punya apa-apa. Bahkan mereka tidak mampu
mengangkat satu jari pun walaupun sekadar untuk menjentik apabila datang saat itu
Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ali Imran: 26.
No comments:
Post a Comment