01 September, 2013
Rahsia Umno Terbongkar Lagi.. Saksikanlah
Umno didakwa melayan Singapura lebih baik berbanding dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam pengurusan air.
Ahli Parlimen DAP Bukit
Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, ini ekoran cadangan Timbalan
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah
Md. Hanafiah agar laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang
disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah
bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.
Umno, dakwa Steven, sentiasa
mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri
Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan
di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri
tersebut.
"Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari Umno melayan negeri-negeri PR," katanya.
Johor telah sekian lama menjual
air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan
kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh
lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.
Walaupun negara sudah 56 tahun
selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta
Malaysia, bagi beliau, Umno masih berlagak macam “tiada Malaysia”.
Baru-baru ini, Adun Bakar Bata
dari Umno, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan
air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan
negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air
mentah dari sungai tersebut.
Perkara ini telah diulang-ulang
tetapi Umno masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian
(riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang
melalui sempadan negeri secara semulajadi.
Demi semangat perpaduan
nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta
untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi
membincangkan perkara ini.
"Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa Umno masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka," dakwa Steven.
Pertama sekali, katanya, Ahmad
Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri
berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia.
Keduanya, beliau berlagak
seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan
mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.
Justeru, sempena 31 Ogos, Hari
Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, beliau menyeru Umno,
terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan
dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak
munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment